Suami bukan hamba, isteri bukan gundik

“Men are afraid that women will laugh at them. Women are afraid that men will kill them”~ Margaret Atwood, guru, ahli falsafah, penyair, sasterawan dan aktivis Kanada.

Saya berpandangan, kewujudan page-page seperti Kisah Rumah Tangga (KRT) dan IIUM Confessions (sekadar menyebut beberapa nama), adalah fenomena yang tidak sihat.

Peluang untuk menjadi seorang ‘anonymous’ seringkali berakhir dengan sesuatu yang tidak baik.

Terlalu sering saya membaca kritikan, keluhan, dan pengakuan yang ditulis secara tidak bermoral.

Paling terbaru, orang bercakap tentang ‘punca lelaki sudah tidak sayang isteri’. Sebelum itu, mereka bercakap tentang ‘ciri-ciri isteri solehah’.

Saya perasan, dalam rumah tangga, kaum wanita selalu menjadi mangsa. Jika ada isu dan masalah, hampir semua jari akan menunding kepada kaum wanita.

Sindrom sering menyalahkan wanita adalah amat merbahaya. Seperti yang pernah saya kata, tuduhan-tuduhan simplistik inilah yang akan menjadi pencetus kepada kebencian dan rebel, yang akhirnya membawa kepada permusuhan dengan agama.

Di dalam rumah tangga, wanita bukanlah gundik atau hamba. Mereka juga bukan seorang permaisuri.

Lelaki juga begitu. Mereka bukannya maharaja dan bukan juga seorang hulubalang atau sida-sida.

Suami dan isteri ada peranan masing-masing.

Tidak lama dahulu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kisah Nabi S.A.W menjahit sendiri pakaian dan kasut Baginda S.A.W yang telah koyak, sebagai dalil dan hujah kononnya tugas seorang suami adalah menyediakan kelengkapan peribadi sendiri.

Hingga timbul persepsi yang kuat bahawa tugas suami bukan sekadar merangkumi keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal, dan makanan, tetapi suami juga perlu memasak, mendobi, mengemas rumah, dan lain-lain house chores.

Lalu, tugas isteri pula apa?

Padahal dalam masa yang sama, ketika anak kesayangan Baginda, Saidatina Fatimah R.A datang mengadu tentang kepayahan mengambil air dan membuat kerja rumah, Baginda S.A.W hanya menasihatinya supaya sabar dan mengajarkannya zikir-zikir khas sahaja.

Begitu juga dalam situasi di mana Baginda S.A.W pulang ke rumah Aisyah R.A pada suatu pagi dan bertanya, “Ada apa untuk bersarapan?”

Bukankah itu menunjukkan kebiasaan rumah tangga Baginda dan para sahabat.

Dalam masa yang sama, saya juga tidak bersetuju dengan sikap seorang lelaki yang suka mengugut isterinya dengan kuasa talak.

Apa mereka fikir mereka berhak keatas segalanya tentang isteri mereka.

Saya kasihan dengan wanita-wanita yang mempersuamikan lelaki yang lembik.

Setiap perkara mahu disediakan.

Setiap masa mahu dilayankan.

Dan bila ada perkara yang dia tidak puas hati, maka dia akan mengacah-acah dengan hukum talak.

Lelaki sebegini tidak layak untuk menjadi suami, apatah lagi seorang bapa.

Sikap tidak matang dan kecetekan fikiran mereka terlalu ketara.

Begitu juga yang terjadi kepada lelaki yang sudah bernikah dan mempunyai zuriat, tetapi masih terlalu terikat dengan hobi, permainan video game, tabiat, dan juga kebiasaan yang tidak elok.

Perasaan bertanggungjawab masih terlalu nipis hinggakan mudah mengabaikan yang wajib, dan menyegerakan yang mudharat.

Jika saya boleh memberi nasihat, maka satu sahaja saya nak pesan.

Jagalah wanita-wanita kita. Jadilah telinga yang mendengar keluhan mereka. Jadilah mata yang melihat keindahan dan kebaikan mereka. Jadilah tangan yang melindungi mereka. Jadilah kaki yang membawa maju. Jadilah jantung yang menyambung harapan mereka dan jadilah otak yang setiasa berhubung dengan mereka.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

(Khutbah Terakhir Nabi S.A.W sebelum Baginda wafat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: