Nasi lemak kakak tak sedap, mahal

Ada sebuah gerai nasi lemak yang terletak berhadapan dengan restoren mamak. Saya pernah membeli nasi lemak di situ. Harga nasi lemak yang dijual kakak tu adalah dua kali ganda lebih mahal daripada harga nasi lemak yang orang lain jual.

Dan rasa nasi lemaknya juga tidaklah sesedap mana. Jika bukan kerana sayang akan nilainya yang lebih mahal daripada sebungkus nasi lemak biasa, sudah tentu saya tak mampu habiskannya.

Bila saya mengadu kepada isteri saya, ternyata dia mengiyakan.

“Sayang pun pernah beli juga hari tu sekali. Terkejut juga sebab mahal sangat harga dia. Bukannya sedap pun”.

Kami sama-sama tidak tahu. Sama-sama kali pertama singgah.

Hujung minggu lepas, kami bersarapan di kedai mamak di depan gerai itu. Dari meja kami, kami boleh nampak gerai nasi lemak kakak itu.

“Tak ada orang pun”, getus saya kepada isteri.

“Orang yang first time macam kita saja kut yang beli”, tambah isteri.

Kami tiada dendam. Jauh sekali dengki. Cuma mungkin masih ada saki-baki kekesalan akibat membayar nasi lemak mahal tetapi tidak sedap.

Lebih kurang 500 meter dari situ, ada sebuah lagi gerai nasi lemak. Gerai itu lebih ramai pelanggannya. Harga pun biasa. Rasa pun boleh tahan.

Tidak lama selepas kami bercakap, kelihatan ada orang berkunjung ke gerai kakak itu untuk membeli nasi lemaknya.

Lepas pelanggan pertama itu berlalu, datang lagi seorang pelanggan dengan bermotosikal.

Saya terfikir;

1- Rezeki tak akan pernah tersalah alamat. Saya tertanya-tanya, bagaimana kakak tu mahu memastikan kelansungan perniagaan nasi lemaknya, dek kerana persaingan yang ketat dan kelemahannya dalam menentukan harga dan kualiti masakannya. Tetapi ternyata, dia masih menerima pelanggan.

2- Sudah tentu Allah lah yang lorongkan hati manusia untuk membuat urus niaga dengannya.

3- Saya pernah tengok model perniagaan orang lain yang meletakkan teras ‘murah’ dan ‘sedap’. Kebanyakannya memang akan laris, tetapi ada juga yang gulung tikar. Kalau ikutkan logik, mestilah pelanggan akan memilih apa-apa yang lebih sedap dan lebih murah. Tetapi tidak selalunya begitu.

4- Setiap rezeki manusia sudah diaturkan oleh Allah. Tugas manusia cuma berusaha. Ada kala usaha kita lebih, tetapi hasil kita kurang. Ada kala usaha kita tidaklah sehebat orang lain tetapi hasil kita mengatasi mereka.

5- Yang penting, kita sentiasa berusaha untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang terbaik. Keuntungan itu semua orang nak tapi kepuasan pelanggan juga harus diambil kira.

6- Jangan dengki dengan rezeki orang, dan jangan bersangka buruk. Sejak daripada awal lagi kita diingatkan bahawa rezeki setiap manusia itu telah Allah tetapkan.

7- Rezeki bukan terhad kepada wang atau keuntungan. Anak-anak, kawan-kawan, tempat tinggal, kesihatan, dan keselamatan juga adalah rezeki. Setiap manusia akan ada yang dia lebih, tetapi pasti akan ada yang dia kurang.

8- Jangan bersangka buruk dan iri hati dengan orang. Bila ada cetusan sebegini di dalam hati, maka syaitan akan sedaya upaya memarakkan lagi hingga akhirnya kita boleh bertindak di luar batasan. Ukhuwwah diputus tanpa sebal. Fitnah dilempar tanpa kesal. Kita rentung dibakar api kedengkian.

Mungkin secara personal, saya tidak akan memilih kedai yang mahal dan kurang sedap, tetapi keputusan itu adalah kerana preference saya sendiri. Bukan kerana mahu memburukkan jauh sekali memboikot mana-mana perniagaan.

Setiap manusia ada lorong rezeki masing-masing. Saya rasa kakak itu pun faham.

Cuma dalam post ini saya nak mengketengahkan idea tentang redha kita terhadap rezeki.

Rezeki orang tidak akan terkesan dengan persangkaan kita.

Dan rezeki kita tidak akan bertambah dengan berkurangnya rezeki orang.

Yang penting, sama-sama berusaha mencari yang halal.

Sama-sama berkongsi.

Bumi ini kan milik Tuhan, satu hasta pun bukan milik kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: