Muktazilah moden pakai bow tie.

Saya selalu dengar orang berkata, “Kalau iman kau kuat, kau tak akan takut dengan Kristian”.

Kata-kata seperti itu pada saya, adalah bongkak dan pentingkan diri sendiri. Orang yang menuturkannya sama ada ‘terlalu yakin’ imannya kuat, ataupun ‘terlalu bodoh’ dan tak tahu apa sebenarnya yang dia sendiri cakapkan.

Jika Rasulullah S.A.W hanya fikirkan tentang diri Baginda sahaja, pasti solat kita masih 50 kali sehari, bukannya 5 kali. Tetapi kerana Baginda fikir dan risaukan umat ini, barulah Baginda mengadap, merayu kepada Allah agar diberi keringanan. Bukan bermakna Baginda tak mampu, tetapi kerana kita inilah yang tak mampu.

Kita sepatutnya meletakkan diri kita di dalam situasi orang lain juga. Lebih-lebih lagi dalam bab akidah.

Kenapa?

Akidah, iman, faith, adalah harta yang paling berharga kepada manusia. Tak kiralah kita bangsawan, raja, menteri, ataupun rakyat biasa yang miskin ataupun asnaf zakat, satu-satunya perkara yang membolehkan kita selamat daripada azab neraka adalah iman.

Sehari di dalam neraka, bersamaan dengan 1,000 tahun di atas dunia. Jika ditakdirkan menjadi bahan bakar neraka, maka tiada angka yang tepat bagi mengira tempoh siksaan di dalamnya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda, jika kita memiliki iman sebesar biji sawi, Allah akan ganjarkan dengan syurga seluas langit dan bumi. Syarat ke syurga tidak rumit. Cuma perlukan iman, sekalipun saiznya mungkin lebih kecil daripada tahi hidung kita.

Iman manusia boleh tertanggal seperti tertanggalnya pakaian apabila direntap. Hari ini, musuh kita bukan setakat syaitan, nafsu, dan orang kafir, tetapi musuh kita termasuk juga idea dan pemikiran.

Muktazilah yang diperangi suatu ketika dahulu telahpun berevolusi menjadi neo-muktazilah. Jika dahulu pakaiannya adalah jubah bangsawan dan serban besar, hari ini muktazilah membawa imej kemeja, kot dan tali leher.

Orang berdosa dan bermaksiat, sejak dahulu lagi dah ada.

Tapi orang bermaksiat hari ini, bermaksiat dengan ‘dalil’. Cubalah menasihati mereka, silap-silap kita pula yang ‘lebih salah’ daripada mereka.

Muktazilah moden menolak Nabi S.A.W bukan kerana suka-suka, tetapi kerana mereka merasakan Islam yang Nabi S.A.W bawa tidak progresif dan tidak tepat dan sesuai. Seolah-oleh Nabi S.A.W telah melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang hayat Baginda.

Orang bercakap soal aurat, mereka sudah bercakap soal riba’. Orang cuba menyainginya dalam riba’, ternyata mereka sudah pun bercakap soal politik dan khilafah.

Akidah ialah aqad ataupun ikatan antara hati kita dengan Allah S.W.T. Seperti ikatan-ikatan lain, ikatan akidah juga boleh longgar dan akhirnya terlepas daripada Islam.

Nauzubillah.

Di dalam peristiwa Israq dan Mikraj, semasa Nabi S.A.W bercerita tentang peristiwa itu kepada penduduk-penduduk Mekah, ada di antara orang beriman yang menjadi murtad. Padahal mereka sebelum itu beriman kepada Allah dan kenabian Baginda, sekalipun hidup di dalam tekanan masyarakat Quraish.

Hairan sekali. Tekanan dan penerimaan yang buruk daripada kaum kerabat sendiri, mereka dapat tahan tetapi cerita-cerita ghaib, mereka terus tidak tahan lalu murtad.

Semudah itukah menempah sel dan lokap di neraka?

Begitulah juga apa yang berlaku kepada Musailamah al-Khazzab. Si Nabi palsu ini bukan saja-saja menjadi mengaku sebagai ‘utusan Tuhan’, tetapi dia telah mendapat sokongan daripada seseorang yang pernah bergelar ‘sahabat Nabi’, iaitu Ar-Rajjal Bin Unfuwah.

Ar-Rajjal Bin Unfuwah telah diutuskan oleh Nabi S.A.W kepada penduduk Yamamah, iaitu kaum Musailamah al-Khazzab. Semasa di sana, dia melihat kekuatan sokongan yang diberikan oleh penduduk Yamamah kepada Musailamah al-Khazzab, lalu menyebabkan hatinya tergelincir. Dia murtad. Ayat-ayat al-Quran dan ilmu-ilmu agama yang diajar oleh Nabi S.A.W kepadanya, diajarkan pula kepada Musailamah al-Khazzab untuk mencari semakin ramai pengikut, bagi menggempur Mekah.

Akhirnya di dalam Perang Yamamah, Ar-Rajjal Bin Unfuwah mati dibunuh oleh abang Saidina Umar, iaitu Zaid Bin al-Khattab, manakala Musailamah Si Pembohong pula dibunuh oleh Wahsyi.

Ar-Rajjal bin Unfuwah ini adalah contoh terbaik betapa mudahnya hati kita tergelincir ke landasan kekufuran.

Hari ini, evangelis bukannya suatu momokan. Liberalis, sekularis, feminis, pluralis, kebebasan hak bersuara, LGBT, lelaki buang zakar, usaha menghapuskan institusi agama, dan lain-lain, juga bukannya mimpi di siang hari. Sebaliknya ia benar-benar sedang berlaku. Kita sahajalah yang sengaja menutup mata, tak mahu melihat kebenaran.

Imam Ahmad Bin Hambal pernah dipenjara kerana tidak mahu mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk. Beliau diugut dengan siksaan yang dahsyat di kamar penjara, tetapi kerana mahu menjaga akidah diri dan masyarakat, semua siksaan itu diterima seperti cubitan kecil.

Kita pula bagaimana? Masih berasa “tak mengapa” dalam bab akidah?

Masih tidak risaukan akidah anak cucu dan generasi selepas kita?

Jangan nanti kita disumpah oleh cucu cicit sendiri, sepertimana kita menyumpah Si Kitul dan Portugis.

Kitalah Si Kitul itu. Kitalah yang “tak apa, asalkan akidah kuat” itu.

One thought on “Muktazilah moden pakai bow tie.

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: