Kenali Tuhan; a guide for dummies (Part 1)

Disclaimer: Saya tidak bermaksud mahu ‘mengajar’ tetapi saya cuma mahu mengajak kita mengenal Allah. Belajar akidah ni ‘makan tahun’, tak cukup dengan satu atau dua kitab dan tak sempurna dengan seorang guru. Saya merasakan, masalah ummat kita pada hari ini adalah kita tidak kenal siapa sebenarnya Tuhan yang kita sembah. Bersesuaian dengan kata-kata Umar al-Khattab, “Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya”, maka saya rasa perlu untuk kita mudahkan penyampaian subjek Tauhid ni. Saya bukan mahu merendah-rendahkan usaha para asatizah kita yang berceramah di pentas dakwah, tetapi cara penyampaian dan sasaran mereka terbatas. Mari mudahkan penyampaian. Yang penting, orang faham dan ingin kembali kepada Tuhan.

_________________________

Setiap agama dalam dunia ini berbeza, sama ada dari segi ibadat, ritual, kepercayaan, dan juga ‘fizikal’ Tuhan yang disembah.

Hampir semua agama mempunyai imej Tuhan yang mereka sembah seperti dalam potret, gambar, berhala, patung, simbol-simbol dan juga alam ini termasuklah matahari, bintang dan planet.

Allah S.W.T tidak boleh dilihat tetapi Dia ‘sangat’ wujud. Bukti yang paling jelas adalah wujudnya alam ini. Setiap perkara atas dunia ini ada permulaan. Mungkin permulaannya melalui proses perkilangan, seperti kereta atau dihasilkan melalui proses biologi makhluk yang alami seperti proses peranakan atau bertelur.

Yang pastinya, setiap ciptaan ada penciptanya. Termasuklah bumi, planet, orbit, bahkan juga galaksi. Segalanya atas dunia ini ada penciptanya iaitu Allah S.W.T

Allah itu Esa. Esa bermakna tunggal. Only. Atau perkataan semaksudnya ialah omnipotent atau almighty. Allah adalah satu-satunya Tuhan yang sebenar. One and only. Tidak ada sebelum dan tiada selepasnya.

Allah tidak beranak. Dia juga tidak diperanak. Mustahil jika Tuhan mempunyai ibu. Jika ada ibu, bermakna Tuhan itu lemah kerana memerlukan proses kelahiran untuk wujud. Perlu diasuh, disusukan, dan diuruskan oleh bondanya.

Allah S.W.T tidak serupa dengan mana-mana makhluk-Nya. Tidak kisahlah pada sifat atau pun perbuatan.

Allah S.W.T tidak berharap kepada ciptaan-Nya. Manusia jika mencipta kereta, pasti berharap agar kereta itu boleh membawanya dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat. Tapi tidak Allah. Apa-apa sahaja yang diciptakan-Nya, tidak akan memberikan manfaat dan juga mudharat kepada-Nya.

Allah S.W.T boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa perlu kepada asbab. Kun fayakun. Contohnya dalam kisah Nabi Isa A.S. yang dilahirkan tanpa bapa. Kalau ikut hukum biologi, jika seorang wanita itu mahu hamil, perlu berlaku proses persenyawaan di antara sperma dan ovum terlebih dahulu. Proses itulah asbab (penyebab). Namun begitu, dalam kisah Nabi Isa A.S ini, bondanya Maryam tidak pernah sekali pun ‘disentuh’ oleh mana-mana lelaki!

Sebuah lagi peristiwa adalah semasa Nabi Ibrahim A.S diperintahkan supaya menyembelih anaknya. Pisau yang tajam dan boleh melukakan, tidak mampu mencederakan Nabi Ismail. Sebaliknya, Allah menggantikan pula dengan seekor kibas.

Sebuah lagi contoh daripada kisah Nabi Ibrahim adalah semasa Baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menggunung oleh Raja Namrud yang zalim. Api yang sifatnya membakar, tiba-tiba sahaja menjadi ‘sejahtera’ dengan izin Allah. (baca: tenang seperti aircond).

Namun begitu, kita wajib beringat bahawa dunia ini berpusing dalam kitaran cause and effect atau disebut juga sebagai sunnatullah. Setiap manusia perlu berusaha sekiranya dia mahukan sesuatu.

Jika lapar, dia perlu mencari makanan. Jika dipukul musuh, dia perlu melarikan diri. Jangan hanya berdoa dan berserah diri tanpa terlebih dahulu berusaha. Itu adalah konsep tawakkal yang sangat salah.

Allah mempunyai para utusan (messenger) dalam kalangan manusia atau yang kita kenali sebagai rasul. Ada 313 orang rasul semuanya. 25 orang daripadanya disebutkan di dalam al-Quran dan wajib kita ketahuinya.

Tugas para rasul adalah mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah. Rasul tidak diutus untuk mengajak kepada kemajuan dan kemodenan.

Bukan juga untuk membina bangunan tinggi-tinggi atau menjana ekonomi yang rancak.

Tugas Rasul adalah untuk menyeru manusia supaya meninggalkan segala amalan serta kepercayaan yang mistik, superstitious, merepek, anti-sains, dan mengarut.

Merdekakan diri daripada perhambaan sesama makhluk, kepada perhambaan kepada Allah S.W.T semata-mata.

Mengapa para nabi dan rasul ini diutuskan dalam kalangan manusia dan bukannya malaikat?

Jawabnya, supaya lebih praktikal untuk kita ikuti dan contohi. Kita sama-sama bersifat dengan sifat manusia. Jika kita makan, Nabi pun makan. Jika Nabi berkahwin, kita pun sama.

Allah sangat baik. Dia beri nikmat-Nya kepada semua makhluk termasuklah orang yang melawan dan menghina-Nya. Pemaafnya Allah S.W.T, hinggakan walau sejahat mana pun kita, Dia tetap akan beri kita peluang untuk berubah.

Allah sangat sayangkan kita. Sayang Allah itu mengatasi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Dia sangat suka menerima taubat. Allah tahu kita banyak buat dosa. Tapi ‘sedaya-upayanya’, Dia mahu mengampunkan kita. Sebab itulah dengan berwuduk, teehapus dosa kita. Dengan bersolat, pun terhapus dosa, sedekah, puasa, bahkan hampir semua amal ibadat kita menjadi penghapus dosa kecil.

Nabi S.A.W pernah membuat sebuah perumpamaan;

Jika seseorang itu datang kepada Allah sehasta, Allah datang kepadanya sedepa. Jika hambaNya datang dengan berjalan, Dia akan datang dengan berlari.

Ada seorang lelaki yang bermusafir di padang pasir. Akibat kepenatan, dia berhenti rehat lalu tertidur. Apabila dia terjaga saja, dia melihat untanya sudah tiada bersama-sama bekalnya. Dia jadi cemas, takut dan risau. Keseorangan di padang pasir yang luas, tanpa bekal dan kenderaan. Sedang dia berdukacita, tiba-tiba, dia berjumpa dengan untanya. Dia punyalah gembira sampai bercakap pun tersasul.

Kata Nabi S.A.W, kegembiraan orang yang hampir putus asa tadi, yang tiba-tiba berjumpa dengan untanya, tidak menyamai kegembiraan Allah untuk menerima taubat kita.

Allah, Tuhan kita tu, lebih-lebih lagi suka bila hambaNya mahu bertaubat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: