Ilmu putih, masyarakat hitam

“Bang, hari jumaat ni kena solat jumaat juga tak?”, soal isteri saya.

“Kenapa yang?”

“Kalau dah solat sunat hari raya, masih kena solat jumaat juga eh?”, dia menambah soalan.

Oh. Rupa-rupanya dia pernah terbaca pandangan Ibn Taimiyah.

Saya beritahu kepadanya, di Malaysia, kita masih tetap perlu menunaikan solat jumaat sekalipun pada paginya kita sudah bersolat sunat hari raya.

Dalam bab ini, saya memuji Pejabat Mufti Negeri Kedah kerana pantas mengeluarkan surat pekeliling untuk mencerahkan dan menjernihkan masyarakat.

Secara tak langsung saya teringat kepada Ustaz Fathul Bari (UFB). UFB adalah antara agamawan yang sering dilanda kontroversi. Tapi ada satu sifat yang baik pada UFB ini.

Pernah suatu ketika beliau ditanya soalan,

“Adakah onani membatalkan puasa?”

Saya menjangkakan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Namun, beliau tidak berjawab begitu. Sebaliknya, beliau menegaskan apa tujuannya untuk dibincangkan secara teliti hukum onani terhadap puasa.

Tambahnya, secara akademik memanglah ada perbahasan tentang hukum onani di bulan Ramadhan. Ada pendapat ulama yang mengatakan tidak batal. Namun, membahaskan tentang hukum itu di Malaysia, di tengah-tengah masyarakat, bukanlah suatu tindakan yang bijak.

Serupa halnya dengan hukum solat jumaat sesudah solat sunat eid.

Untuk membahaskannya secara ilmiah dan akademik, memanglah boleh. Tapi untuk membawa hukum itu ke tengah-tengah masyarakat, sudah tentu akan berlaku salah faham dan kekalutan.

Praktis masyarakat di sesebuah tempat berbeza-beza.

Pendakwah yang bijak, dia mestilah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak.

Bukan macam seorang ustaz ni. Tak terkenal pun. Kali pertama berceramah di surau kami, terus sahaja dia memberi label orang yang membuat majlis tahlil ini sebagai penunggang agama.

Perasaan “self-righteous” dan “ana sahaja benar” adalah amat merbahaya. Padahal permasalahan tahlil ini sudah pun diselesaikan oleh ulama-ulama zaman dahulu, yang jauh lebih berilmu, alim, dan zuhud berbanding mereka.

Tapi itulah.

Kadang-kadang kita ada ilmu tapi tiada hikmah, menjadikan kita dirasuk oleh semangat mahu ‘berdakwah’ sehingga semua benda kita rempuh.

Penyakit masyarakat kita pada hari ini adalah banyak berbual tapi kurang beramal.

Kerana itu saya percaya, ada banyak perkara yang lebih elok ‘dirahsiakan’ daripada disebarkan.

Bimbang akan menjadi fitnah dan retak perpecahan.

Besar sangatkan ‘dosa’ kerana menjadi pengikut Imam Abu Musa al-Asya’ri dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, sehingga kita rasa pengangan akidah nenek moyang kita salah, akidah asyai’rah tidak sahih, dan tidak sah.

Besar sangat jugakah ‘kesalahan’ kerana mengikut mazhab syafie sepenuhnya sehingga kita boleh berkata Imam Syafie pun silap, tak jumpa hadis sahih, dan macam-macam lagi.

Begitu juga, hinakah dan teruk sangatkah jika mahu mengikut jalan tasawwuf Imam al-Ghazali dan Imam Abdul Qadir al-Jailani?

Saya tahu kita hebat. Ada PhD. Bukan satu tapi dua.

Tapi takkan kerana kita ‘hebat’, kita perlu reformasikan saf dan masjid kita.

Hormatilah orang yang berbeza pandangan dengan kita. Mereka tak semestinya bodoh.

Walaupun tiada degree, masters dan phD.

One thought on “Ilmu putih, masyarakat hitam

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: