Salam takziah Puan Liyana. Semoga Allah memberimu kesembuhan.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah gambaran apa yang Puan Liyana dan seluruh keluarganya rasa. Sudahlah ditimpa ujian yang maha berat, di media sosial pula, beliau dan keluarga menjadi mangsa serangan siber. Dia dan suami dibuli dengan teruk, dipersalahkan, dan ditoreh dengan tuduhan dan persepsi-persepsi liar yang memeritkan.

Saya percaya, ilmu boleh menjadikan manusia semakin tunduk, seperti resmi padi, tetapi juga boleh menjadikan manusia makin angkuh, seperti resmi lalang.

Saya mengikuti kes Puan Liyana dengan penuh simpati tetapi tidak pernah berasa seakan mahu menulisnya di sini. Namun malam tadi, sebelum saya melelapkan mata, ada seorang rakan Facebook saya berkongsi tulisan seorang ‘ultra-pakar’ buah pinggang yang penuh kontroversi.

Saya yakin, jika Puan Liyana sedar dan mampu membaca, pasti berderai air matanya. Sedih dituduh, disangka, dan dimangsakan (victimise) oleh persepsi orang.

yana1

Kata pakar ini, dia tidak kenal pun Puan Liyana. Dia cuma memerhati, membaca akhbar, atau mungkin berbincang dengan rakan-rakan pakar yang tinggal di Malaysia. Jadi dia tidak tahu rekod kesihatan Puan Liyana. Dia juga tidak tahu apa yang rakan-rakannya sedang dan sudah lakukan bagi merawat Puan Liyana. Jadi boleh dikatakan, dia cuma menulis sesuatu berdasarkan ilmu, pengalaman, persepsi, dan juga nilai moralnya kerana dia tidak ada fact and figure, apatah lagi rekod kesihatan untuk dijadikan rujukan.

liyana 2

Pakar ini juga menjelaskan, dia mengenali semua rakan-rakan Pakar Nefrologi di Malaysia. Secara tak langsung memungkinkan mereka saling berkomunikasi sama ada di dalam group emel atau juga group whatsapp.

Saya cuba mendapatkan kepastian daripada rakan saya, seorang doktor. Katanya, rekod kesihatan pesakit memang boleh didapati dengan mudah terutamanya bagi pakar, walaupun seorang tinggal di Kuala Lumpur dan seorang lagi di London. Cuma tidak boleh dikongsikan kerana faktor private and confidential.

Dalam masa yang sama, saya yakin bahawa setiap doktor yang berkhidmat di Malaysia mempunyai etika dan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi. Kebaikan mereka dalam berkhidmat, hanya Allah yang mampu membayarnyaSaya percaya, adalah amat mustahil jika ada seorang doktor yang mahu pesakitnya menjadi bertambah kronik.

liyana 3

Di sinilah timbul persoalan yang hanya boleh dijawab oleh Puan Liyana, suaminya, ahli keluarga terdekat, dan juga pakar-pakar perubatan.

1. Adakah Puan Liyana sengaja tidak mahu dibedah, atau dia mempunyai komplikasi lain yang tidak memungkinkan pembedahan?

2. Adakah Puan Liyana sengaja tidak menjaga pemakanan dan mengambil makanan yang tinggi fostat (seperti daging, kekacang, keju, dan susu)?

3. Adakah Puan Liyana juga tidak makan ubat seperti didakwa?

4. Adakah suami dan ahli keluarga beliau tidak bertanggungjawab dan tidak bersedia untuk mendermakan organ buah pinggang sekiranya diminta melakukan demikian oleh pakar perubatan?

liyana 4

“Dah teruk macam ini”, seperti sedang merujuk kepada keadaan Puan Liyana.

“Baru nak tunjuk itu ini”, seperti sebuah ‘padan muka’, cuma di dalam bahasa yang lebih sopan.

liyana 5

Rasanya kita sama-sama tidak tahu cerita sebenar ni. Bezanya, satu pihak sedang cuba ‘membersihkan diri’ dan menimpakan kesalahan dan kekesalan kepada pesakit. Kononnya pesakit itulah yang tidak kisah akan kesihatan dirinya. Tidak mahu dibedah sejak awal lagi, dan sedang mengemis simpati dan publisiti rakyat Malaysia. Lebih malang, ditohmah seakan-akan Puan Liyana dan suami meminta untuk ‘diagungkan’.

Di dalam ruangan komen pula, kita boleh membaca reaksi yang pelbagai daripada netizen dan pembaca. Ada yag bersimpati dan mendoakan, tetapi ada juga yang menambah perasa cerita. Tidak kurang yang mengaitkan isu suppliment, perubatan tradisional, bomoh, jin dan juga penggunaan ubat-ubat herba, seolah-olah Puan Liyana terbukti benar-benar mengambil makanan tambahan, herba dan ubat tradisional.

Saya percaya, niat doktor ini sangat mulia. Tetapi… tepatkah ‘her pic’ itu dengan ‘stubborn and non-compliant’. Adakah Puan Liyana ini degil dan tidak mengikut arahan doktor?

liyana 6

Banyak lagi komen yang serupa, tetapi bagaimana dengan komen ini?

liyana 7

Dalam group support SLE, saya ada terbaca rakan-rakan pesakit SLE yang lain berkongsi, bahawa Puan Liyana ini juga menderita sakit SLE. Saya adalah salah seorang ahli group support pesakit SLE sejak tahun lepas.

liyana 8

Mengikut cerita ibu saudaranya, rupa-rupanya sejak kecil lagi Puan Liyana hidup bersama kesakitan. Hospital tu dah jadi macam rumah keduanya.

liyana 10

Saya ada ahli keluarga yang menghidap SLE, dan setiap bulan dia ada pemeriksaan kesihatan buah pinggang Hospital Serdang bersama pakar nefrologi. Hal yang sama dilakukan oleh Puan Liyana dan suami, iaitu berulang-alik ke Hospital Serdang, berjumpa dengan pakar, bukan sehari-dua tetapi sudah bertahun-tahun beliau mendapatkan rawatan di sana.

liyana 9

Penyakit Puan Liyana bukanlah penyakit minggu lepas. Tiba-tiba sahaja sudah ‘teruk begini’. Suaminya pun pernah ditanya, adakah dia tahu masalah kesihatan Puan Liyana sebelum berkahwin lagi dan dijawab dengan jawapan YA. Puan Liyana pun tahu masalah kesihatannya. Keluarganya pun tahu. Tidak masuk akal jika kita mahu menuduh seseorang itu sengaja menolak rawatan, kerana mahu ‘menuding itu-ini’ semasa keadaan sudah menjadi kritikal.

Mungkin benar para doktor berilmu. Tetapi doktor tidak kebal daripada penyakit. Jadi tidak mustahil Allah akan uji kita dengan kata-kata kita juga nanti. Kerana itulah sekalipun kita pandai, atau maha pandai, pakar atau ketua pakar, bahkan ketua saintis seluruh dunia pun, belajarlah untuk ada empati.

Namun begitu, saya tidak menyalahkan pakar tersebut. Pasti dia ada sebab mengapa dia ‘garang’ dan tegas seperti itu. Bahkan jasanya di dalam dunia perubatan, terlalu besar. Sudah beratus orang dapat meneruskan hidup kerana kerja kerasnya.

Cuma harapan saya, agar Allah memberikan kita semua hidayah dan kesihatan agar kita boleh menjadi hamba yang bersyukur, bukannya tuan yang kufur.

Bagi memberi kredit kepada para penyelamat dan wira kita, elok juga saya sertakan screenshot perbualan saya dengan seorang rakan yang merupakan doktor di Klinik Pakar Buah Pinggang.

Ingat baik-baik pesan mereka, kalau disuruh makan ubat, makanlah! Dan jika disuruh berpantang, maka pantanglah!

1.

2.

3.

5.

Terima kasih warga KKM. Anda semua sebenarnya sedang melakukan ‘OT Paksa’ kerana sanggup mengambil masa peribadi untuk mencerdikkan, memandaikan dan menyedarkan masyarakat tentang pengurusan hidup.

Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas kebaikan anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: