Adakah DS Anwar Ibrahim seorang peliwat, atau dia seorang pemaaf?

Persoalan ini kerap kali dimainkan oleh minda saya. Benarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat, atau dia juga korban politik?

Dengan pilihanraya yang semakin hampir, saya rasa elok jika kita mengkaji semula kesan tuduhan liwat terhadap seseorang.

Di dalam mazhab Syafie, liwat dan zina itu dihukumkan dengan hukuman yang serupa. Begitu juga dengan pensabitannya. Di dalam hukum hudud, cuma ada dua cara kita mahu mensabitkan seseorang itu dengan zina/liwat, iaitu (1)- Pelaku itu mengaku, atau (2)- Tukang lapor hendaklah mendatangkan 4 orang saksi yang melihat dengan ‘mata kepalanya’ sendiri perbuatan tersebut.

DS Anwar Ibrahim pernah 2 kali dituduh meliwat. Kali pertama, pada tahun 1998, iaitu tuduhan liwat beliau ke atas bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar. Namun begitu, mahkamah persekutuan menggugurkan tuduhan tersebut kerana pihak pendakwa raya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah.

Namun pada tahun 2008, sekali lagi beliau dituduh meliwat. Kali ini, pengadu itu adalah pembantu peribadinya, iaitu Saiful Bukhari Azlan.

Saya masih bersekolah waktu itu. Jadi saya cuma mengikuti perkembangan kes ini melalui surat khabar dan siaran televisyen sahaja. Lagipun saya masih belum berminat dengan kekeruhan politik. Capaian internet pun masih sangat terhad, jadi cerita yang saya terima bersifat satu pihak sahaja.

Saya juga ingat, DS Anwar Ibrahim pernah dituduh membintangi sebuah klip video seks, bersama seorang pelacur cina. Paling menjijikkan, wujud 3 dalang utama, ahli politik dari Barisan Nasional (BN), yang bersungguh-sungguh menyebar luaskan tayangan video seks tersebut, hinggakan budak-budak pun kalau boleh, diminta untuk menonton supaya mereka kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Jika ikutkan timeline, ini adalah kali ketiga musuh-musuhnya menggunakan seks sebagai senjata untuk membunuh harga dirinya. Menggambarkan dirinya seolah-olah seorang predator seks yang amat buas dan ganas.

Bila fikir-fikir balik, saya berasa terlampau jijik dengan fenomena tidak bermoral ini. Tak boleh diterima akal, seorang lelaki yang berwibawa, dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral. Sudahlah dituduh meliwat dan berzina, orang yang menuduh pula acah-acah pahlawan, dengan beraninya membuat sumpah laknat, bersaksikan Allah dengan al-Quran sebagai penebus diri.

Tak cukup dengan ‘zakar’ dan ‘dubur’, nama Allah yang Maha Mulia dan al-Quran pun sanggup dijadikan senjata politik.

Seakan-akan mahu digambarkan, jika lelaki ini menjadi Perdana Menteri, habis semua lelaki akan diliwat, dan habis semua anak dara akan diperkosa!

Tapi benarkah Anwar Ibrahim begitu, atau ini semua adalah konspirasi politik?

Saya rasa setiap akal yang sihat pasti boleh memberi jawapan yang murni bagi soalan saya tadi.

Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, awal Jun ini. Kemungkinan besar, selepas PRU 14 berlangsung.

Desas desus menyatakan, jika PH memenangi PRU kali ini, maka Tun Mahathir akan diangkat sebagai PM, dan selepas DS Anwar Ibrahim dibebaskan, dia akan mengosongkan jawatannya dan memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim untuk menjadi PM.

Persoalannya, sanggupkah beliau mengotakan janji?

Walhal Tun Mahathir lah orang yang mula-mula sekali menabur duri dan kaca di sepanjang perjalanan politik Anwar Ibrahim, hingga luka parah kakinya dan terpaksa berehat panjang di sebalik jejaring besi.

Sejak dari awal lagi saya sangat terkejut apabila PKR sanggup menyambut salam yang dihulurkan oleh Tun Mahathir. Padahal antara tujuan parti ini ditubuhkan pun pada awalnya, adalah untuk memberi KEADILAN yang sewajarnya terhadap wira mereka, daripada cengkaman kuku besi manusia yang pernah mereka gelar sebagai ‘iblis’.

Tapi inilah politik. Mungkin yang mereka faham, keadilan itu ialah jawatan perdana menteri.

Saya bersangka baik, mungkin benar DS Anwar Ibrahim sudahpun memaafkan orang-orang yang pernah memfitnah, mengaib, dan ‘merogol’ fizikal, mental dan emosinya.

Jika beliau mampu melakukan yang sedemikian, maka saya rasa, beliau benar-benar seorang yang mulia.

Sedangkan untuk memaafkan seseorang yang pernah memalukan kita pun sudah payah, inikan pula untuk memaafkan seseorang yang pernah memperlakukan kita seperti seekor binatang, dimalukan, disakiti, dibelasah, disiksa, dan mahu kita dikenang sebagai seorang petualang yang mahu menjual negaranya, di dalam korikulum sejarah.

Hebat sungguh penangan politik. Tak habis akal kita memikirkannya.

3 thoughts on “Adakah DS Anwar Ibrahim seorang peliwat, atau dia seorang pemaaf?

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: