Resipe rendang crispy dan peninggalan HAMKA

Minggu ini, semua orang bercakap pasal rendang crispy ni. Bukan setakat di Malaysia, negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura juga serupa. Semua orang marah dan tak senang duduk apabila ‘mat salleh’ sibuk-sibuk mahu mengkritik resepi lagenda di rantau kita ini.

Antara perkara yang paling magikal pada pandangan saya adalah apabila kita melihat kewujudan kesatuan yang kuat di antara netizen Malaysia dan Indonesia untuk mempertahankan sesuatu.

Sejak beberapa tahun lepas, kita melihat ada banyak isu yang netizen kedua negara ini pertelingkahkan. Sudah lama kita saling melemparkan ejekan, makian, dan tuduhan yang menyakitkan. Mujur, dalam soal rendang crispy, kita sepakat.

Saya yakin, jauh di dalam sudut hati , kita sangat cinta kepada tradisi dan warisan. Namun begitu, perasaan kasih dan sayang kepada asal-usul bangsa ini, makin tawar dek racun modenisasi. Apabila ada orang ‘menjolok’ barulah kita kembali tersedar daripada hibernate ini.

Bangsa melayu yang berbilang suku ini, pada asasnya memperagakan nilai moral yang sama. Kita semua saling mengasihi sesama saudara. Kita semua mengangkat tinggi orang-orang tua kita. Kita juga bermegah dengan keluhuran akhlak kita, keelokan layanan sang isteri, kegigihan si bapa membanting tulang empat kerat, dan kesungguhan anak-anak kita mencari ilmu dunia akhirat.

Tetapi hari ini, identiti melayu yang manakah masih tersisa?

Kita mudah bergaduh. Isu remeh-temeh pun kita tak mampu selesaikan.

Kita menjadi bangsa yang manja. Tidak sanggup gigih berusaha. Semua makan mahu disuap. Jika dahulu, datuk-moyang kita meneroka hutan tebal bersenjatakan hanya bilah parang panjang, diintip haiwan pemangsa dari belakang, tetapi kini, hanya beberapa generasi selepas mereka, lahir kita ini yang geli dengan bau peluh sendiri, hingga akhirnya bangga kerana menjadi ‘pengemis’ di tanah bangsa sendiri.

Malaysia dan Indonesia sudah membuktikan kemampuan kita untuk melindungi warisan kita daripada kritikan tak berasas oleh orang luar.

Jadi saya merasakan kita juga mampu untuk menjadi pelindung kepada warisan yang lebih besar, iaitu kejernihan, kesucian, dan ketulenan warisan Islam sejati di dalam manhaj dan fikrah ahli sunnah wal jamaah.

Di ketika negara-negara Arab sibuk bergomol, gilakan kuasa, dan ghairah mahu menyukakan ‘Tuan Amerika’ mereka, kita di Nusantara ini sahajalah yang boleh diharap untuk menjadi benteng sebenar kepada penularan fahaman syiah, muktazilah, jabbariyah, wahabi, dan qadariah.

Sistem sekolah pondok dan pesantren tidak seharusnya sekadar melahirkan ramai graduan, tetapi juga manusia berjiwa pahlawan, yang berani berkata benar dan mempertahankan kebenaran.

Malaysia dan Indonesia, sama-sama dahagakan sosok ulama selembut HAMKA, di saat ‘ayah kita’ ini sanggup memaafkan orang yang memfitnah dan menjadikan dia bergelar banduan penjara, dan setegasnya, yang sanggup menanggalkan pakaian mufti, kerana tidak mahu akur dengan perintah kerajaan yang mencabar fatwa agama ini.

HAMKA ialah ayahanda kita semua. Tubuhnya sudah ditimbus dengan tanah, tetapi perjuangannya diwariskan kepada kita, supaya kita tidak hanya menjadi ‘pelindung’ bagi resepi asli masakan rendang, tetapi juga kepada Islam yang asli.

Yuk, sahabatku dari Indonesia! Temanmu di sini mengajakmu bersilaturrahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: