Retorik JAKIM dan candu kelompok popularis.

Adakah JAKIM masih releven?”

“Zaman Nabi dulu tak ada pun JAKIM. Elok sahaja orang beriman”

“JAKIM ni menghabiskan duit rakyat sahaja”

Berikut adalah antara rungutan dan keluhan netizen berkenaan JAKIM. Bukan sedikit orang yang mahukan badan autoriti seperti JAKIM ini dibubarkan.

Yang hairannya, bukan setakat golongan liberal dan radikal sahaja yang mahukan JAKIM dibubarkan, tetapi muslim-melayu yang miskin, belajar setakat SPM sahaja, tiada aset hartanah, dan sentiasa mengambil manfaat daripada tertubuhnya JAKIM itu pun ‘merayu-rayu’ meminta supaya JAKIM dibubar.

Mungkin inilah golongan psedo-liberal dan neo-liberal, yang baru membiak dek kebanjiran maklumat di Facebook.

JAKIM adalah sebuah entiti yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4) pada tahun 1997.

Matlamat penubuhan JAKIM adalah kerana desakan dan keperluan untuk wujudnya sebuah agensi pusat yang berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai Islam di negara ini.

Ini termasuk juga menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia melalui pendidikan, penyelidikan, dan penggunaan teknologi maklumat.

Jika kita buka laman web rasmi JAKIM, kita boleh lihat beberapa objektif JAKIM. Antara contoh yang popular (dilihat hari-hari) adalah sekitar isu sijil halal, mengarang teks khutbah, dan menstruktur korikulum kursus kahwin.

JAKIM telah lama menjadi ‘punching bag’ para pendekar liberal. Mereka sentiasa menyerang dengan tuduhan, persepsi dan propaganda negetif.

Kemuncaknya, pada bulan Oktober 2016, JAKIM diserang dengan amat dahsyat oleh netizen gara-gara isu ‘pretzel dog’.

Sebuah francais kedai makanan dari Amerika Syarikat, Auntie Anne’s telah mengalami sedikit masalah dalam proses aplikasi sijil halal JAKIM. Salah satu kebimbangan yang disuarakan oleh pihak JAKIM adalah kepada perkataan ‘dog’ di dalam sebuah menu mereka yang terkenal.

Sebenarnya itu adalah prosedur standard. Francais restoren A&W juga melalui prosedur yang serupa. Mereka menukar nama salah sebuah menu popular mereka, ‘coney dog’ kepada ‘coney chicken’ dan ‘coney beef’.

Saya tak faham kenapa ramai netizen yang ‘sentap’ dengan cadangan menukar nama itu. Padahal sebelum ini banyak juga benda dan tempat yang ditukar namanya kerana faktor kesopanan dan moral.

Antaranya ialah daerah Batang Berjuntai yang ditukar namanya kepada Bestari Jaya pada tahun 2007. Salah satu sebabnya adalah kerana Bestari Jaya adalah salah sebuah pusat ilmu kerana kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) terletak di situ. Kononnya nama Batang Berjuntai tu kedengaran agak lucah jadi tak sesuai dengan jolokan perkampungan ilmu.

Serupa juga dengan Pantai Cinta Berahi yang ditukarkan namanya kepada Pantai Cahaya Bulan. Juga atas faktor kesopanan literasi.

Mujur jugalah JAKIM bukannya ‘budak kecil’. Menangis bila diejek, merajuk bila dibuli.

Jika ya, sudah pasti JAKIM telah terkubur sejak tahun 2016 lagi selepas asakan dan desakan masyarakat yang ‘clueless’ ini.

Baru tadi saya terbaca komen dan keluhan seorang rakan Facebook saya tentang tuntutan saudara Farouk A. Peru dalam kempen ‘menukar solat jumaat kepada hari sabtu’.

Keluhan yang sama juga disuarakan kepada Datuk Noor Farida Arifin, jurucakap kepada Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25) yang secara terang-terangan menyelar institusi agama seperti JAKIM dengan tuduhan JAKIM telah bertindak di luar batasan dan telah menjadi polis moral (morale policing).

Mungkin kerana terlalu terikut-ikut dengan budaya masyarakat London sepanjang tempoh 5 tahun beliau menjadi wakil di Sekreteriat Komanwel di sana, dan disambung pula dengan menjadi duta di Belanda, beliau berfikiran bahawa Islam beliau lebih progresif daripada ajaran Islam autentik yang diwariskan oleh Rasulullah S.A.W.

Trend yang sama juga saya perhatikan wujud dalam kelompok ‘pembenci’ aktivis Siti Kassim. Anehnya, mereka mempersoalkan fungsi JAKIM bahkan menyeru kepada pembuburannya, hanya kerana JAKIM ‘tidak menangkap’ Siti Kassim.

Jika begitu, apa beza mereka dengan Puan Siti Kassim?

Pertama, mereka fikir JAKIM ni apa dan siapa, sewenang-wenangnya hendak menangkap, menahan, mendakwa, dan memenjarakan orang awam.

Dahulu semasa ‘sekelompok ahli politik Muslim’ berniat mahu memperkasakan undang-undang dan institusi agama melalui rang undang-undang 355 (RUU 355), ramai yang menuduh mereka sebagai radikal, opportunist, popularist, menunggang agama, dan lain-lain tuduhan hinggakan membawa kepada mengkafirkan.

Tapi kini, apabila bidang kuasa mahkamah syariah dan autoriti agama kelihatan lemah, mereka melihat solusinya adalah dengan menghapuskannya terus!

Logik apakah yang mereka pakai?

Ada yang menuduh kononnya dana kerajaan yang disalurkan kepada JAKIM adalah sebuah pembaziran. Bahkan bukan sedikit orang yang membuat spekulasi kononnya pegawai-pegawainya rasuah, korup, dan ‘makan gaji buta’.

Spekulasi dan persepsi yang serupa juga cuba ditimbulkan oleh mereka dalam polemik raja-raja melayu hinggakan ada yang menyuarakan reformasi kearah sistem republik.

Walhal dalam Perlembagaan Malaysia perkara 12 (2) dengan jelas menyebutkan bahawa penyaluran dana untuk entiti seperti JAKIM adalah suatu yang sah dan wajar.

Saya pernah mengingatkan, jika dengan janji-janji dan perjuangan kelompok liberal ini sahaja kita sudah terpesona, maka sudah tentu apabila turun Dajal Lakanatullah di tengah-tengah manusia, sudah pasti kita akan segera menjadi kuncunya.

Kerana bukan lagi hak ‘kebebasan melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan moral dan agama‘ yang dijanji dan diperjuangkan,

Sebaliknya yang dijanjikan adalah syurga.

Yang nampak cantik di mata, tapi hakikatnya adalah neraka yang dihiaskan oleh nafsu.

Percayalah. Orang yang menyeru solat jumaat di buat pada hari sabtu itu sebenarnya bukannya mahu datang masjid pada hari sabtu pun. Sebaliknya dia cuma tak selesa jalan raya sesak para hari jumaat kerana jumaat kan hari bekerja.

Jika tidak, mengapa dia tidak menyuarakan tuntutan supaya hari jumaat dijadikan hari cuti.

Sebaliknya, yang dituntut adalah supaya agama ini dijinakkan menjadi seekor kuda, boleh ditunggang dan dikawal sesuai nafsunya.

Suit yourself, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: