Kamilah pewaris Firaun, Hamman dan Qorun.

Agak mengejutkan apabila diberitakan serbuan di rumah-rumah ahli politik pembangkang (yang kalah PRU lepas) menemukan dengan wang tunai yang ‘terlalu’ banyak.

Saya berpendapat, wang tunai itu adalah ‘lebihan’. Jumlah yang sebenar mesti lebih banyak daripada itu, yang disimpan dalam bentuk cek, emas, unit saham dan ekuiti, serta pemilikan aset-aset yang pelbagai.

Seumur hidup saya, saya tak pernah membayangkan saya akan mampu ‘memegang’ wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit. Jikalau saya mampu bekerja selama 100 tahun, mungkin saya mampu mengumpul ratusan ribu secara tunai.

Tetapi kerjaya sebagai ahli politik, hanya beberapa tahun sahaja kita sudah boleh jadi kaya raya. Dari jalan mana ia datang, itu soal kedua atau ketiga. Yang lebih penting, bagaimana mahu menjadi kaya dengan secepat mungkin.

Hakikatnya, semua kita pun begitu. Bagi yang miskin, kaya bagi mereka adalah tidak perlu membayar gst. Bagi yang sederhana, kaya bagi mereka adalah tidak perlu membayar hutang PTPTN dan cukai pendapatan. Tetapi bagi yang sudah kaya, menurut mereka pula bagaimana?

Agak mengerikan apabila membayangkan “mahu kaya” ini menjadikan manusia lupa kepada azab Allah S.W.T. Manusia lupa bahwa dia akan mati. Dia lupa, apabila dia mati, yang dibawa nanti hanyalah lapisan-lapisan nipis kain kafannya sahaja.

Harta-harta yang dikumpulkan dengan cara yang salah ini, akhirnya akan ke mana?

Teringat saya kepada Saidina Abu Bakar R.A, semasa kaum muslimin mempersiapkan diri, kelengkapan, dan pasukan untuk menempuhi Perang Tabuk, beliau telah datang bertemu Rasulullah S.A.W sambil membawa keseluruhan hartanya.

“Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggalkan kepada isteri dan kaum keluargamu?”

“Aku tinggalkan mereka Allah dan Rasul!”

Begitu tegas jawapan beliau. Sedikit pun tiada keraguan. Dia faham benar, apa gunanya mempunyai harta sebesar Gunung Uhud sekalipun, jika harta itu menjadi liabiliti, menarik tangan pengumpulnya ke gaung jahanam.

Begitulah falsafah, ideologi, dan kefahaman yang diwariskan oleh Firaun, Hamman, dan Qarun.

Mereka mengajar kita supaya mengukur kemuliaan diri dengan kekayaan. Semakin kaya, semakin mulia. Semakin besar songkok dan semakin tinggi tengkolok, semakin besar dan tinggilah juga orang itu.

Sungguh, saya kasihan dengan ahli politik yang mengumpulkan harta bukan melalui ‘gaji’ mereka. Tidak cukupkah mereka dibayar dengan jawatan, hingga mahukan bayaran, diluar jawatan.

Bagaimana agaknya keadaan perut mereka di dalam kubur nanti. Adakah sesiapa yang mampu dibayar nanti?

Hari ini, kita cuma nampak para jerung, tapi kita si bilis juga bersikap dengan serupa.

Kadangkala kita tidak buat jahat bukan kerana kita baik. Tetapi kita tidak diuji dan berpeluang.

Tunggulah jika kita diuji nanti. Adakah kita akan menelan ludah sendiri, atau kita pula yang akan diludah makhluk di bumi dan di langit.

Berhati-hatilah dengan “nak jadi kaya”. Takut nanti tersadung di pintu neraka pula.

Nauzubillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: