Pramugari juga manusia

Ustaz Azhar Idrus pernah memuji pramugari MAS di dalam sebuah kuliahnya. Begitu juga dengan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang. Cerita mereka serupa. Mereka pernah disantuni oleh pramugari-pramugari ini dan menjawab soalan-soalan agama daripada mereka.

Bukan sedikit yang mengadu dan kesal kerana terpaksa mengenakan pakaian yang mendedahkan tubuh. Rata-rata mereka memberikan alasan ‘terpaksa’ tetapi dalam masa yang sama, mereka akur dan mengakui bahawa tindakan mereka itu bukan tindakan yang terbaik.

Sepuluh tahun lepas, mungkin saya akan berpandangan, “jika dah tahu syarikat memaksa buka aurat, maka berhenti dan carilah pekerjaan lain”.

Namun, semakin saya dewasa, saya semakin memahami realiti, kepayahan dan cabaran sebenar dalam kehidupan ini. Kita tak boleh berkata semua orang sama dengan kita.

‘Penyakit’ setiap orang berbeza-beza, maka penawarnya juga tidak serupa.

Menjawab, “sila berhenti dan cari kerja lain”, adalah sama ego, sama pentingkan diri, sama angkuh dan sama sombong dengan jawapan, “Jika tak suka, jangan pandang”.

Saya cuma kasihan dengan kakak dan adik kita yang di luar waktu bekerja, mereka menutup aurat dengan baik tetapi terpaksa memakai pakaian yang terdedah dan menanggalkan hijab kerana bekerja.

Hal ini terjadi kerana mereka tidak diberikan pilihan untuk menyarung uniform yang lebih sopan dan menutup tubuh badan (decent).

Ambil contoh, syarikat penerbangan nasional kita iaitu MAS. Kebaya ikonik yang dipakai oleh mereka adalah corak kebaya telah diperkenalkan pada tahun 1986.

Pemakaian yang ketat dan kain sarong belah yang menampakkan pangkal peha, adalah menyalahi garis panduan pemakaian Islam.

Pada Disember 2014, sebuah syarikat penerbangan tambang murah Jepun, Skymark Airlines pernah dikritik hebat oleh rakyat negara itu kerana memperkenalkan uniform yang ‘terlalu seksi’.

Bahkan, Japan Federation of Cabin Attendants iaitu sebuah pertubuhan anggota persatuan pekerja di Jepun, telah menyelar dan mengkritik Skymark Airlines dengan mengatakan uniform yang dipakai oleh krew kabin mereka sebagai ‘tidak sopan’ dan ‘tidak sesuai dengan kerja mereka’.

Syarikat itu juga berdepan dengan tuduhan mengeksploitasi kaum wanita dan menggunakan mereka sebagai objek bagi menarik perhatian penumpang (objectifying women). Pihak Skymark Airlines menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Ironinya, ramai pramugari yang mendakwa bahawa mereka sering menjadi mangsa serangan seksual dan foto mereka seringkali diambil secara senyap-senyap.

Selepas 6 bulan, akhirnya Skymark Airlines menukar uniform pramugari mereka dengan pakaian lama mereka yang lebih sopan dan sesuai dengan kerja.

Begitu juga dengan syarikat penerbangan yang berpusat di Hong Kong, iaitu Cathay Pacific. Pramugari Cathay Pacific juga pernah menyuarakan kebimbangan dan ketidak selesaan mereka terhadap uniform mereka.

Seorang wakil daripada kesatuan krew cabin (flight attendant union), Michelle Choi pernah berkata yang pakaian mereka adalah terlalu ketat dan singkat, hingga boleh menampakkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya (private) semasa mereka tunduk.

Saya cuma mengambil beberapa contoh daripada syarikat penerbangan antarabangsa, yang sama kompetatif dengan syarikat penerbangan ikonik kita.

Justeru, mengatakan bahawa hanya rakyat Malaysia sahaja yang ‘bising’ dalam bab uniform pramugari ini adalah tidak tepat sama sekali.

Menyeru kepada pakaian yang lebih sopan dan tertutup bukanlah sebuah agenda Islamisasi. Berpakain sopan (modest) tidak akan menjadikan seseorang itu Taliban, ISIS atau radikal.

Agak menjengkelkan dan hipokrit apabila ada antara kita yang memperjuangkan hak untuk membuka aurat (seperti perjuangan leftist feminist), tetapi berpeluk tubuh dalam soal hak untuk krew kabin menutup aurat.

Saya juga beranggapan, soalan daripada Ahli Parlimen Tumpat kepada Menteri Pengangkutan adalah semata-mata tentang hak pramugari yang mahu menutup aurat, bukannya gesaan supaya kerajaan campur tangan bagi mewajibkan semuan syarikat menukar uniform masing-masing.

Soalan daripada Datuk Che Abdullah Mat Nawi itu adalah sangat releven. Sayang sekali Yang Berhormat Menteri cuma mampu menjawab dengan sebuah sindiran, “Kalau mencolok mata, usah pandang”.

Saya faham kesukaran dan inner struggle yang dihadapi oleh rakan-rakan dan saudara-saudara kita di dalam industri penerbangan.

Sebab itulah saya mengelak untuk menghukum, apatah lagi untuk prejudis.

Semoga Allah berikan kita semua kekuatan untuk memilih jalan hidup yang terbaik di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: