Hudud pada pandangan seorang PENGHASUT.

Hudud adalah salah satu cabang fiqh jinayat di dalam Islam selain hukum takzir dan qisas.

Hukuman hudud ada disebutkan di dalam al-Quran dan hadis. Jadi tidak benarlah dakwaan orientalis dan nasionalis-ortodoks, bahawa hukuman hudud adalah ciptaan ahli fiqah semata-mata.

Hudud dari segi bahasa bermaksud ‘had’ ataupun limit. Bentuk-bentuk jenayah yang dikenakan hudud, adalah jenayah yang berat dan telah melebihi had di sisi Islam.

Mengapa perlu hudud?

Di dalam Islam, ada lima perkara yang dilindungi. Lima perkara ini adalah perkara paling asas bagi setiap manusia iaitu menjaga akidah, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga nasab keturunan, dan menjaga harta.

Setiap hukuman di dalam Islam akan berputar sekitar lima blok itu. Inilah ‘rempah ratus’ yang akan direneh, disejat, dan dicelur oleh para ulama silam dan kontemporari, bagi mencari hukum wajib, haram, harus, makruh dan sunnat pada setiap urusan umat Islam.

Sebagai contoh, apabila ada jenayah, perlu ada dakwaan, tangkapan, perbicaraan, dan akhirnya hukuman.

Hukuman di dalam Islam pada asasnya berpaksikan kepada pengajaran dan memberikan keadilan kepada mangsa.

Selain itu, hukuman di dalam Islam juga bertujuan untuk mendidik, menimbulkan rasa gerun kepada masyarakat agar tidak melakukan jenayah lagi dan mewujudkan keamanan di dalam masyarakat.

Semasa saya ke Pulau Samosir, pemandu pelancong kami bercerita tentang sebuah suku daripada pecahan Batak Toba. Di perkampungan itu, penduduk di sana hidup dengan aman tanpa jenayah. Ini adalah kerana tiada siapa yang berani melakukan jenayah kerana takut dan gerun dengan hukuman keras dan mistik daripada penduduk di situ.

Menurut mereka, terdapat sebuah praktis kuno iaitu sesiapa yang bersalah menganggu anak dara atau isteri orang, pesalah itu akan dibunuh dan anggota badannya akan dikerat-kerat, dimasak dan dimakan!

Itu dahulu, tetapi sekarang pun apabila saya bertanya, mereka kata tempat mereka masih sifar jenayah berat. Orang tidak berani mencuri dan menipu kerana bimbang nanti akan terkena ilmu hitam yang masih dipraktiskan secara meluas di kalangan penduduknya.

Wallahua’lam. Tak tahulah kalau-kalau mereka sengaja membuat cerita.

Cuma dari sisi seorang ‘penghasut’, saya mahu membawa kita semua ke sebuah ‘dunia DENGAN batasan’ iaitu ‘dunia sempadan merah’ seorang muslim. Tak kiralah kita ini muslim moderate mahupun muslim konservatif, kita semua ada garis merah yang tidak boleh kita pijak.

Dari sudut sosial, had atau garis merah kita dijelaskan melalui prinsip moral, dan diawasi oleh ‘askar penjaga’ seperti hukuman hudud.

Semua orang menolak perbuatan jahat, maksiat, zina, menggugurkan kandungan (abortion), dan juga jenayah judi serta penipuan (scam), tak kiralah dia itu muslim, non-muslim, bahkan juga atheis mahupun agnostik.

Tetapi had bagi seorang muslim itu termasuklah juga had dalam sudut intelek.

Antara had itu adalah larangan daripada mempertikaikan agama sekalipun atas nama ‘kajian’ atau study, atau mungkin jika terdapat sesuatu yang kita tidak suka dan setuju di dalam agama ini.

Contohnya seorang wanita yang membenci poligami.

Jika yang ditentang hanyalah pelaku poligami, maka itu masih OK. Malangnya ada segelintir orang telah lemas di dalam dendam, sentimen dan ideologi falasi, hinggakan orang-orang begitu bukan sahaja mengkritik dan sinis kepada orang yang berpoligami, tetapi mereka juga mengkritik dan sinis terhadap syariat Allah S.W.T dan agama Islam itu sendiri.

Tuduhan-tuduhan seperti hukum poligami itu zalim, tidak sesuai di zaman ini, ataupun berat sebelah, adalah tuduhan yang ringan pada lidah tetapi berat pada tanggungjawab.

Seakan-akan Tuhan yang membuat hukum ini adalah Tuhan yang gagal di dalam peperiksaan dan duduk di kelas tercorot. Orang begitu merasakan seakan-akan dia lebih pandai dan rasional daripada Allah S.W.T dan Nabi S.A.W.

Bagaimana mereka mahu bertanggungjawab kepada Tuhan tentang kata-kata atau tulisan mereka itu?

Termasuklah juga hudud yang sering menjadi ‘bola sepak’ politik. Ditendang ke sana ke sini, ditepis penjaga gol, dilontar ke penjuru dan dihentam di tiang dan palang gawang.

Mungkin kita tidak suka kepada hudud tetapi tidak suka itu tidak akan menjadikan kita kafir, sehingga lidah dan tangan kitalah yang menjadikan kita kufur melalui bantahan dan komen-komen kita, sekalipun dahi ini hitam-hitam dengan bekas sujud.

Benar, orang agama boleh dikritik. Tetapi agama, jangan.

Dari sisi ‘hudud PAS’, mungkin benar kita belum bersedia, tetapi kita tidak boleh membiarkan perjuangan mengangkat hukum Allah ini terkubur dan menjadi korban politik.

2 thoughts on “Hudud pada pandangan seorang PENGHASUT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s