Kritikan sosial kepada PU Bobo (Bobo di mana).

Kadang-kadang bila saya bosan, saya akan membuka aplikasi YouTube di telefon pintar saya dan menekan ikon ‘trending’. Dalam banyak-banyak video yang sedang tular dan mendapat ‘views’ yang tinggi, saya tertarik dengan klip video Datuk Alif Syukri yang sedang marah-marah kepada PU Amin.

Dalam masa yang sama, dia juga ada menyebut tentang video ‘remake’ kepada lagu ‘Bobo di mana’ versi dakwah yang dinyanyikan semula oleh seorang lagi ustaz yang lahir daripada program televisyen Pencetus Umah ASTRO, iaitu PU Azman.

Saya tahu akan kewujudan lagu Bobo di mana ni dah lama kerana ada segelintir kawan-kawan Facebook saya yang berkongsi musik videonya.

Bak kata pepatah inggeris, curiosity kills the cat.

Sayalah ‘cat’ itu.

Namun begitu, bila masuk ‘part’ salah seorang rakan mereka berbaring di atas katil sambil meliuk-liukkan badanya seperti ikan yang dicampak ke atas darat, jari saya cepat-cepat sahaja menekan butang [X].Walaupun ketiga-tiga mereka dikecam hebat, saya tidak merasakan lagu mereka bermasalah. Yang bermasalah cuma videonya.

Menonjolkan elemen ‘soft porn’ adalah suatu kesalahan sekalipun kita beralasan, “Bukan nampak buah dada pun”, atau “Bukan perempuan tulen pun!”.

Pada saya, walaupun ia cuma sebuah lagu yang pendek dan videonya pun dihasilkan dengan bajet yang rendah serta dihasilkan lebih kepada ‘suka-suka’, ini juga termasuk dalam normalisasi LGBT.

Golongan pondan dan transgender berhak untuk menyanyi, tak kisahlah merdu ataupun sumbang. Tetapi, mereka tiada hak untuk menunjukkan gaya-gaya yang tidak senonoh dan mengghairahkan.

Bukan setakat menyalahi agama, tetapi juga berlawanan dengan konsep ‘kesopanan dan kesusilaan’ yang menjadi rukun negara kita.

Walau bagaimanapun, saya juga ada sedikit ‘masalah’ dengan pendekatan sesetengah pendakwah muda kita di media sosial. Saya bersetuju dan menyokong mereka sepanjang masa tetapi ada kalanya, saya tidak.

Dahulu, saya juga begitu. Darah muda. Cepat sahaja mendidih melihat orang melakukan maksiat. Di mata kita, kita nampak mereka seakan-akan sedang mempermain-mainkan agama. Loya, mual, dan geli, semua simptom itu kita ada, sehingga terlalu mudah kita memuntahkan kata-kata kecaman yang dicedok daripada teks-teks agama.

Kita harus ingat, tiada orang ahli syurga dan ahli neraka di dunia ini. Yang ada cuma manusia biasa, yang mempunyai ‘inner struggle’ tersendiri.

Bersikap keras terhadap manusia dengan maksud mahu menjaga authenticity agama adalah serampang dua mata. Dibimbangi kita akan melakukan kerosakan yang lebih besar berbanding membaikinya.

Di dalam al-Quran, Allah S.W.T memerintahkan Nabi Musa A.S supaya menghadapi Firaun yang mengaku sebagai Tuhan, dengan lembut.

Sekalipun Baginda tidak mampu membuatkan Firaun tunduk, Baginda mampu membuatkan tukang-tukang sihir Firaun beriman!

Bayangkan jika Nabi Musa A.S masuk ke dalam singgahsana Firaun dengan kasar dan tegas, bagaimana agaknya penerimaan Firaun?

Sudahlah dengan status Nabi Musa A.S sebagai ‘pelarian’ ketika itu (kerana kes tertumbuk seorang lelaki Mesir sehingga mati), maka sudah tentu dakwah Baginda akan disambut dengan pedang dan tombak.

Nabi Musa A.S mempunyai seribu alasan untuk bersikap keras. Sudahlah sifat natural Baginda memang begitu (contoh dalam insiden Baginda menarik janggut Nabi Harun kerana umatnya ramai yang syirik mengikut Samiri), Baginda juga sedang berdepan dengan barbarik dan monarkis yang paling bengis di zamannya!

Datuk Alif Syukri tu, seburuk-buruk dirinya pun, dia masih sedar yang dia banyak dosa. Sama sahaja dengan kita. Cuma kita harap, suatu hari nanti, dia akan sedar kepentingan suatu perkara bernama malu.

Kerana sindir Nabi S.A.W kepada kita, “Jika tak tahu malu, maka berbuatlah sesuka hati”.

Sebab itu penting ada keluarga, supaya kita sedar, kalau pun kita sudak tak tahu malu, kasihanlah kepada ahli keluarga kita yang terpaksa mencuci arang yang kita contengkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: