Pesan-pesan sayang kepada Cyber Troopers.

Bulan March lepas, saya ada menulis tentang trend Panama Dance. Seawal perenggan pertama lagi saya sudah tegaskan bahawa memberi nasihat adalah mudah, tetapi perlu berhikmah agar orang yang dinasihati tidak tersinggung, orang yang menasihat pula tidak menjadi semakin angkuh dan bongkak.

Hari ini, kebimbangan saya semakin nyata. Fenomena munculnya seorang ‘Azrul’ adalah bukti kewujudan ‘Azrul-Azrul’ yang lain. Bagi sesiapa yang tak tahu, ‘Azrul’ ini telah membuat panggilan telefon dalam sebuah rancangan bual bicara bersama YB Nurul Izzah dan beliau telah memberikan komentar yang tidak sepatutnya tentang pakaian YB Nurul Izzah itu.

Pada saya, apabila kita melepaskan nasihat daripada busur, kita sedang membidik ke hati manusia. Jika tepat menemui sasaran, maka kata Rasulullah S.A.W, “…itu lebih baik daripada seekor unta merah”.

Bandingan unta merah ini dibuat kerana dalam masyarakat arab di ketika itu, unta merah adalah harta yang paling mahal dan paling bernilai sekali.

Saya juga percaya, setiap nasihat adalah rahmat daripada Allah sebagaimana hadis ยซุงู„ุฏู‘ููŠู’ู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุตููŠู’ุญูŽุฉู

Saya sedar, memberi nasihat adalah sangat mudah, kerana ‘target man’ itu adalah orang lain. Sebaliknya jika menerima nasihat, itu adalah sukar kerana yang dihidangkan adalah kesalahan sendiri.

Mungkin inilah dia ego, sombong dan takabbur. Kita mabuk dalam ego sendiri, tenggelam dalam kesombongan hingga menolak kebenaran, dan kita lemas dalam takabbur sehingga kitalah yang lebih baik daripada orang lain.

Padahal pada awal penciptaan kehidupan ini, sudah wujud episod kederhakaan seekor makhluk, yang dibakar dek keangkuhannya.

Apabila Allah S.W.T memerintahkan iblis supaya tunduk hormat kepada Adam A.S, Iblis membantah,

“Aku diciptakan daripada api sedangkan dia daripada tanah”

Dan protes ini diakhiri dengan penegasan, “Aku lebih baik daripada dia”.

Allah S.W.T murka, iblis dibuang dari syurga.

Pakaian seorang aristokrat ditanggalkan, ditukarkan dengan sebuah sumpahan untuk menjadi penghuni neraka buat selama-lamanya.

Hari ini, kita masih mampu membayangkan saatnya Raja Perlis murka.

Tapi hari ini, kita belum mampu membayangkan saatnya Allah S.W.T murka kepada hambaNya.

Sedikit pesanan kepada cyber troopers parti politik, tak kiralah daripada bakul kerajaan atau bakul pembangkang,

Ingatlah,

1. Kita akan mati tetapi tulisan kita tidak.

2. Kejahatan kita boleh berhenti, tetapi dosanya mungkin tidak.

3. Rasullullah S.A.W boleh memberikan kita syafaat, tetapi pemimpin politik kita tidak.

4. Teori Machiavellian mungkin terpakai dalam politik, tetapi tidak di dalam agama. “Doing the effective” tidak akan sama dengan “doing what is right”.

5. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bunyi macam klise, tapi selama-lamanya benar.

6. Bagi yang bersembunyi di balik profil palsu, ketahuilah kalian tidak mungkin dapat bersembunyi daripada Allah.

7. Tugas memecah belahkan masyarakat dan meniupkan api fitnah, adalah tugas dajjal dan syaitan. Janganlah pula kita mengambil tugas mereka.

8. Janganlah kerana kebencian kita kepada sesuatu kaum menjadikan kita hilang kewarasan akal. Tiada ketenangan hidup di dalam dendam, kebencian, dan fitnah. Begitu juga tiada keberkatan di dalam rezeki yang didapati dengan cara begitu.

Pada akhirnya, saya cuma mampu menasihat. Bukan kerana saya lebih baik daripada cyber troopers ini. Saya tidak lebih baik daripada sesiapa.

Cuma saya seorang muslim.

Dan seorang muslim, cintakan saudaranya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: