Hak golongan LGBT di Malaysia

Salman al-Farisi R.A dan Abu Darda’ R.A adalah dua orang sahabat Nabi S.A.W yang dipersaudarakan oleh Baginda daripada kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka berdua sangat akrab.

Salman al-Farisi pernah menasihati Abu Darda’ kerana Abu Darda’ terlalu khusyuk dan tenggelam dalam beribadah hinggakan isteri Abu Darda’ merasakan terabai lalu meminta Salman al-Farisi supaya menasihati suaminya.

“Sesungguhnya kamu mempunyai hak terhadap Tuhanmu, hak terhadap dirimu sendiri, dan juga hak terhadap isterimu. Maka berikanlah hak kepada mereka yang berhak!

Kelmarin, kita dikejutkan dengan kenyataan daripada aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir bahawa golongan LGBT mahu diberikan hak sama rata seperti manusia lain.

Beliau ada menyebutkan,

“Kalau mereka sakit takkan nak biarkan saja di tepi jalan? Kalau mereka didera atau dipukul, bukankah mereka ada hak untuk laporkan kepada polis dan dapat tindakan daripada polis seperti kita semua? Itu saja yang mereka minta, bukan lebih daripada itu.”

Ini menimbulkan tanda tanya kepada kita. Adakah selama ini hak asasi mereka seperti pendidikan, perubatan, peluang pekerjaan, dan keselamatan mereka dinafikan?

Sudah tentu tidak.

Belum pernah lagi saya lihat pondan-pondan ini dihalau daripada kedai alat solek dan pakaian dalam. Begitu juga di kafe dan restoren. Mereka tetap dilayan seperti biasa.

Saya sebenarnya tidak faham hak apakah yang Marina Mahathir maksudkan. Namun begitu, saya tidak terkejut apabila kenyataan ini keluar daripada mulut beliau.

Pada tahun 2006, beliau pernah menimbulkan kontroversi dengan menyamakan wanita muslim di Malaysia seperti dasar apartheid orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Cara beliau bercakap seakan-akan wanita muslim di Malaysia tidak mendapat hak yang sama seperti lelaki.

Saya merasakan bahawa beliau sendiri pun tidak faham apa yang beliau perjuangkan.

Belum pernah berlaku lagi, golongan LGBT dibiarkan menderita dan mati di tepi jalan (seperti beliau katakan).

Saya tak pasti, adakah semasa beliau menyebut tentang sakit dan mati di tepi jalan, beliau sebenarnya sedang membangkitkan fakta bahawa 50% pesakit AIDS dan HIV adalah pelaku LGBT.

Saya juga tidak faham tentang maksud diskriminasi di tempat kerja. Adakah golongan LGBT dilayan dengan teruk di tempat kerja, sedangkan 80% daripada pekerja seks adalah golongan ini.

Yang saya nampak, golongan LGBT di negara ini sebenarnya mahu diri mereka diiktiraf sepertimana yang berlaku di sebahagian negara di Eropah.

Kata mereka, perbuatan LGBT adalah sah (legal) kerana wujudnya kesedaran dan persetujuan (consent), tidak seperti pedofilia, necrophilia (seks dengan mayat) dan bestiality (seks dengan binatang).

Kanak-kanak, mayat, dan binatang tidak mampu untuk memberikan persetujuan. Mereka boleh dieksploitasi sedangkan LGBT, pelaku-pelakunya mempunyai kapastiti akal untuk memahami dan menganggung akibat perbuatan mereka.

Golongan LGBT sentiasa menggunakan hujah hak asasi (human rights card) untuk ‘menghalalkan’ kegiatan mereka. Kad yang sama juga sebenarnya sedang dipakai oleh pedofilia di Barat.

Beberapa minggu lepas, kecoh di laman YouTube apabila komuniti TEDx, sebuah platform online yang membincangkan isu semasa, memuat naik sebuah forum bicara yang dianjurkan di University of Wurtzberg, Jerman di mana seorang pelajar perubatan, Mirjam Heine dalam ucapannya, meminta agar masyarakat mengiktiraf perbuatan pedofilia.

Beliau mendakwa pedofilia juga adalah salah satu orientasi seksual dan perlu diiktiraf.

Tambahnya lagi, “we are not responsible for our feelings. We do not choose them but we are responsible for our actions”

Kononnya ‘feeling’ untuk buat seks dengan kanak-kanak adalah ‘fitrah’. Lahir-lahir sahaja sudah ada.

Dakwaan bahawa pedofilia adalah sebuah orientasi seksual ditolak oleh seorang pakar psikologi, Dr Linda Mintle. Dr Linda menjelaskan bahawa kecendurungan untuk melakukan seks bersama kanak-kanak adalah salah sebuah penyakit mental dan boleh dirawat.

Wallahua’lam.

Saya cuma nak kata bahawa sesudah LGBT, wujud pula gerakan dan usaha bagi memperjuangkan hak golongan ‘minoriti’ yang lain sekali pun ianya terang-terangan menyalahi logik, moral dan fitrah manusia.

Tak mustahil perbuatan yang lebih keji daripada itu pun boleh ‘dihalalkan’ atas nama hak.

Berbalik kepada golongan LGBT di Malaysia, saya kira pendirian YB Menteri, Dr Mujahid Rawa adalah tepat.

Sebagai rakyat Malaysia, golongan ini berhak mendapat hak dan sokongan yang sama dengan kita. Tetapi dari sudut cara hidup, tindakan menonjolkan kegiatan mereka adalah mencabar perundangan negara serta menyalahi adat budaya setempat.

Sebarang bentuk percubaan menormalisasi perbuatan LGBT ini wajib ditentang kerana dikhuatiri akan mengeruhkan dan menimbulkan huru hara di dalam negara.

Tanpa kita sedari, hak paling utama golongan LGBT adalah hak untuk kembali menjadi normal.

Sepatutnya hak inilah yang Datin Paduka Marina Mahathir dan rakan-rakannya perjuangkan.

Dr Linda Mintle pernah menegaskan tentang peranan gereja dalam merawat serta membantu memupuk sifat empati kepada para pelaku pedofilia, supaya mereka faham bahawa tindakan mereka itu salah.

Saya kira, begitulah juga peranan orang Islam dan ahli agama.

LGBT hanya boleh disembuhkan dengan agama.

Bagaimana?

Mari perah otak bersama.

Kita tak mahu ada Safiey Ilyas kedua ,yang terang-terangan mencabar kerajaan langit dan juga bumi.

[Bacaan lanjut: ]

1. Numan Afifi is my bro too (gay iftar)

2. Retorik JAKIM dan autoriti agama

3. Pseudo Liberalis dan perjuangan yang samar-samar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: