‘Jika masih ada iman sebesar zarah’

Saya ada banyak cerita semasa remaja dulu. Tapi satu yang paling saya ingat adalah kata-kata seorang ustaz di dalam ceramahnya kepada saya dan rakan-rakan. Lebih kurang beginilah kata-kata al-fadhil ustaz,

“Adik-adik ni, datang masjid selalu, datang kuliah selalu, memang bagus. Tapi ingat, kita baik dan kita bagus, kerana Allah belum uji kita. Nanti bila Allah uji kita dengan kesibukan bekerja, berumah tangga, dapat tak kita istiqomah solat berjemaah dan duduk di dalam majlis ilmu”.

Cerita ini berlaku mungkin 6 atau 7 tahun yang lepas. Hari ini saya mengiyakan.

Tiada manusia yang tidak diuji. Semua diuji, tetapi dengan cara yang berbeza-beza. Ada ujian berbentuk kesukaran tapi ada juga ujian di dalam kesenangan.

Allah S.W.T apabila mahu menguji hamba-Nya, Dia tidak akan menguji dengan perkara-perkara yang hamba itu sudah ‘pasti lulus’.

Ujian bagi orang yang rajin beribadah bukanlah dengan bilangan rakaat solatnya. Sepanjang malam pun dia boleh berdiri, bersolat. Tetapi ujian baginya adalah adakah solatnya sepanjang malam akan menjadikan dia manusia yang semakin zuhud, tawadduk, atau adakah dia akan bangga, riak, dan ujub dengan ibadahnya.

Begitu juga dengan ujian bagi seorang pahlawan bukanlah kepada berapa orang musuh yang berjaya dia pancung, tetapi adakah dia berjuang dan menumpaskan musuh kerana Allah S.W.T atau adakah kerana dendam, marah, dan patriotik semata-mata.

Orang sakit juga serupa. Ujian terbesar buatnya bukanlah penderitaan, tetapi bagaimana dia dapat berusaha selaras syarak, bersabar, berlapang dada, dan tidak berputus asa dengan daripada Allah S.W.T.

Ujian Raja Namrud dengan ujian Nabi Ibrahim tidak sama. Sekalipun sama-sama ditemukan di dalam al-Quran dalam ayat dan surah yang sama.

Ujian Firaun dengan Nabi Musa pun tidak sama, walaupun kedua-duanya pernah tinggal di dalam istana yang sama.

Begitulah kita dan gerobok politik.

Semenjak kejatuhan regim Datuk Seri Najib Razak, saya perhatikan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin, ‘baru sahaja’ terserlah. Padanlah ramai yang memuji beliau sebagai ‘pembangkang yang baik’, kerana ‘jin’ yang merasuknya dahulu, sudah pun bebas.

Jin itu adalah jawatan.

Seorang sahabat selalu berpesan kepada saya supaya bersederhana di dalam setiap perkara. Bersederhana dalam marah, dan bersederhana dalam gembira. Kerana kita tak tahu, di saat orang lain gagal dalam satu-satu ujian, yakinkah kita boleh lulus?

Ambil contoh, kepimpinan.

Abu Dzar R.A pernah ditolak dan dinafikan jawatan oleh Rasulullah S.A.W atas alasan beliau tidak mampu menggalasnya.

Mengambarkan kepimpinan adalah sebuah ujian yang maha dahsyat.

Apabila ada kuasa di tangan, apa-apa sahaja boleh dibuat. Katakan sahaja, pasti ada ‘hulubalang’ akan menjunjung perintah.

Begitulah dengan menjadi seorang Perdana Menteri. Kita bersorak untuk Tun Mahathir, tapi berapa ramai yang menangis untuk beliau, kerana besarnya bebanan tanggungjawab beliau di dunia, apatah lagi di akhirat.

Ambil contoh Mustafa Kamal Artartuk. Di tangannya, terkuburnya zaman khilafah Islam. Di tangannya jugalah, sekularisma menjadi tiang negara. Tiang yang cuba dirobohkan oleh Necmettin Erbakan dan negarawan lain di Turkey, yang akhirnya mengorbankan jawatannya sebagai seorang perdana menteri yang sah, sebelum beliau diharamkan sepenuhnya daripada politik.

Mungkin jasa Artartuk kepada rakyat Turkey, besar. Tetapi dosa beliau kepada rakyatnya, juga besar.

Saya serahkan keputusan itu kepada Allah S.W.T dengan harapan, semoga Allah memandang kebaikannya dan merahmatinya.

Begitulah juga dengan Tun Mahathir.

Pada akhirnya, “sebesar zarah” yang disebutkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada asasnya. Cuma kita yang tidak mahu berasimilasi (baca: beriman) dengan hadis,

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika tak mampu, cegah dengan lisan. Jika tak mampu, cegahlah dengan hati. Ketahuilah, itu lah selemah-lemah iman” (H.R Muslim)

Ini bukan pertandingan iman siapa yang lebih besar. Tidak. Sebaliknya, ini isu tanggungjawab dan ‘amanah’.

Bagi rakyat, ‘tangan’ kami sudah bergari selepas 9 Mei, tetapi ketahuilah, ‘tangan-tangan’ para menteri dan ahli parlimen, masih belum.

Jika ada sebesar zarah iman, maka angkatlah Islam. Tetapi jika hanya mahu memanaskan bangku, dan memenuhkan dewan, maka berdiamlah saat agama ini dihina dan bangsa ini terhina.

Mewahkah, atau sukarkah kehidupan di Malaysia, hakikatnya rakyat tetap akan diuji. Terbelakah nasib kita, atau teraniyakah kita, pun tetap diuji.

Jika mati kita seperti matinya ayam dan lembu, maka senanglah.

Tapi matinya kita, yang menunggu adalah ‘keputusan ujian’.

Sama-samalah kita mendoakan agar Allah S.A.W bimbing hati, lisan, dan tangan para pemimpin-pemimpin kita. Kerana doa seorang saudara kepada saudarnya adalah seperti cermin, yang akan memantulkan kembali cahaya kepada penyuluhnya.

One thought on “‘Jika masih ada iman sebesar zarah’

Add yours

  1. Salam ingin ditegur, tghh tidak pernah kata “jika Ada iman sebesar zarah”, sebaliknya tghh berkata, “sekiranya Ada sebesar zarah SEMANGAT ISLAM dalam diri mereka, mereka mesti memperjuangkan Islam”. Bezakan semangat Islam dgn iman, akidah Dsb. Kadang2 org Solat 5 waktu Ada, tapi semangat nk melaksanakan Islam dlm diri mereka, keluarga mereka, masyarakat mereka tiada. Jadi ini nasihat yg baik datang dari “bekas” ayah kepada “bekas” anak buahny. Ia bukan mempersoalkan akidah mereka atau Iman, sebaliknya memesan kpd mereka supaya melaksanakan Islam seperti “Al amru bil makruf, watanhau na anil mungkar”. Moga faham.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: