Pak cik LRT Sri Petaling

Pertama kali cerita tentang pak cik ni naik di timeline Facebook saya, saya bertekad untuk tidak share, like atau komen apa-apa. Awal-awal lagi saya dah boleh agak yang tujuan video itu dirakam dan disebar adalah untuk fitnah, memalukan atau defamation.

Mana mungkin lelaki tua sebaya ayah saya berani untuk meraba seorang wanita cina. Lebih-lebih lagi di tempat umum. Tapi bukan sahaja perakam itu yang bermasalah, saya perhatikan respon pak cik itu juga kurang tepat.

Seharusnya dia awal-awal lagi dah bangun dan beralih tempat duduk saat wanita cina tu mengambil kerusi di sebelahnya. Lebih-lebih lagi bila dia tidur.

Sekalipun pak cik itu tua atau sakit, dia tetap berkewajipan untuk menjauhkan diri daripada difitnah. Namun begitu, saya yakin pak cik itu ada alasannya yang tersendiri.

Insiden ini sebenarnya mengajarkan kita beberapa perkara.

1Sangka baik

Bukan sekali dua, tapi sudah beribu kali kejadian yang sama berulang. Orang rakam sebuah video pendek, kita tonton, kemudian kita membuat kesimpulan dan keputusan.

Dalam kes pak cik ini, netizen menyelarnya pervert. Padahal dia cuma mahu tarik bahagian jubahnya yang dihimpap oleh gadis disebelahnya.

Perintah untuk bersangka baik ini adalah perintah Allah di dalam al-Quran. Saya percaya, serendah-rendah ukhuwwah adalah bersangka baik kepada saudara kuta. Jika bersangka baik pun kita tak mampu, maka susahlah untuk kita berjiran dengan Nabi dan Sahabatnya di dalam syurga. Kita bukan saudara kaum muslim. Kita saudara yahudi.

2- Kewajipan untuk kita keluar daripada situasi fitnah.

Seorang ustaz pernah bercerita kepada saya kisah seorang orang alim dengan Yahudi.

Orang alim ini sedang bermusafir dari sebuah tempat dengan menaiki kapal layar. Di dalam kapal itu, ada seorang Yahudi yang jahat. Yahudi itu tahu, orang alim ini menyimpan sejumlah wang dinar yang banyak hasil sedekah orang ramai. Lantas dia berfikir cara untuk dia mendapatkan wang milik orang alim itu.

Dia membuat pengumuman kononnya wang miliknya telah hilang dicuri. Dia menerangkan jumlahnya dan ciri-ciri kantung yang menyimpannya. Dia juga meminta bantuan penumpang-penumpang kapal yang lain untuk menggeledah barangan milik mereka bagi mencari kantung dinarnya.

Orang alim ini tahu yang Yahudi ini berniat untuk memalukan dan memfitnahnya. Lalu cepat-cepat dia buang dinarnya tadi ke dalam laut. Sampai giliran orang alim itu diperiksa, orang ramai tidak menemui apa-apa padanya.

Yahudi itu tidak percaya. Dia bertanya, “Aku tahu kamu memiliki satu kantung dinar emas. Di mana kamu menyimpannya”.

“Aku telah membuangnya ke dalam laut”, jawab orang alim tadi.

Maka terkejut semua orang.

“Mengapa kamu berbuat begitu?”, tanya orang ramai.

“Aku tidak mahu orang menuduh aku mengambil wang miliknya”

Saya percaya yang setiap tuduhan adalah suatu bentuk hukuman awal

Seorang pencuri sebagai contoh, jika dibuktikan tidak bersalah sekalipun, dia sudah ‘dihukum’ dengan gelaran itu.

Contoh dalam insiden ini. Pak cik itu dah dibuktikan tidak bersalah tapi bagaimana dengan penghinaan, judgement, dan caci maki orang yang sudah berlonggok-longgok dilemparkan kepadanya? Apa perasaan ahli keluarganya? Mereka turut sama-sama menanggung malu akibat fitnah ini.

Setiap pertuduhan adalah sesuatu yang buruk. Menafikannya, itu cerita kedua. Sekalipun tuduhan itu tak benar, tetapi maruah kita dah tercemar.

Damages has been done!!

Sepatutnya kita lebih sensitif dengan suasana. Jika kita tahu perkara itu boleh memberikan gambaran buruk, menjatuhkan air muka, dan merendahkan nilai kita, maka awal-awal lagi kita perlu tinggalkan.

Boleh faham kan mengapa orang yang menuduh perempuan suci berzina, boleh dikenakan hudud 80 kali sebatan, dan tidak boleh lagi menjadi saksi?

Supaya kita tidak judgmental. Tak cepat menuduh kerana setiap tuduhan adalah besar kesannya.

Sebaliknya kita perlu sentiasa mendahulukan sangka baik supaya kita tidak merosakkan maruah orang. Dalam masa yang sama, kita perlu setiasa berwaspada dengan menutup segala ruang dan peluang untuk difitnah, agar tiada sebab untuk maruah kita ditunjal-tunjalkan.

Kan orang tua-tua dah kata, ‘jika tiada angin, mana mungkin pokok akan bergoyang’.

Tapi pokok tak hanya bergoyang kerana angin.

One thought on “Pak cik LRT Sri Petaling

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: