Tuan penasihat, dua percent %

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syukur kerana kerajaan baharu memandang serius hal ehwal kebajikan para suri rumah yang rata-rata mereka tidak mempunyai pendapatan sendiri. Mereka hanya berharap kepada nafkah yang diberikan oleh suami mereka. Ramai yang diberi nafkah setiap bulan, tetapi lebih ramai yang tidak. Hanya mampu meminta, tetapi belum pasti diberi.

Ada antara kaum ibu ini terpaksa melakukan perniagaan online dan kecil-kecilan. Mereka memanfaatkan kemahiran individu dan kecanggihan teknologi untuk menjana sedikit wang bagi menampung perbelanjaan keluarga. Jika diteliti secara jujur, mereka sebenarnya tidak mempunyai simpanan pun. Jika ada pun, tidak banyak. Untuk menyimpan pun sudah sukar, apatah lagi untuk melabur.

Pakatan Harapan (PH) menerusi nahkodanya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sedang merangka mekanisma yang paling sesuai untuk melaksanakan program simpanan KWSP bagi suri rumah. 2% daripada gaji suami akan dikreditkan ke dalam akaun mereka manakala sebanyak RM 50 lagi akan dikreditkan daripada dana kerajaan.

Saya lihat, penerimaan rakyat Malaysia bercampur baur. Dari blok suami, ada yang tidak bersetuju. Kata mereka, inikan janji PH jadi mengapa perlu libatkan diri mereka pula.

Manakala dari blok para isteri dan suri rumah, rata-rata mereka menerima cadangan kerajaan ini dengan tangan dan hati yang terbuka.

Ada juga pihak yang menyuarakan kewajaran bagi mewujudkan tabungan di dalam KWSP. Mereka mencadangkan agar caruman ini dibuat di Tabung Haji (TH) kerana dividen yang dibayar oleh TH adalah lebih besar dan lumayan.

Dan macam-macam lagi cadangan, kritikan dan luahan rasa.

Secara peribadi, saya menyokong cadangan kerajaan ini. Usaha bagi mewujudkan tabungan bagi suri rumah adalah bagus, baik dan wajar disokong.

Di dalam sebuah institusi keluarga, tulang belakangnya adalah suami atau ayah. Namun, sampai bila si suami mampu menyara keluarganya. Biasanya mereka akan bersara di usia 60 tahun. Walaupun mungkin di sesetengah syarikat, mereka menyambung usia perkhidmatan stafnya sehingga 63 tahun, bahkan ada yang lebih 65 tahun.

Namun begitu, bukan dalam semua sektor dan bidang kepakaran, ‘tenaga kerja tua’ ini laku. Ada yang sebelum mencapai usia 60 tahun pun periuk nasinya mereka sudah tertutup.

Sedangkan kita dan isteri mahu hidup hingga ke akhir hayat. Lantas, bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup jika kita tiada sumber kewangan.

Mahu memaksa lelaki tua berusia 70 tahun untuk kembali menyarung kemeja, kasut hitam, dan tali leher?

Nah, di sanalah baru kita nampak keperluan memiliki tabungan di usia senja. Pada saat badan sudah tidak mampu bekerja, saat itu jugalah kita paling memerlukan wang bagi tujuan perubatan, sokongan kesihatan, utiliti, dan lain-lain.

Sebab itulah saya menyokong inisiatif mewujudkan “tabungan paksa”. Saya percaya jika tidak dipaksa, kita sukar mahu menabung.

Teringat saya kepada Hindun Binti Atabah. Dia datang bertemu Rasulullah S.A.W dan mengadu kepada Baginda tentang suaminya, Abu Sufian.

“Ya Rasulullah, Abu Sufian sangat kedekut. Bolehkah jika aku mengambil wangnya tanpa pengetahuannya?”

Jawab Rasullullah S.A.W, “Ambillah sekitar mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu”.

2% itu sangat sedikit. Barangkali tidak ‘mencukupi keperluanmu’ pun.

Usah berasa berat hati. Lihat kepada sisi yang baik, setidak-tidaknya isteri kita masih setia dengan kita walaupun kita ini kedekut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: