Nasihat Terbaik Adalah Tidak Menasihat.

Ada orang yang tak boleh ditegur. Bila ditegur, makin menjadi-jadi jahatnya. Seperti kanak-kanak yang masih berhingus walaupun rambutnya sudah berselang seli dengan uban.

Sayang sekali, mereka ini bukannya calang-calang. Ada yang menjadi figur dan rujukan masyarakat. Setiap detail kehidupan, banyak mata yang memerhati.

Bagi orang-orang begini, teguran dan nasihat terbaik untuk mereka ialah dengan tidak menegur di khalayak umum.

Contoh, seperti seorang lelaki yang memakai rantai. Kita menegurnya dengan berkata, “Tuan, lelaki tak boleh pakai rantai. Hukumnya berdosa”.

Kita sangkakan dia akan mengiyakan, “Ya kah, terima kasih kerana mengingatkan”.

Walhal yang sebenarnya berlaku,

“Kau ni siapa tiba-tiba sahaja nak menegur aku!”.

Kalau orang itu cuma mahu menang dalam pertarungan mulut sahaja, tak apa lagi tapi kerana jiwa rebel dan alergi yang teruk kepada agama, esoknya dia pakai dua utas rantai pula. Kemudian jika masih ditegur lagi, dia pakai rantai emas pula.

Di pihak kita memanglah kita sekadar geleng kepala. “Orang nasihat tak nak dengar, tak apalah”

Untuk menyedapkan hati, kita menambah pula, “Hidayah kan milik Allah”.

Namun begitu di pihak mereka, mereka ‘bangga’ berjaya membuatkan kita geleng kepala. Mereka bersorak kerana merasa seakan-akan telah beroleh kemenangan moral sedangkan mereka tak tahu, mereka semakin terkapai-kapai.

Begitu juga perempuan yang tidak menutup aurat. Setiap orang suka jika kritikan atau nasihat dilakukan dalam kapasiti peribadi, bukannya dimalukan di khalayak umum.

Jangan fikir orang yang tak tahu malu ini suka untuk dimalukan.

Jika kita ini ‘bukan siapa-siapa’ padanya, maka elok diserahkan keutamaan kepada orang yang dia senangi untuk menegurnya. Kerana kita tak mahu, daripada elok-elok bencikan tudung, kebencian dan kekecewaannya berlarutan kepada membenci orang agama, bahkan membenci kepada agama sendiri.

Seperti yang terjadi kepada sahabat dan saudara kita dalam gerakan liberal dan sekular. Mereka sebenarnya tidak benci pun kepada Allah dan Rasul. Mereka cuma (mungkin) ada pengalaman pahit berurusan dengan ahli agama, badan agama, atau insitusi keagamaan seperti JAKIM, mahkamah syariah, dan sebagainya.

Tetapi kerana siri kekecewaan yang berlarutan, jiwa mereka meronta-ronta untuk melawan dan mengubah hukum Tuhan.

Jiwa rebel itu benar-benar wujud. Ada yang sekadar mempertikaikan badan agama, tapi ada yang sampai mempertikaikan agama.

Maka bila berdepan dengan manusia seperti ini, berdiam mungkin lebih baik. Biarkan saja Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jika Luncai pandai berenang, InsyaAllah dia tak akan lemas. Tapi jika kita ‘ghairah’ sangat hendak menyelamatkan Si Luncai, bimbang-bimbang hulubalang raja ternampak, lalu dengan kita-kita sekali ditahan dan dibawa mengadap Raja, lalu dituduh bersubahat dengan Si Luncai menipu Raja.

Nasihat itu baik. Tapi kadangkala tidak memberi nasihat juga baik.

Guna akal untuk menilai situasi.

Jangan jadi keyboard worrior, preach tanpa henti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: