Ilmu terbang.

Saya ada beramal dengan satu ilmu ni. Tak sampai seminggu, saya dah boleh terbang. Sungguh!”

Saya pandang muka penceramah tu. Tak ada tanda-tanda yang dia bergurau!

“Betul ni tuan-tuan. Saya boleh lompat dengan sangat tinggi. Macam terbanglah orang kata. Setakat tiang tu, memang senang je saya lepas”, sambil tangannya menunding ke arah sebatang tiang di hadapan kami.

Tinggi!

Saya pandang muka para jemaah. Mereka terpinga-pinga. Ada yang tersenyum sendirian.

“Tapi itu dulu lah. Masa saya muda dulu. Sekarang tak ada dah”, dia senyum.

“Saya pun pelik. Ilmu apa yang saya belajar ni. Tak sampai seminggu beramal, dah dapat macam-macam. Jadi saya jumpa tok-tok guru, ustaz-ustaz, jadi mereka kata usahlah, tinggallah ilmu ni”

“Jadi saya pun tinggallah”, dia bercerita lagi.

Saya memandangnya dengan pandangan polos. Niat di hati nak mendengar tazkirah, tapi tanpa sengaja terdengar cerita ‘penglipur lara’.

Saya bingung.

Bagaimana seorang yang bergelar Ustaz, diberi pentas untuk berceramah, dan menggunakan sumber dan dana surau, boleh diberi peluang untuk ‘berjenaka’ di pentas yang mulia itu.

Mungkin dia mahu mengajarkan etika moral, seperti jangan belajar ilmu yang sembarangan, atau berhati-hati dengan setiap perkara yang aneh dan ajaib.

Tetapi saya beranggapan, ada beberapa perkara baik, lebih baik dibiarkan rahsia.

Kerana isu integriti. Tsiqoh.

Sejauh mana orang akan, atau mahu percaya kepada kita.

Serupalah juga dengan orang yang mahu, atau baru berhijrah.

Lebih baik jika cerita hijrah tidak disensasi kerana bimbang badai dan ribut fitnah mudah melanda hati.

Begitulah saya faham makna harmoni. Tak semua benda baik perlu kita cerita. Kerana takut kesannya tidak baik. Boleh membawa kepada fitnah, gaduh, caci maki, dan paling buruk, kafir-mengkafir!

Ingat pesan Nabi Yaakub A.S kepada anak kesayangannya, Nabi Yusuf A.S tatkala Nabi Yusuf datang bercerita akan perihal mimpinya kepada Nabi Yaakub.

“Rahsiakannya. Jangan beritahu tentang mimpimu ini kepada saudara-saudaramu”

Hati orang, kita tak tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: