How to lead a simple life

Semua orang mahukan kehidupan yang mudah. Tidak komplikated. Bebas melakukan apa yang dia mahu dan bebas pergi mana-mana saja yang mereka suka. Tapi tak ramai yang faham bagaimana kehidupan yang mudah itu sebenarnya.

Kehidupan yang mudah bukanlah kehidupan tanpa usaha. Orang putih kata, born with silver spoon.

Pada zaman dahulu, ada seorang alim bertemu dengan sahabat lamanya yang juga seorang yang alim. Dia terkejut melihat keadaan sahabatnya yang tidak terurus dan miskin. Dia tanya, “Apa yang menyebabkan keadaanmu begini?”

Jawab sahabatnya, “Kecintaanku pada akhirat dan kebencianku kepada dunia menyebabkan aku tidak mahu lalai mencarinya”

Orang alim itu berkata, “Kamu benar. Tapi bukankah Rasulullah S.A.W berkata, tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Mengapa kamu tidak mahu menjadi orang yang boleh memberi, tetapi menjadi orang yang menerima bantuan”.

Sahabatnya itu insaf, “Kamu telah menyedarkanku”.

Kehidupan yang simple, pertama, perlu tetap berpendapatan. Islam tak menyuruh kita ada kerja tetap, tetapi Islam menyuruh kita supaya berusaha agar tidak meminta-minta kepada orang.

Hinggakan Nabi S.A.W memuji orang masuk ke dalam hutan mencari kayu, memotongnya lalu menjualnya sebagai kayu api. Mereka itu adalah mulia di sisi agama walaupun kerjanya berat dan biasa, kerana mereka itu mengerah keringat sendiri bukannya meminta-minta daripada orang lain.

Kerjalah apa sahaja asalkan kerjanya halal dan bermoral.

Kedua, hidup yang simple ialah bebas daripada pengaruh orang lain.

Manusia suka bercakap. Tapi bukan bermakna setiap cakap-cakap orang, kita perlu ikut. Jiran-jiran tukar sofa baru, kita pun terpengaruh. Kawan sepejabat masuk skim cepat kaya, kita pun terjebak sama. Orang lain menambah emas dan perhiasan, kita pun tak mahu kalah. Akhirnya, kita hidup dalam bayangan orang lain.

Ketiga, bebas hutang. Jika terpaksa berhutang, maka pilihlah pinjaman islamik. Dan jangan lupa beli polisi perlindungan takaful untuk hutang-hutang kita. Mudah-mudahan jika mati mengejut, takaful boleh melangsaikan segala hutang dunia kita. Besar harapan kita agar roh kita tidak ditahan oleh malaikat daripada naik bertemu Ilahi.

Keempat, bijak berbelanja. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Jangan sesekali menambah hutang. Bahkan kita perlu asingkan satu bahagian wang untuk sedekah dan zakat pendapatan. Ingat bahawa di dalam dompet kita, ada not-not kertas milik mereka yang meminta-minta dan yang tidak meminta-minta.

Tidak lupa juga kita perlu memiliki simpanan sebanyak 3 hingga 6 bulan gaji bulanan kita. Itu adalah untuk kegunaan semasa kecemasan. Jika berlaku kemalangan, kecelakaan, atau masalah kepada syarikat dan pekerjaan kita (seperti downsizing, retrenchment, atau late payment), maka kita ada wang kecemasan yang boleh digunakan untuk memastikan kelansungan hidup kita.

Kelima, menambah sahabat baru. Menjalinkan hubungan silaturrahim ialah suatu sangat terpuji. Bahkan dalam hadis disebut bahawa usia orang yang suka bersilaturrahim ini akan dipanjangkan Allah. Bila ramai sahabat, senang. Ada masalah, ramai yang boleh membantu.

Keenam, jauhi permusuhan. Jika ada orang berbuat tak baik kepada kita, maka bersabarlah. Jika tak mampu lagi bersabar, tinggalkan dan jauhi dia. Jika tidak boleh juga, maka gunakanlah lunas-lunas perundangan. Jangan bertindak mengikut emosi. Kekerasan fizikal tidak akan pernah menyelesaikan masalah.

Ketujuh, tegakkan Islam dalam kehidupan. Sempurnakan kitaran kehidupan harian kita dengan seimbangkan antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat. Jika siang kita bekerja, maka malam kita beribadah dan berehat.

Jangan terlalu gigih bekerja hingga tiada masa untuk melaksanakan ibadah sunnat seperti solat sunat, zikir, mengaji dan menghadiri kuliah. Jangan juga terlalu asyik bersukan dan berhibur hingga dilalaikan daripada beribadah dan ingat Tuhan.

Kata Allah dalam surah al-Qosas ayat 77;

“Carilah apa-apa yang Allah berikan kepadamu untuk bekalan akhirat, tapi jangan pula kamu lupa bahagianmu di dunia”.

Bak kata Lim Ha-Reon dalam drama ‘My Horrible Boss’,

Whenever you are angry, think of the possible consequences.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: