Jangan marah orang nak berPanama Dance ğŸ‘¯

Semua orang boleh beri nasihat. Masalahnya, bagaimana kita nak beri nasihat yang berkesan supaya penasihat tidak menjadi makin angkuh, dan orang yang dinasihat tidak terasa jauh hati.

Saya antara kelompok kecil manusia yang benci jika ada orang acah-acah nak beri nasihat, tapi penuh dengan sarkastik, kasar, dan sindiran tajam. Bahasa sinikal ini tidak layak untuk kita gunakan dalam nasihat. Kita ni siapa. Bukannya soleh mana pun.

Dalam kes Panama Dance, saya lihat ramai sekali orang yang acah-acah beri nasihat, tapi sebenarnya sedang mengangkat dirinya, mensucikan diri, dan memangsakan (victimised) orang lain.

Salah memang salah. Tapi apa tujuan kita bercakap tentang kesalahan, jika bukan untuk membetulkan?

Segala-galanya laju dalam dunia ini. Begitu juga dengan trend dan ikutan. Yang terbaharu, Panama Dance. Banyak sekali video di laman sosial, orang menari tarian ini. Baik di dalam bilik tidur hinggakan di dalam dewan. Paling menarik, rakan-rakan kita dari JPJ, Bomba, dan KKM pun turut serta.

Panama Dance ni sebenarnya bukan benda baru. Lagu ni dah wujud sejak tahun 2013 lagi dan dinyanyikan oleh artis dari Romania bernama Matteo. Namun begitu, lagu dan tariannya mula menjadi ‘trending’ sejak bulan September tahun lepas, bermula di China. Kemudian sedikit demi sedikit ia berjangkit ke Thailand, dan seterusnya ke negara kita.

Jalannya sama dengan tarian shuffle, raver, atau yang lebih awal daripada itu seperti giwyomi, hip hop, dan breakdance.

Saya perhatikan, banyak tohmahan yang dilemparkan kepada rakan-rakan kita yang menari seperti dalam video yang disebar itu.

Saya tak mahu quote mana-mana komen tidak elok netizen. Seperti yang saya kata tadi, manusia ni sentiasa bercakap. Jika bukan mulutnya, tangannya.

Saya percaya bahawa menari itu ada masanya ia dibenarkan tetapi ada masanya, tidak dibenarkan.

Seperti dalam Panama Dance, saya berpendapat bahawa tidak seharusnya isteri-isteri dan adik-adik kita menari sebegitu. Bukan menari tu salah. Yang salah adalah kerana kita melakukannya di dalam khalayak umum, bercampur antara jantina, merekod, dan kemudiannya memuat naik ke internet.

Setiap satu daripadanya adalah berlawanan dengan sifat malu yang seharusnya menjaga kaum wanita ini. Sifat malu inilah yang melindungi kalian daripada bahaya dunia dan ancaman akhirat.

Saya perhatikan, wanita pada hari ini lebih rebel (memberontak). Saya faham mereka keliru. Kerana itulah mereka mempersoal, mengapa lelaki boleh tetapi perempuan tidak.

Dari sisi Islam, percayalah bahawa kaum wanita lebih mudah jalannya ke syurga. Ini adalah kerana taklif, kewajipan, atau tanggungjawab mereka kurang daripada lelaki.

Perintah jihad, pendokongnya lelaki. Keluar berdakwah, lelaki. Solat jumaat, lelaki. Solat berjemaah, pun lelaki.

Perempuan cuma perlu menjaga kehormatan diri. Jaga aurat daripada diintai, dan jaga diri daripada menjadi fitnah. Lebih elok jika tiada lelaki yang mengenali kita. Lebih sedikit contact kita dengan lelaki lain, lebih baik.

Kita ini bukan milik siapa-siapa untuk dimiliki, ditonton, dan dikagumi.

Bila perempuan berjoget dengan lenggok dan senyuman semanis itu, jarang-jarang hati lelaki tidak tercuit. Mungkin tidaklah sampai teransang, tetapi bila timbul suka atau seronok, itu juga tipudaya Iblis dan syaitan.

Mana mungkin hati kita menyukai perkara yang haram, jika bukan kerana syaitan telah menghiasnya.

Namun begitu, saya sangat meraikan keinginan kita untuk bergembira dan berhibur. Lantaran itu, apa kata kita menari bersama-sama dengan suami kita. Biar liuk lenggok kita, dia sahaja yang tengok. Tiada dosa bahkan bertambah mesra dan kasih sayang suami dan isteri.

Saya percaya tiada yang kurang dengan menjadi wanita. Anda semua bakal jadi pemenuh syurga. Pada saya, berbaloilah untuk bersabar sekejap demi kenikmatan yang salama-lamanya.

Jaga maruah anda. Jangan gadaikannya. Anda tidak membeli syurga dengan kemewahan, tetapi anda membeli syurga dengan ‘kerendahan’.

Keep it low, shall we?

One thought on “Jangan marah orang nak berPanama Dance ğŸ‘¯

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: