Lagi bayi maut ditingalkan dalam kereta.

Wallahi. Tak dapat nak dibayangkan apa perasaan ibu kepada bayi malang itu. Menggigil tubuh, membayangkan jika saya diuji dengan kejadian yang serupa. Sedihnya bukan kepalang. Kesalnya bukan setahun dua tetapi hingga ke akhir hayat.

Namun segalanya sudah terlambat. Jiwa yang telah dijemput Ilahi tidak akan mungkin kembali ke dalam tubuh. Anak kecil itu mungkin sedang bermain-main bersama teman-teman barunya di dalam Syurga. Tetapi bagi si Ibu, perjuangan hidupnya tambah getir dan payah.

Rata-rata orang melahirkan rasa simpati keatas kejadian malang ini. Selebihnya, memilih untuk melepaskan kemarahan mereka keatas kecuaian si Ibu.

Saya percaya tidak akan ada seorang ibu pun di dalam dunia ini mahukan tragedi sebegitu berlaku kepada anaknya.

Apa yang terjadi ini adalah takdir Ilahi. Sejak awal-awal lagi Allah telah tuliskan skrip kehidupannya begitu. Tidak panjang. Kita lari ikut celah mana pun, nanti akan bertemu di titik pertemuan yang sama.

Tadbir mencorakkan takdir.

Sebagaimana yang ramai orang pesankan, perkara sebegini boleh dielakkan. Ada beberapa langkah keselamatan boleh diambil sebagai ikhtiar. Sesuai dengan kudrat manusiawi.

Namun begitu, perlu kita pasakkan kuat-kuat di dalam hati, yang segigih mana pun usaha kita, jika Allah kata jadi, tiada makhluk akan dapat berkata tidak.

Sebagai langkah pencegahan agar perkara ini tidak lagi berulang, kita wajib berikhtiar selaras dengan perintah-Nya.

Saya mencadangkan agar bayi kita diletakkan di dalam car seat di belakang kerusi penumpang, dan bukannya di belakang kerusi pemandu.

Ini supaya pemandu masih boleh nampak dan sedar akan keadaan anaknya di tempat duduk belakang.

Selain itu saya juga mencadangkan agar kita tidak menyimpan beg kerja atau beg tangan kita di sebelah kita, sebaliknya tinggalkan di belakang bersebelahan anak kita.

Beg tangan adalah suatu benda yang kita akan capai setibanya kita di suatu destinasi. Jadi bila kita mahu mengambilnya di belakang, kita akan teringat yang anak kita masih di dalam kerusinya.

Saya teringat pesanan seorang senior,

“Kita tak mampu nak jaga isteri dan anak-anak kita sebaik Allah menjaga mereka.

“Jika mereka ada di depan kita, bolehlah kita awasi. Tapi bila kita pergi kerja, kita tinggalkan dengan pengasuh, di taska, atau semasa anak-anak kita di sekolah, atau tempat kerja mereka, bagaimana kita nak pantau dan jaga anak-anak kita?

“Kita ni lemah. Tak boleh nak jaga orang. Tetapi Allah sahajalah yang boleh menjaga dan melindungi kita daripada bahaya”.

Allah adalah sebaik-baik penjaga.

Sebagaimana Allah menjadikan rasa mengantuk sebagai ‘tenteranya’, hinggakan Nabi Muhammad S.A.W dan Saidina Abu Bakar R.A boleh keluar daripada rumah untuk berhijrah.

Maka Allah yang sama jugalah, yang berkuasa untuk menjaga orang yang kita sayang daripada mara bahaya.

Tiada ibu yang berhak mengalami pengalaman pahit sebegini.

Saya cuma mampu untuk doakan ibu itu tabah.

Setabah Ummu Sulaim R.A ketika dia memberitahu suaminya Abu Talhah R.A tentang kematian putera mereka;

Bagaimana pendapatmu jika ada suatu kaum meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga, lalu mereka meminta pinjaman mereka semula, apakah boleh mereka berbuat demikian?”

“Maka, bersabarlah dan berusahalah untuk mendapatkan pahala atas berita kematian puteramu

Tunjukkanlah sedikit simpati kita atas musibah orang lain. Simpankanlah dahulu kemarahan dan kekesalan kita. Jangan ditambah bebanan penyesalan Si Ibu.

Kalau tak boleh cakap yang baik-baik, elok kita diam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: