Instafamous dan viral, pekerjaan baru anak muda

uaiKawan saya pernah cerita yang kenalannya ‘dimarahi’ semasa menghadiri temuduga jawatan siak di sebuah masjid di Perlis.

Katanya, lepas sahaja dia mengeluarkan transkrip dan sijil diplomanya, pengawai penemuduga dari Majlis Agama Islam Perlis itu terus sahaja bercakap dengannya dalam bahasa inggeris.

Lama dia dileteri. Tentang fardu kifayah, tugas sebagai khalifah, dan lain-lain.

Dipendekkan cerita, dia tak dapat kerja siak tu kerana dia overqualified.

Carian google mendapati kadar penganguran di Malaysia adalah sebanyak 3.3% iaitu sebanyak 505,800 orang.

Saya pernah terbaca juga sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Forbes tentang patut atau tidak majikan mengambil pekerja yang overqualified ini.

Secara ringkasnya, ada banyak kelebihan jika seseorang itu mengambil pekerja yang overqualified ini.

Tetapi dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa risiko seperti kemungkinan mereka akan ‘jump ship’, melakukan kerja dalam mode auto-pilot (sambil lewa), mengambil mudah soal kerja, dan mendorong para pekerja yang lebih muda untuk berhijrah ke syarikat lain kerana kekurangan peluang untuk kenaikan jawatan (promotion).

Hal ini membuatkan saya terfikir tentang nasib generasi muda kita.

Carian google mendapati kadar penganguran di Malaysia adalah sebanyak 3.3% iaitu sebanyak 505,800 orang.

Jika dibanding dengan negara jiran seperti Thailand (0.9%), Laos (1.4%) dan Cambodia (0.5%), masalah pengangguran di negara kita adalah lebih parah.

Kekurangan pasaran kerja sebenarnya banyak menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Jenayah bersenjata, jenayah moral, dan yang terbaharu, jenayah agama.

Manusia bersaing untuk meneruskan hidup, hinggakan ada yang ‘terpaksa’ menjual agama.

Ya, kita akui bahawa wang itu penting. Tambah-tambah lagi dengan adanya gst, keperluan asas itu sendiri menjadi berkali ganda lebih mahal.

Kerana itulah ada yang nekad untuk menjadi penjenayah. Bukan sekadar mencuri tetapi ada yang menyamun, mencedera, dan sampai kepada tahap membunuh!

Saya melihat ini sebagai suatu masalah yang memerlukan usaha kolektif kita bagi membasminya. Bukan hanya untuk ‘dipeningkan’ oleh bapak menteri sahaja.

1- Sebagai golongan dewasa, kita wajib memberi sokongan kepada mereka. Nasihat, kata-kata semangat, dan juga sokongan moral sangat diperlukan supaya mereka sentiasa positif, optimis, dan rajin berusaha.

2- Elakkan daripada bertanya soalan-soalan yang melukakan seperti, “Kau ni bila nak kerja. Asyik menganggur saja”.

3- Ambil semua peluang yang ada. Grab every opportunity. Apply sahaja setiap kekosongan yang ada. Pergi sahaja setiap temuduga. Mana tahu, ada rezeki juga nanti.

4- Jangan memilih pekerjaan. Bermula daripada bawah, sekalipun kerja itu bergaji rendah, disiplin pekerjaan yang renyah, skop tugasan yang berbeza atau lari daripada kelayakan akademik kita.

5- Menghargai pekerjaan sedia ada. Jalankan kerja dengan amanah, dedikasi, dan syukur. Berusaha mencari keberkatan di dalam pekerjaan.

6- Jangan takut untuk meneroka bidang baharu seperti perniagaan, penternakan dan perladangan. Cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa.

7- Sentiasa bersemangat untuk mencari ilmu. Dengan ilmu yang betul, kita mampu melakukan apa sahaja.

8- Sentiasa meminta redha dan doa daripada ibubapa. Jangan sesekali membelakangkan atau mengabaikan mereka. Biar mereka tahu progress kita, samada yang baik atau yang kurang baik.

Sesungguhnya generasi muda kita hari ini sedang berjuang. Berjuang melawan nafsu yang mahukan kemewahan.

Bimbing mereka agar tidak mengambil jalan pintas,

Membodohkan diri untuk menjadi popular. Instafamous, ‘lapar like’ atau jadi viral tanpa sebab yang boleh dibanggakan.

Kononnya untuk cari makan.

Makannya sekali kenyang, tetapi malunya nanti sampai ke tujuh keturunan.

Anak muda, carilah duit betul-betul!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: