Mudahnya membunuh masa depan.

Antara perkara yang membawa manusia semakin jauh daripada agama adalah budaya ‘victim-blaming’.

Mengapa saya katakan jauh daripada agama?

Kerana kebanyakan orang yang suka menyalahkan mangsa adalah orang agama, manakala yang mendampingi mangsa dan menyokong mereka pula adalah kumpulan yang ‘bertentangan’. Kumpulan yang semakin popular dan mendapat sokongan masyarakat moden, yang kita panggil sebagai ‘the others’.

Sebagai contoh, kisah Puan Siti Kassim yang pernah ditahan oleh polis kerana mahu melindungi seorang gadis yang menjadi mangsa penderaan ibunya.

Kelmarin, berita kematian seorang pembantu makmal berusia 57 tahun dibunuh oleh rakan sekerjanya yang berusia 28 tahun di Banting, memeranjatkan negara.

Tetapi yang lebih memeranjatkan daripada itu adalah respon-respon kita, melemparkan kata-kata ‘padan muka’ dalam bahasa yang kononnya simpati.

“Siapa suruh suka sangat menyindir orang”

“Kesabaran orang ada hadnya”

“Jangan nak ‘membawang’ sangat, nanti kena cekik”.

Seakan-akan kita mahu memberitahu bahawa perbuatan “menyindir” layak untuk dibalas dengan nyawa!

Kita mengutuk pertumpahan darah di Palestin dan Syria, tetapi kita juga memandang murah kepada nyawa orang lain.

Trend yang serupa juga boleh dilihat semasa tragedi kematian pelajar kolej berusia 19 tahun, yang mati akibat dicekik oleh teman lelakinya, 24 Mei lepas.

Ramai yang ‘menyalahkan’ gadis malang itu kerana ‘berani’ keluar mengikuti lelaki pada waktu malam.

Tidak kurang juga yang menyalahkan ibubapa mangsa dengan tuduhan-tuduhan pedih, seakan-akan ibubapa mangsa telah gagal mendidik anak gadis mereka.

Dua contoh di atas adalah contoh-contoh yang terkini. Banyak lagi kes yang serupa, yang kebanyakan mangsa permainan victim-blaming ini adalah kaum wanita.

Contohnya dalam jenayah seksual seperti rogol. Soalan-soalan seperti pakaian mangsa, apa yang mangsa buat sehingga penjahat itu tekad menyerangnya, dan mengapa mangsa tidak melawan dengan lebih kuat lagi, dan sebagainya seringkali ditimbulkan.

Pada saya, budaya victim-blaming ini adalah suatu kesalahan yang besar sekalipun niat dan tujuan kita adalah untuk menyedarkan mangsa dan orang lain.

Tindakan kita itu bukan sahaja tidak memulihkan keadaan, sebaliknya kita telah menimbulkan kerosakan-kerosakan yang baharu.

Kita akan mencipta parut yang semakin besar dalam jiwa mangsa. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang membunuh mereka dengan dendam!

Seorang ahli psikologi Barat, David B. Feldman menulis sebuah artikel di tabloid Psychology Today dengan menjelaskan kecendurungan kita untuk victim-blaming ini boleh diatasi dengan mempunyai sifat empati.

Cara yang paling berkesan untuk mewujudkan empati adalah dengan membayangkan sekiranya kita yang berada dalam situasi mangsa.

Adakah kita suka jika orang menyalahkan, memarahai, mengejek dan mentertawakan kita atas musibah yang berlaku kepada kita?

Sudah tentu tidak. Serupalah juga dengan orang lain.

Begitulah empati, dan begitulah muslim sejati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: