Numan Afifi is my bro too! (LGBT dan Naturist juga)

Antara alasan yang popular dan sering digunakan oleh pelaku-pelaku LGBT adalah, “Ini adalah fitrah kami”.

Mereka ‘menyalahkan’ fitrah seolah-olah Allah S.W.T ‘sengaja’ mencipta mereka sebegitu.

Oleh kerana Allah ‘menjadikan’ mereka bernafsu kepada sesama jantina, cenderung untuk menukar orientasi seksual dan jantina, maka mereka ‘berkewajipan’ mengikut ‘ketentuan’ Allah S.W.T itu.

Padahal terlalu banyak ketentuan-ketentuan Allah S.W.T yang sebenar dan bersifat realistik. Namun kerana nafsu, mereka sanggup menconteng arang ke muka sendiri.

Sanggup mencabar Allah S.W.T.

Kecendurungan LGBT adalah sama dengan kecendurungan zina bagi golongan heteroseksual.

Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W, meminta izin melakukan zina.

Perbuatan lelaki itu menimbulkan keresahan para sahabat. Ada yang berang kerana merasakan seolah-olah lelaki itu sedang mencabar dan cuba menghina hukum Allah S.W.T kerana zina adalah sebuah jenayah sosial yang berat hingga pelakunya boleh dikenakan hudud.

Namun, Nabi S.A.W tetap rasional dan melayan ‘permintaan’ lelaki tadi dengan penuh diplomasi.

Baginda menyoal,

“Kamu ada adik perempuan?”

Lelaki itu mengangguk.

“Apa pendapatmu jika dia berzina dengan lelaki lain?”, soal Baginda.

“Demi Allah, aku tidak menyukainya”.

“Maka orang lain juga tidak menyukai jika adik perempuan mereka dizinai”, terang Nabi S.A.W

“Apa pendapatmu jika ibumu berzina?”, Soal Baginda S.A.W lagi.

“Demi Allah, tidak”

“Maka begitu juga orang lain. Mereka juga tidak suka ibu mereka dizinai”

“Apa pula pendapatmu jika puteri-puterimu pula berzina?”

“Demi Allah, tidak!”

“Maka begitulah juga orang lain, tidak menyukai jika anak-anak mereka berzina”

Lalu Nabi S.A.W meletakkan tangan Baginda yang mulia ke dada sahabat tadi dan mendoakannya. “Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya”.

Diceritakan, lelaki itu berubah menjadi seorang yang sangat warak hingga matanya tidak pernah lagi melirik memandang wanita.

Para pelaku LGBT seringkali menggunakan idea hak dan kebebasan untuk menjustifikasi tindakan mereka.

Seolah-olah merekalah golongan paling tertindas dan mangsa apartheid moden. Padahal, segala hak mereka sebagai manusia dan sebagai rakyat Malaysia dilindungi oleh perlembagaan. Cuma, sejak kebelakangan ini sahaja mereka menjadi semakin vokal.

Lebih memeranjatkan, yang menjadi juara, mengetuai dan membarisi saf hadapan perjuangan LGBT ini adalah orang-orang Islam.

Dan dalam kalangan mereka, ada yang pernah menjadi naqib usrah dan ada juga yang mempunyai pengetahuan agama yang agak dalam.

Tahu tidak bermakna faham. Kadangkala orang yang lebih ‘alim’ lah yang lebih keliru.

Seperti Imam Daayiee Abdullah yang juga pengasas ‘masjid gay’ pertama di Amerika Syarikat dan terbaru, Imam Nur Wasame di Australia yang mana ‘masjid gay’ beliau juga sedang di dalam pembinaan.

Trend ‘mengislamkan’ perbuatan tidak bermoral bukanlah fenomena baharu. Tidak lama dahulu, aktress porno (pornstar) Amerika yang berasal dari Pakistan, Nadia Ali juga pernah memberikan temubual kepada portal The Independent dengan menegaskan bahawa dia adalah seorang ‘practising Muslim’ dan dia menjadi pornstar kerana wanita-wanita di Timur Tengah ‘tidak pandai untuk melakukan hubungan intim dengan suami mereka’ dan ‘boleh belajar dengan menonton video seksnya’.

Jelas sekali, pendokong LGBT ini memancing sokongan masyarakat dunia dengan umpan-umpan simplistik seperti ‘Islam agama rahmat’.

Jika LGBT adalah ‘rahmat’, mengapa Allah S.W.T sampai menterbalikkan bumi sebagai hukuman bagi umat Nabi Luth A.S dan menceritakannya secara spesifik di dalam al-Quran?

Para pelaku LGBT perlu dibawa pulang kepada fitrah. Fitrah yang dianjurkan oleh Islam adalah berbeza dengan fitrah anjuran Barat.

Fitrah anjuran Barat membawa kepada ledakan budaya seperti budaya hippie yang tercetus pada pertengahan tahun 1960-an.

Lebih buruk, mereka melaksanakan revolusi seksual. Perkahwinan dianggap sebagai bebanan dan kekangan, manakala seks dianggap suatu yang normal. Lebih dahsyat, public nudity (berbogel di khalayak awam) juga dianggap sebagai fitrah di samping menerima baik hubungan seks yang bercanggahan daripada heteroseksual normal dan tradisional.

Ini diburukkan pula dengan budaya naturism yang semakin popular terutamanya di Barat. Naturism adalah fahaman yang menyokong dan mempertahankan hak manusia untuk berbogel di tempat awam. Kononnya, oleh kerana manusia lahir secara berbogel, maka fitrah mereka adalah berbogel. Jadi, tidak menjadi masalah jika mereka melakukan aktiviti sosial dan bersukan dengan cara berbogel walaupun di kawasan awam.

Di Paris, ada sebuah restoren khusus buat pengikut fahaman naturism ini. Mereka diwajibkan berbogel untuk menikmati makan malam mereka. Restoren bernama O’naturel ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan hanya membuka kepada orang awam (yang normal) pada hari jumaat sahaja.

Wallahua’lam.

Semoga fahaman naturism ini tidak merebak ke dalam negara kita. Namun begitu, atas tiket ‘hak asasi’, segala-galanya pun ‘mungkin’, bukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: