Masih wajarkan Himpunan 812 sabtu ini?

Saya tertarik untuk memberi respon terhadap sebuah keratan komik pendek yang tular di Facebook, tentang perbualan 3 sekawan di sebuah kedai kopi.

Orang pertama memerli rakan-rakannya, “Mufti sudah keluarkan kenyataan bahawa perhimpunan bantah ICERD sudah tidak perlu. Dengarlah cakap mufti”,

Rakannya memulangkan paku buah keras, “Eh, sejak bila kau dengar cakap mufti. Selama ini semua nasihat mufti kau tolak, kau tak nak dengar”.

Perbualan ini walaupun sekadar fiksyen, tetapi sarat dengan pengajaran. Ianya ibarat satira yang mengkritik sikap kita yang selektif di dalam mengambil nasihat. Kita dengar dan taat kepada apa-apa yang kena dengan selera kita, tetapi menolak apa yang tidak bertepatan dengan kehendak kita. Sikap selektif sebegini adalah sikap orang-orang Yahudi dan kafir, yang menerima teguran daripada Rasul-Rasul, hanya jika ia bersesuaian dengan selera nafsu mereka.

Namun, dalam masa yang sama, jika mereka bersikap selektif terhadap nasihat daripada mufti, adakah kita juga akan begitu?

Saya membaca kenyataan-kenyataan daripada beberapa orang mufti tersebut. Antaranya Mufti Kelantan, Mufti Pulau Pinang, dan Mufti Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, saya diberitahu bahawa kenyataan SS Datuk Mohd Yusof Ahmad telah diputar belit oleh wartawan. Beliau sebenarnya menasihati penganjur supaya mematuhi lunas-lunas perundangan dan beberapa perkara lain.

Setelah diteliti, mereka sekadar menyuarakan kembimbangan mereka akan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti rusuhan kaum. Ini berikutan kekeruhan yang timbul berikutan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ minggu lepas. Mereka bimbang jika peserta perhimpunan terbawa-bawa dengan amarah, melakukan provokasi, yang akhirnya, mencetuskan sebuah lagi tragedi yang akan mencacatkan keharmonian negara kita, seperti yang pernah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Namun, insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman bukanlah sebuah ketegangan kaum sebaliknya ia hanya salah faham di antara penganut agama Hindu dengan pihak pemaju tanah, di ini diakui oleh menteri-menteri daripada blok Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Almarhum Dr Said Ramadhan Al Buthi juga pernah menyuarakan kerisauan yang sama. Beliau mengecam revolusi dan kekerasan para demonstran yang tekad mahu menggulingkan pemerintahan kuku besi Rejim Assad. Akhirnya, beliau syahid dibunuh oleh pelampau, dan rakyat Syria kini menjadi pelarian di negara sendiri.

Jangan lupa, peristiwa 13 Mei 1969 itu pun bermula dengan perarakan aman yang bertukar kotor akibat provokasi sehingga berlakunya pertumpahan darah di kaki-kaki jalan.

Sekalipun format perhimpunan ini telah ditukar daripada ‘bantahan’ kepada ‘mensyukuri’, saya tetap merasakan bahawa nasihat daripada mufti-mufti itu perlu diberikan perhatian. Saranan agar mendapatkan kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa, Alhamdulillah sudahpun dipenuhi. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Noor Hisham Ahmad Dahlan dalam sidang media, telah meluluskan perhimpunan ini diadakan di Jalan Raja, di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Kini, tinggal penganjur sahaja yang perlu mengawal dan memastikan kelancaran acara. Kerisaun saya tentang kewujudan pihak-pihak yang berniat jahat ini masih menebal. Saya yakin, ramai yang akan berlakon dan berpura-pura sebagai peserta, tetapi akan mencetuskan provokasi dan kekecohan dari dalam.

Kejayaan perhimpunan ini nanti akan menjadi kayu ukur, mampukah kita untuk bersatu hati seperti umat Islam di Indonesia dan di Turkey.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: