Wajarkah ibubapa tinggalkan anak-anak untuk keluar bercuti?

Pada awalnya, saya berasa agak tersinggung apabila membayangkan ada ibubapa yang sanggup meninggalkan anak-anak mereka dibawah jagaan orang lain, semata-mata untuk pergi bercuti.

Saya merasakan pasangan sebegitu sebagai mementingkan diri dan tidak sayangkan zuriat sendiri.

Bahkan saya pernah menyuarakan concern saya tadi kepada isteri. Jawapannya membuatkan saya tersedar,

“Biasalah bang. Lain orang, lain dia punya kehendak”.

Aduh, sebenarnya sayalah yang pentingkan diri.

Kelmarin, saya ada membaca sebuah tulisan seorang ibu muda bernama Fatin Liyana yang menjelaskan keputusannya meninggalkan anaknya untuk dijaga oleh ibubapanya, sedangkan dia serta suami pergi bercuti di Kashmir.

Tegasnya, dia lebih tahu akan tahap kesihatan anaknya. Anak perempuannya itu mudah jatuh sakit, jadi dia bimbang jika anaknya dibawa bersama, anaknya akan ditimpa penyakit.

Dia juga menjelaskan yang kehidupan mereka suami isteri selama ini sangat sibuk. Sangat kurang masa berdua. Jadi peluang bercuti ini adalah salah satu usaha mereka untuk menghangatkan kembali kasih sayang antara dia dan suami.

Siang tadi, saya ada terbaca satu lagi respond daripada seorang ibu yang berkongsikan pengalaman dan sedikit tips berkenaan bercuti tanpa anak-anak.

Saya tersedar, sesetengah orang benar-benar memerlukan masa berdua. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah matang usia perkahwinan mereka.

Namun begitu, pandangan awal saya tetap tak berubah. Saya rasa, anak-anak inilah yang sebenarnya mengikat cinta suami dengan isterinya. Semakin ramai anak sepatutnya menjadikan sayang suami kepada isteri semakin kuat. Begitu juga kasih isteri kepada suaminya.

Sebagai suami, kita seharusnya lebih menghargai kebaikan, jasa, dan pengorbanan isteri kita seiring dengan usia perkahwinan kita. Tidak sepatutnya ada ruang kosong dalam hati kita untuk diisi oleh orang seistimewa isteri kita. Tidak sepatutnya juga wujud retak di dalam rumah tangga, hanya kerana tiada “we time”.

Masa berdua bersama isteri, pada saya tidak semanis masa bersama sebagai sebuah keluarga.

Walaubagaimanapun, saya tetap yakin bahawa pengalaman, keinginan, dan harapan kita tidak sama. Menjadikan kes ini juga berbeza-beza. Mungkin benar ada pasangan yang memerlukan masa bersama tanpa anak-anak. Tapi ada juga yang tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak-anak.

Terpulanglah kepada setiap pasangan. Cuma perlu diingat bahawa tugas menjaga anak adalah tugas ibubapanya. Agak kasihan jika orang tua kita dibebankan dengan melayan karenah dan kenakalan anak kita. Mereka bukannya pengasuh bagi anak-anak kita.

Seperkara lagi, jika kita tak setuju pun, kita tak perlulah berlebih-lebih melemparkan komen dan bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Semua orang impikan bahagia. Doakan sahajalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: