Men are trash, women are the bin.

Setiap wanita dilahirkan dengan kantung emosi yang besar. Sepanjang perjalanan menuju kedewasaan, kantung itu hendaklah sentiasa diisi dengan perhatian, hormat, kasih sayang, persahabatan, cinta, dan tanggungjawab.

Banyak masalah akan timbul sekiranya kantung emosi wanita dibiarkan kering dan kosong. Mereka boleh menjadi terlalu keras hingga menolak legitimasi (ketetapan), atau mereka juga boleh menjadi terlalu berlembut sehingga tidak ada batas, limit, dan sekatan.

Namun begitu, saya tidak melihat itu sebagai sebuah kelemahan sebaliknya itu adalah ‘kelebihan’ yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kaum wanita.

Jika benar lelaki kuat, mengapa Allah S.W.T tidak menjadikan lelaki boleh hamil dan melahirkan anak? Sebaliknya, tugas melindungi bayi selama 9 bulan di dalam rahim ditugaskan kepada kaum wanita.

Bukankah ini satu bukti bahawa Allah S.W.T meletakkan ‘kepercayaan-Nya’ kepada kaum wanita untuk menjadi seorang pelindung dan pemelihara.

Ini dikuatkan lagi dengan beberapa ayat al-Quran di mana Allah S.W.T menegaskan yang lelaki dan wanita itu sama sahaja dan serupa di sisi-Nya dan sama sekali tidak dibeza-bezakan apatah lagi dicampak ke bakul diskriminasi.

Bahkan perkataan ‘seksis’ itu sendiri pun tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah S.A.W.

Tetapi tidak hari ini.

Baru-baru ini, saya melihat trend anak-anak gadis kita yang tanpa rasa bersalah, menuduh kaum lelaki dengan tuduhan “men are trash”.

Lebih malang lagi, ada pula yang menuduh bahawa lelaki yang menegur perempuan tentang aurat, sebenarnya adalah ‘kaki porn’.

Ada orang berkata, “Saya pernah bercinta dengan 6 orang lelaki. Semuanya tak guna. Semuanya sampah!”

Pelik. Kalau dah sampai enam orang, rasanya kita perlu melihat siapa diri kita sebenarnya. Mungkin kita ini ‘bakul sampah’, kerana itulah kita jumpa banyak sangat ‘sampah’.

Pada saya, ini semua adalah benih-benih feminisme. Wanita yang berkata begitu sebenarnya mempunyai dendam, benci, putus asa, dan kecewa dengan segelintir lelaki. Mungkin kerana ‘damage’ itu terlalu ketara, hinggakan semua lelaki terkena tempiasnya.

Padahal bapa, abang dan saudaranya semua adalah lelaki. Takkanlah mereka semuanya sampah, kaki porn?

Saya percaya bahawa kita semua memerlukan pendekatan yang lebih baik apabila berdepan dengan kaum wanita.

Teringat saya kepada seorang (bekas) rakan sekolah rendah saya dahulu. Kejadian ini berlaku 7 atau 8 tahun yang lalu.

Suatu ketika, dia menghantar mesej ke Facebook saya. Rupa-rupanya dia sedang sedih dan kecewa kerana putus cinta. Teman lelakinya telah meninggalkan dia untuk perempuan lain. Mungkin kerana perempuan itu lebih cantik daripada dia.

Lalu dia minta nasihat saya bagaimana mahu menghapuskan kekecewaan dan kesedihannya.

Saya pesan kepadanya supaya mengadu kepada Allah S.W.T. Di awal usia 20 tahun, saya merasakan bahawa zaman remaja kita tidak seharusnya dibazirkan dengan isu sampingan seperti ini.

Dia akur dengan nasihat itu. Saya juga mengingatkannya supaya fokus. Bagus sebenarnya jika teman lelaki kita curang dan tinggalkan kita untuk perempuan yang lebih cantik.

Setidak-tidaknya, ‘bencana’ ini berlaku di luar pernikahan. Bayangkan jika pasangan itu sudah berkahwin. Setiap penipuan dan kecurangan hampir pasti akan menatijahkan penceraian.

Saya ingat lagi yang saya juga pernah berpesan kepadanya agar tidak jatuh ke dalam lubang yang sama, dua kali.

Tapi tak lama, dia juga ‘berjumpa lelaki yang baru’. Dan saya yang masih terpinga-pinga dengan betapa mudah dan cepatnya dia ‘jatuh lagi’, hanya mampu menasihatinya buat kali kedua dan rupa-rupanya, yang terakhir.

Dia ‘unfriend’ saya dan kini mungkin sudah ‘block’ saya.

Setiap lelaki memiliki bakat menjadi ‘juruterbang’. Mereka akan membawa para gadis ini terbang tinggi ke alam fantasi yang manis dan membahagiakan, dan secara tiba-tiba, mencampakkan mereka ke bumi.

Ada yang terluka dan tercedera. Bahkan, ada juga yang ‘maut’.

Parut dan luka parah tadi dibiarkan tak dirawat, hingga dijangkiti oleh kuman dan virus ideologi sesat. Seperti zombie ia merasuk.

Lalu daripada kubur yang sama, bangkit golongan ‘penkid’, LGBT, feminism, pluralis, dan pejuang hak asasi yang membuta tuli.

Dalam isu yang melibatkan Siti Kasim, Maria Chin, Marina Mahathir, dan lain-lain, saya tak menyalahkan mereka sepenuhnya.

Mungkin ada faktor lain yang mencetuskan ‘rebel’ mereka.

Dan hampir pasti, ada lelaki yang ‘bersalah’ dalam hal ini.

Nasihat saya sebagai lelaki, berhati-hatilah dalam ‘menegur’ kaum wanita. Jika ditegur supaya menjaga aurat pun sudah dituduh sebagai ‘kaki porn’, maka bagaimana agaknya bagi orang yang sudah menutup aurat, tetapi tidak menjaga pergaulannya.

Agak-agaknya mungkin mereka akan menuduh kita sebagai militan pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: