Tahniah Mo Salah, Liverpool dan… Saidina Hussain Bin Ali?

Pagi tadi, Mo Salah menyumbang dua gol buat Liverpool dalam kemenangan 5-2 menentang AS Roma di stadium Anfield. Ini bermakna Liverpool sudah memiliki bekal yang selesa bagi pelawanan timbal balik kedua pada 3 Mei ini.

‘The Egyptian King’ kini sudah menjaringkan sebanyak 44 gol daripada 49 perlawanan keseluruhan musim ini. Ini adalah sebuah rekod yang sangat memberansangkan. Lebih-lebih lagi, Mo Salah pernah menjadi pemain ‘buangan’ di Chelsea pada tahun 2016.

Baru-baru ini, Mo Salah telah memenangi anugerah PFA Player’s Player Of The Year bagi musim 2017-2018. Beliau berjaya meraih undian terbanyak mengatasi pesaing-pesaingnya. Tidak lama sebelum itu juga, Mo Salah telah memenangi anugerah African Player of The Year dan Arab Player of The Year.

Namun begitu, kejayaan Mohammed Salah ini tidak datang bergolek. Apa yang dinikmati hari ini, adalah hasil kerja kerasnya semenjak kecil lagi.

Beliau membesar di sebuah pekan kecil bernama Nagrig. Setiap pagi, sekitar jam 7, beliau akan berjalan kaki beberapa kilometer sebelum menaiki motosikal ke bandar Basyoun, kemudian dia akan ke bandar seterusnya iaitu Tanta dan barulah dia tiba di Cairo. Kemudian dia akan menaiki bas terakhir untuk sampai ke kelab atau pusat latihannya. Perjalanan itu memakan masa hampir empat jam, dan Mo Salah seringkali tiba di rumahnya pada lewat tengah malam. Namun begitu, segala kesukaran ini dihadapi dengan tabah kerana semangat dan kecintaannya kepada sukan ini.

Pada tahun 2012, kelab bola sepak Basel yang berpangkalan di Switzerland telah menganjurkan perlawan persahabatan melawan Pasukan Kebangsaan Mesir B-23. Persembahan Mo Salah sangat menakjubkan dan menarik perhatian barisan kepimpinan kelab lalu dalam tempoh sebulan, FC Basel melamar Mo Salah.

Dari situlah karier bola sepak beliau berkembang. Daripada seorang remaja desa yang tidak dikenali, beliau kini menjadi penjaring terbanyak liga perdana inggeris (EPL), liga bola sepak paling kompetatif di dunia.

Apabila bercakap tentang bola sepak, saya tiba-tiba teringat kepada seorang lelaki tua yang saya temui semasa saya remaja dahulu.

“Bodoh belaka semua yang main bola sepak ni”

Lelaki tua itu bercerita dengan penuh semangat. Rakannya yang sebayanya diam-diam menyisip teh panas di cawannya.

“Main bola sepak ni, serupa macam main sepak-sepak kepala Saidina Hussein lah. Dahulu mereka bunuh Saidina Hussein, penggal kepalanya, buat sepak-sepak. Mula dari situlah orang ikut belajar main bola sepak”

Saya hanya mendengar sambil berkerut-kerut memikirkan kata-kata lelaki tua itu. Tak tercapai akal memikirkannya.

Sebenarnya, apa yang lelaki tua itu kata adalah separuh benar (half truth). Benar, memang Saidina Hussein telah dibunuh dan dipenggal kepalanya oleh pemberontak-pemberontak Syiah. Tetapi untuk mengatakan yang permainan bola sepak dicipta dengan tindakan menyepak-nyepak kepala cucu Nabi Muhammad S.A.W ini, adalah tidak berasas sama sekali.

Syiah adalah bangsa yang pelik. Mereka yang membunuh Saidina Hussein, mereka jugalah yang ‘menyembahnya’.

Selepas kematian Saidina Muawiyyah Bin Abi Sufian R.A, anaknya yang bernama Yazid Bin Muawiyyah telah diangkat menjadi pewaris khilafah Bani Umayyah. Pentabalan Yazid ini dibai’ah oleh umat Islam termasuklah ahli bait tetapi tidak oleh penduduk Kufah (Iraq). Mereka mahu Saidina Hussein yang menjadi khalifah.

Lalu penduduk Kufah mengutuskan surat kepada Saidina Hussein, menjemputnya ke Iraq dan berjanji akan berbai’ah serta mengangkat senjata bagi mempertahankannya. Penduduk Iraq dan syiah ini juga menjanjikan jawatan pemimpin kepada Saidina Hussein dan berjanji membantunya merampas khilafah sekarang.

Apabila Saidina Hussein menerima surat itu, beliau telah berbincang bersama ahli bait dan sahabat nabi yang masih hidup. Hampir kesemua mereka melarang dan menasihati beliau agar tidak terpedaya dengan janji penduduk Kufah itu.

Penduduk Kufah dikenali sebagai pembohong, pengkhianat, dan ganas. Merekalah yang banyak mencetuskan perpecahan dan huru-hara dalam dunia Islam. Bahkan mereka jugalah yang berselindung di sebalik konspirasi pembunuhan Saidina Uthman R.A di rumah beliau.

Walau bagaimanapun, Saidina Hussein telah berijtihad dan beliau bersetuju dengan pelawaan pihak syiah. Beliau telah menghantar wakilnya ke sana untuk meninjau situasi di Kufah. Semasa di dalam perjalanan ke Kufah, dia dan rombongannya dapat menghidu pembelotan penduduk Kufah yang didalangi Syiah ini. Wakil Saidina Hussein di Kuffah, iaitu Muslim Bin A’qil sempat mengutus surat kepada Saidina Hussein bagi memberitahu konspirasi penduduk Kuffah, sebelum dia pun dibunuh.

Saidina Hussein lantas mengubah haluan rombongannya. Beliau menyedari bahawa beliau telah dikhianati, lalu beliau bersedia untuk berbai’ah dengan Yazid. Ini menyebabkan penduduk Kufah menjadi sangat cemas. Mereka takut sekiranya Saidina Hussein bergabung dengab Yazid, maka rancangan mereka akan gagal.

Lalu tentera-tentera Kufah itu pun segera mengejar rombongan Saidina Hussein dan mereka bertembung di sebuah tempat bernama Karbala.

Dan kita tahu apa yang berlaku selepas itu. Cucu Rasulullah S.A.W telah syahid, bukan ditangan Yazid, tetapi ditangan ‘penyembah-penyembahnya’.

Bola sepak adalah sukan nombor satu dunia. Majoriti penduduk dunia meminati sukan ini. Tak hairanlah salah seorang calon wakil rakyat cuba membeli sokongan dengan menawarkan hak penyiaran EPL secara percuma kepada pengundi-pengundi beliau, seakan-akan dia tidak tahu hak penyiaran rasmi itu boleh memakan belanja jutaan ringgit. Membazir!

Bermain bola sepak tidak salah. Menontonnya juga tidak mengapa. Yang penting, tutup aurat dan jaga adab semasa di atas padang dan di tempat duduk stadium.

Semoga suatu hari nanti kita juga akan memiliki ‘Mo Salah Malaysia’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: