Menjadi ahli PAS yang tajam akal

Akal yang sihat adalah anugerah yang sangat bernilai. Dengan akal, manusia menjadi bangsa yang berdikari, berdaya saing dan bertamadun. Menjaga akal adalah salah satu daripada maqasid syariat. Akal jugalah yang membezakan kanak-kanak dengan dewasa, waras dengan gila. Ia juga menjadi syarat kepada perlaksanaan sesebuah hukum dan syariat.

Mendiang Stephen Hawkings pernah berkata,

“Saya berpendapat, otak manusia adalah seperti sebuah program di dalam minda kita yang berfungsi seperti sebuah komputer. Jadi secara teorinya, adalah munasabah untuk memasukkan akal ke dalam komputer supaya ia menjadi sebuah kehidupan selepas mati.”

Beliau adalah salah seorang manusia yang sangat obses, tekun, dan berminat dalam mengkaji kemampuan akal manusia.

Biarpun menderita penyakit motor neurone yang serius sehingga tidak mampu bergerak dan mengeluarkan suara tanpa bantuan mesin, mindanya masih sangat cerdas dan tajam.

Beliau seorang atheis, tetapi sangat mengambil berat tentang kesihatan akal fikiran.

Lalu kita yang muslim pula bagaimana?

Saya suka menarik perhatian kita semua kepada sebuah firman Allah S.W.T di dalam surah Furqan ayat 63.

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan jahiliyyah (kurang ajar dan provokatif) berkata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan salam (selamat daripada perbalahan).

Orang yang tidak termakan dengan provokasi adalah orang yang matang, berakal tajam dan berminda cerdas.

Allah S.W.T sangat menyuruh kita supaya sentiasa berkata-kata dengan baik. Tidak seperti orang jahiliyyah. Jika mereka mencaci maki, jangan pula kita membalasnya dengan caci maki yang serupa. Sebaliknya cakaplah yang baik-baik sahaja ataupun tinggalkan orang itu.

Para sahabat Rasulullah S.A.W sentiasa diprovok oleh kaum munafik. Tetapi tak pula mereka bergaduh mulut. Tidak pernah saya terbaca lagi kisah para sahabat bertikam lidah di rumah-rumah mereka.

Adalah sangat memalukan bagi orang yang mencintai Allah dan Rasul, tetapi masih bergusti di dalam lumpur.

Hari ini, sudah terbukti tohmahan kononnya PAS akan terkubur, PAS membantu BN, PAS akan UG dengan UMNO, PAS ketandusan golongan cediakawan dan profesional, dan macam-macam lagi tuduhan, adalah tidak berasas dan bermotifkan kebencian.

Sebagai anggota masyarakat yang matang, tidak perlulah kita menulis status-status yang mengejek atau membalas ejekan itu.

Konsep “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”, adalah tidak sesuai untuk dihidangkan kepada masyarakat.

Saya faham, anda geram dan merasa seperti diperbudak atau dibuli di media sosial. Anda juga mungkin mencari dan menggemari kemenangan moral.

Namun begitu, anda juga perlu ingat bahawa setiap fitnah akan dibersihkan oleh kebenaran (haq) dengan sendirinya, baik dengan penafian mahupun tanpa penafian.

Tidak perlulah kita bersikap seperti monyet yang mendapat bunga.

Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) sendiri di dalam ucapan beliau selepas PAS memenangi Terengganu, beliau berpesan supaya kita menjaga adab dan beliau juga menasihati anak-anak muda agar tidak menganjurkan konvoi bermotosikal bagi meraikan kemenangan kerana itu perbuatan provokatif, bongkak dan bermegah-megahan.

Ya, memang seronok jika berjaya menjawab tuduhan, tetapi lebih seronok jika berjaya mendapatkan penghormatan.

Orang hormat kita kerana kematangan kita, bukannya kerana kefasihan lidah kita membalas pukulan bulu tangkis ke gelanggang lawan.

Cukup-cukuplah mengeluh dan mengadu kononnya dipulau, diejek dan disindir orang. Berhenti daripada menarik simpati manusia. Bimbang-bimbang manusia akan menyampah, Tuhan pula menyumpah.

Sekali lagi saya berpesan, perang sudah tamat. Kini masa kita berbaik-baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: