One size doesn’t fit all

Tiada satu ubat pun yang boleh menyembuh semua penyakit. Dalam hadis “habbatus sauda penyembuh segala penyakit kecuali mati” sekalipun, para ulama kontemporari membuat kajian dan menyimpulkan adanya penyakit ‘panas’ dan penyakit yang ‘dingin’.

Nabi S.A.W ketika ditanya, “Apakah amalan yang paling baik”, Baginda tidak memberikan hanya satu jawapan. Ada yang Baginda jawab, “berjihad di jalan Allah”. Ada yang dijawab, “solat di awal waktu”, dan ada juga yang dipesan, “berbakti kepada ibu”.

Kepelbagaian jawapan kepada soalan yang sama adalah kerana situasi orang yang bertanya tadi juga berbeza-beza. Bagi orang yang memiliki orang tua yang memerlukan perhatiannya, tentulah berbakti kepada mereka adalah amalan yang paling baik.

Bagi orang yang sering cuai dan lambat dalam solat, maka amalan paling baik buatnya adalah bersolat di awal waktu. Begitulah juga dengan orang yang perkasa dan mampu berjihad, maka jihadlah yang terbaik buatnya.

Begitulah juga solusi kepada masalah LGBT. Kita tak boleh pukul rata dan asak semua.

Mereka juga ada 2 golongan. Golongan pertama adalah golongan yang sedar diri mereka salah dan mereka sentiasa berperang dengan diri mereka sendiri untuk berubah.

Golongan kedua adalah golongan alpha, yang tidak tahu mereka salah dan mereka juga tidak mahu beralah. Sebaliknya mereka mahu mencabar pihak yang tidak sehaluan dan bertentangan dengan mereka.

Orang yang mahu membantu mereka juga ada dua jenis.

Pertama, yang seperti Dr Mujahid yang mempunyai kuasa perundangan di tangannya.

Kedua, orang yang seperti Ustaz Ebit Lew, yang mempunyai kuasa diplomasi dan pujuk rayu.

Kedua-dua mereka adalah penting. Jika dakwah adalah paku, maka perundangan adalah penukul. Mendidik masyarakat perlu kepada kasih sayang dan ketegasan.

Saya tertarik dengan kesabaran dan toleransi Nabi Muhammad S.A.W ketika melayan karenah kaum munafik di sekeliling Baginda.

Apakah Baginda tidak tahu agenda Abdullah Bin Ubay dan konco-konconya, walhal beberapa kali wahyu diturunkan oleh Allah kepada Baginda, melondehkan komplot mereka.

Namun begitu, adakah baginda bertindak keras dan kasar kepada mereka?

Tidak.

Mereka dilayan seperti biasa. Hinggakan di saat ada sahabat yang meminta izin kepada Rasulullah S.A.W untuk memenggal kepala orang-orang munafik ini pun, Baginda cepat-cepat menolak. Baginda S.A.W tetap menunjukkan compassion dan kasih sayang, kerana tidak mahu dipandang sebagai seorang pemimpin yang menumpahkan darah sahabatnya.

Bahkan di saat kematian Abdullah Bin Ubay pun Baginda masih bersetuju untuk mendirikan solat jenazah dan mendoakan mayat Abdullah, tetapi ditegur oleh Allah S.W.T melalui ayat 84, surah At Taubah.

Dalam masa yang sama, ketegasan Nabi S.A.W juga boleh dilihat apabila Baginda S.A.W mengamanahkan kepada Huzaifah al-Yamani R.A senarai nama orang-orang munafik di zaman itu.

Saya sebenarnya hairan. LGBT ini bukanlah benda baru. Mungkin ada yang kata, dahulu mereka pasif tetapi sekarang mereka lebih vokal. Tapi itu lebih kepada persepsi dan pandangan peribadi mereka. Nisha Ayub pernah berkata, “Malaysia once a progressive nation before the introduction and set up of Majlis Fatwa (islamic edicts) around 1982”.

Maknanya pihak kerajaan telah mempunya pengalaman lebih 36 tahun dalam berdepan dengan mereka. Namun begitu, tidak salah juga jika saya katakan yang isu ini mungkin tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Benar, memang mudah bagi kita menyuruh mereka insaf, bertaubat, dan kembali ke pangkal jalan. Tetapi kita tak faham halangan-halangan yang sedang membelenggu mereka.

Belenggu-belenggu inilah yang sedang cuba dibersihkan dan dibuang oleh Dr Mujahid (dan teamnya) serta Ustaz Ebit Lew.

Percayalah, kebencian adalah seperti api. Ia akan membakar orang yang kita benci, dan ia juga akan membakar diri kita sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: