Kisah gadis 7E yang memilih barakah

Saya membaca kisah gadis juruwang 7E yang dihina dan dimalukan tempoh hari dengan dukacita. Jika betul orang yang merakam itu lebih bertamadun, lebih berhemah dan lebih berfikiran terbuka, sudah tentu dia tidak akan memalukan gadis itu. Sebaliknya dia akan menggunakan saluran yang betul seperti menulis surat atau mengirimkan emel kepada syarikat 7E untuk semakan semula atas SOP staf mereka.

Nasi dah menjadi bubur.

Saya lihat, netizen terbahagi kepada 3.

Pertama, golongan yang menyokong pembulian keatas gadis tersebut.

Kedua, golongan yang membantah secara ekstream tindakan perakam.

Ketiga, golongan yang bersikap apologetik dan victim blaming.

Kesemua mereka mempunyai satu persamaan, iaitu jahil dan terlalu mengikut emosi. Tinjauan di media sosial mendapati seakan-akan timbul persepsi dan percikan bunga api yang mampu membakar keharmonian hidup beragama di Malaysia.

Baik daripada golongan muslim, apatah lagi non-muslim. Semua orang tak faham.

Isu utama bukanlah kepada pegang atau tidak pegang botol arak itu. Minuman beralkohol dikira najis di dalam islam. Jika terkena pada pakaian atau badan, kita wajib mensucikannya. Namun, kita bercakap tentang minum beralkohol di dalam tin dan botol. Maka sudah tentu tiada direct contact dengan cecair tersebut.

Sebaliknya, yang menjadi kebimbangan pekerja-pekerja muslim adalah kepada amaran daripada Nabi Muhammad S.A.W tentang 10 golongan yang dilaknat oleh Allah kerana arak.

10 golongan tersebut adalah;

  1. Pembuat arak
  2. Pengedar
  3. Peminum
  4. Orang yang menghantar bekalan arak
  5. Orang yang meminta untuk dihantarkan atau memesan arak
  6. Orang yang menuangkan arak
  7. Orang yang menjual arak
  8. Orang yang membeli arak
  9. Orang yang makan hasil penjualan arak
  10. Orang yang meminta dibelikan arak

Masalahnya orang kita ini, mereka fikir jika mereka tidak minum, mereka sudah selamat. Belum tentu lagi! Minum arak adalah kesalahan besar di dalam Islam bahkan semasa Saidina Umar Bin Al-Khattab R.A menjadi khalifah, Baginda menghukum mereka yang minum arak itu (merotan).

Dilaknat oleh Allah S.W.T, bukanlah benda kecil dan main-main. Maksud laknat adalah, didoakan oleh malaikat kehancuran dan bala, serta dijauhkan daripada rahmat Allah.

Laknat adalah antagonis kepada berkat. Jika berkat bermaksud bertambah-tambah kebaikan, laknat pula sebaliknya. Orang yang ‘bermuamalat’ dengan arak, mereka akan bermasalah dengan sumber pendapatannya.

Perkara ini difahami oleh gadis tersebut, lalu kerana itulah dia dibuli.

Saya pernah berdepan dengan situasi jual-beli arak di pasaraya 99 Speedmart. Kejadian ini berlaku pada tahun 2016.

Ada seorang pekerja buruh warga Indonesia yang kusam, kotor, dan berbau peluh, mahu membeli 2 tin bir jenama Tiger. Semasa tiba di kaunter, juruwang Muslim itu memintanya untuk tunggu sebentar, lalu beliau memanggil seorang lagi rakannya yang bukan beragama Islam untuk menerima wang dan memulangkan baki.

Saya memerhatikannya dengan penuh minat. Dalam diam, saya memuji kewajaran dan ketelitian beliau. Mungkin inilah cabaran kepada adik-adik kita yang bekerja sebagai juruwang. Sudahlah diamanahkan untuk menjaga wang, terpaksa pula mengelakkan daripada ejekan dan sikap sinis orang lain.

Tidak hairanlah jika sekarang, sudah banyak kedai-kedai yang menyediakan kaunter khas untuk barangan non-halal.

//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
google_ad_client: “ca-pub-4359960778792329”,
enable_page_level_ads: true
});

Paling bagus adalah pasaraya Tesco yang menyediakan sistem bayaran secara elektronik (self-service). Ambil sendiri, scan sendiri, bungkus sendiri dan bayar juga sendiri.

Seperti orang lain, saya juga merasakan tidak wajar minuman beralkohol dijual dengan sewenang-wenangnya. Akses kepada minuman ini terlalu mudah dan meluas. Sebaliknya, saya merasakan perlu sekiranya disediakan kedai khas untuk menjual minuman beralkohol ini. Setidak-tidaknya kita boleh mambantu adik-adik kita yang beragama Islam untuk keluar daripada situasi yang kekok begini.

Dan saya juga masih janggal memikirkan nasib kakak-kakak kita yang bekerja sebagai pramugari.

Jika beberapa bulan lepas kita bermati-matian memperjuangkan kebebasan mengenakan pakaian seragam yang lebih menutup aurat, kini saya rasakan keutaman kita sekarang adalah kepada skop tugasan menuang arak (serving liquor to passengers).

Saya masih reserve my judgement. Siapalah saya untuk mengukum. Namun, jauh di sudut hati, saya sangat bersimpati dengan nasib saudara-mara kita yang masih belum mampu melepaskan belenggu daripada minuman alkohol yang Allah S.W.T sangat benci ini.

Jika di Madinah 1400 tahun yang lalu, semasa turunnya wahyu yang menguat kuasakan larangan meminum arak, habis basah tanah-tanah di Madinah kerana para sahabat R.A berpusu-pusu memecahkan tong-tong dan tempayan simpanan arak mereka. Mereka tidak teragak-agak, jauh sekali sekali mempersoalkan perintah Allah S.W.T itu.

(On side note, larangan arak turun secara berperingkat dimulai dengan larangan bersolat dalam keadaan mabuk)

Tetapi di Malaysia, kita memang tidak mampu untuk sami’na wa a’tho’na. Banyak aspek teknikal yang perlu diteliti. Banyak parti yang perlu dibawa ke meja rundingan.

Walau bagaimanapun, saya optimis. Janganlah kerana kita tak mampu buat semua, kita tinggalkan semua.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: