SPM 2017 | Tahniah kepada semua!

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para calon SPM 2017 yang telahpun menerima keputusan peperiksaan ‘agung’ mereka beberapa hari yang lepas.

Apapun keputusannya, itu semua adalah hasil titik peluh, usaha, dan keringat anda sepanjang tahun. Bergembiralah jika mahu, dan bersedihlah jika perlu.

Tapi perlu ingat, semua ini hanyalah permulaan. SPM ini serupa dengan ujian-ujian kita yang lain. Sekadar pintu gerbang yang bersambung, yang akan menjadi penghubung kepada jalan-jalan dan halangan-halangan yang berikutnya dalam hidup.

Saya teruja apabila membaca keratan akhbar sekitar pelajar-pelajar cemerlang SPM 2017 ini. Yang paling menarik adalah, 3 pelajar yang sama-sama cemerlang, tetapi lain pendekatannya.

Pelajar pertama menutup semua akaun media sosialnya termasuklah aplikasi whatsapp sejak dari awal tahun.

Pelajar kedua pula berkongsi motivasinya untuk belajar iaitu dengan muzik-muzik K-Pop.

Pelajar ketiga pula bercerita, dia sering tidur tetapi masih boleh berjaya!

Ini membuatkan saya terfikir tentang hubung kait di antara potensi dan sumber.

Ada seorang guru di sebuah sekolah di pedalaman menyuarakan isi hatinya berkenaan nasib pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Mereka ini bijak, tetapi oleh kerana kekurangan sumber, potensi mereka tidak dapat digilap dengan sempurna. Di antara mereka, ada yang terpaksa membanting tulang di dusun-dusun atau sawah-sawah padi selepas waktu sekolah, kerana mahu menambah pendapatan kelaurga.

Ada juga yang datang daripada keluarga yang besar, hinggakan ruang kecil untuk mengulangkaji pun terpaksa berkongsi dengan 8 orang adik beradik.

Bahkan ada juga yang terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital kerana tanggungjawab menjaga ibu atau ayah yang sakit teruk.

Ada orang, buku rujukannya sahaja sudah berharga ratusan ringgit tetapi ada orang, usahkan nak beli buku rujukan, nak masuk ke kedai buku pun dia malu kerana tidak punya wang.

Ada orang, ibubapanya mendaftarkannya ke pusat tuisyen tetapi ada orang, hendak ke sekolah pun terpaksa meminta izin dahulu.

Di manakah wujudnya ‘keadilan’?

Mengapa yang cemerlang disanjung seperti wira, tetapi yang gagal hanya dipandang sepi?

Tiada sesiapa yang memilih kegagalan. Tetapi ada yang menerima kegagalan sebagai sebuah kejayaan kecil, yang sekiranya kita berada dalam daerah itu, mungkin kita akan faham.

Tidak mungkin acuan yang berbeza-beza akan menghasilkan adunan yang bentuknya serupa.

Bukan semua orang bercita-cita mahu menjadi doktor, jurutera, peguam, atau usahawan.

Sebaliknya ramai yang merasa cukuplah sekiranya dia mampu menjadi manusia yang tidak menyusahkan orang lain.

Tidak keluarganya.

Tidak tetangganya.

Cukup dengan menjadi manusia yang tidak dinilai dengan bilangan A pada kertas.

Berhentilah menjadi ibubapa yang hanya berbangga anaknya pintar, sebaliknya jadilah ibubapa yang berbangga jika zuriatnya berakhlak mulia sekalipun kurang pintar.

Teringat seseorang pernah berseloroh,

“Alhamdulillah SPM pertama dah lepas. Sekarang nak tunggu result SPM kedua pula”

SPM kedua itulah Sijil Padang Mahsyar!

One thought on “SPM 2017 | Tahniah kepada semua!

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: