Moral vs Agama

Semalam, sebelum ke tempat kerja, saya singgah ke sebuah gerai di tepi jalan. Hajat di hati mahu membeli sebungkus nasi lemak paru tetapi ramai pula pelanggan yang sedang menunggu pesanan. Memandangkan saya masih awal, saya mengambil keputusan untuk menunggu dan beratur.

Apabila tiba pada giliran saya, tiba-tiba sahaja kakak yang menjual itu mengambil pesanan seorang lelaki yang datang lebih lewat daripada saya. Dia tak perasan saya.

Lalu saya terfikir.

Jika saya di situasi lelaki tadi, saya akan memberitahu kakak itu supaya menunaikan pesanan saya terlebih dahulu kerana saya telah sampai terlebih dahulu daripada dia.

Namun begitu, saya juga beranggapan tidak wajar jika saya menegur kakak yang menjual itu atau menegur lelaki tadi, kerana isunya hanyalah giliran membeli sebungkus nasi lemak. Suatu yang terlalu kecil yang tidak sepatutnya dipanjangkan.

Lalu saya terfikir suatu cabang disiplin, iaitu tanggungjawab moral. Moral obligation.

Jika di dalam Islam, kita ada tasawuf. Kita dituntut supaya mempamerkan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Tetapi bagi orang yang bukan Islam ataupun atheis, apa yang mereka ada?

Umat Islam percaya bahawa setiap kebaikan walaupun sekecil mana, akan diganjarkan oleh Allah. Manakala setiap kejahatan, sekecil mana pun ia, juga akan diazab oleh Allah.

Tetapi bagi orang-orang atheis, mereka tidak percayakan kewujudan Tuhan. Secara tidak langsung, mereka juga menolak kehidupan selepas mati.

Lalu, apakah yang mendorong mereka melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara keji dan kerosakan?

Mungkin itulah dia kesedaran moral.

Adakah kesedaran moral ini lebih besar pengaruhnya kepada seseorang berbanding kesedaran agama?

Ramai aktivis dan sukarelawan yang bernaung di bawah payung NGO di seluruh dunia, memiliki keyakinan falasi, sekalipun sedang melakukan amal soleh. Begitulah juga pejuang-pejuang hak kebebasan.

Justeru apa yang membuatkan mereka sanggup bergadai harta bahkan sampai kering tenaga, menjayakan misi-misi kemanusiaan mereka.

Sehingga timbul soalan-soalan baru, seperti mengapa orang Islam menyeru kepada kejayaan, tetapi tidak berjaya.

Dan, mengapa orang Islam rajin bersolat tetapi solatnya tidak menjadikan dia baik?

Entahlah. Saya pun masih tak faham mengapa agama masih tidak mampu mengalahkan moral.

Mujurlah ini bukannya pertandingan. Jika ya, malulah kita umat Islam. Ramai, tetapi seperti buih-buih.

Kita saling mendabik kononnya kitalah yang terbaik. Padahal kitalah yang paling tidak bermanfaat.

ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟﻨﺎﺱِ ﺃَﻧْﻔَﻌُﻬُﻢْ ﻟِﻠﻨﺎﺱِ
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Ahmad)

One thought on “Moral vs Agama

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: