Lelaki baik yang sedia dinikahi

Saya sebenarnya kasihan kerana masih ramai sahabat kita yang single. Bukannya tak mahu bernikah, tapi calonnya belum ada.

Bila dah handsome, tak baik pula.

Bila baik, tak handsome pula!

Post ini khas buat perempuan-perempuan bujang (single ladies) di luar sana. Supaya mereka lebih faham bagaimana mahu memposisikan ‘baik’ kepada lelaki kerana baiknya lelaki tidak serupa dengan baiknya perempuan. Baik bagi lelaki bujang pun tak serupa dengan baik lelaki dah berkahwin.

1. Dalam perkahwinan, 10% adalah cinta dan 90% adalah tanggungjawab. Awal-awal bercinta, suami pergi bilik air sekejap pun isteri dah rindu. Tapi bila dah lama kahwin, suami tak balik ke rumah, lagi-lagilah isteri suka. Bukan kata rindu, menyampah, meluat semuanya ada.

2. Jangan bertanding tentang tanggungjawab siapa lebih besar kerana kedua-duanya besar. Semuanya akan dihisab oleh Allah di hari akhirat nanti. Jika tidak dapat bersama di dalam syurga adalah musibah, terpaksa bersama-sama dalam Neraka pula adalah musibah yang lebih besar, seperti Abu Lahab dengan Ummu Jamil.

3. Bagi kaum wanita, belum bertemu jodoh adalah lebih baik daripada bertemu dengan jodoh yang salah. Bayangkan jika bertemu suami yang pemarah, kaki pukul, penagih dadah, pervert, dan lain-lain. Sebelum kahwin memang nampak yang elok-elok saja. Mana ada orang yang nak tunjukkan sisi buruk dia sebelum kahwin.

4. Kehidupan seorang isteri adalah berkhidmat kepada suami. Kunci syurga kalian sudah dipindah milik daripada bapa kalian kepada suami, saat lafaz nikah itu diakui sah oleh qadi. Jadi carilah lelaki yang kalian boleh berkhidmat kepadanya dengan ikhlas. Anda bukannya hamba, tetapi anda ialah permaisurinya.

Saya percaya bahawa cinta sejati bukannya lahir dari mata.

Tetapi dari hati.

Hati yang baik refleksi kepada perbuatan, amalan, dan akhlak yang baik.

Di tahun 2018 ini, nak cari lelaki yang baik itu susah. Kalau ada pun, mungkin dia tak suka pada anda. Sudah tentulah mereka lebih layak dengan perempuan-perempuan alim dan jauh lebih baik, kan?

Mari bersandar kepada dunia sebenar. Realiti yang pahit adalah lebih baik daripada fantasi yang manis.

Lelaki baik untuk dijadikan suami adalah;

  1. Wajib bersolat 5 kali sehari semalam. Zaman sekarang nak jumpa orang yang benar-benar menjaga solat punyalah susah. Tapi kalau dia boleh menjaga solatnya, maka sudah tentu dia boleh menjaga anda nanti.
  2. Suka hadir ke majlis agama. Seorang lelaki tu tak perlu pun alim. Yang dia perlu adalah keinginan untuk belajar. Kalau ke majlis ilmu pun dia tidak suka, bagaimana dia nak punya ilmu bagi membimbing anda dan bakal anak-anak nanti.
  3. Dia tidak bercakap yang lucah (termasuklah dalam mesej whatsapp, facebook, dan akaun media sosial lain). Bezakan antara lelaki yang menghormati perkahwinan dengan lelaki yang menganggap perkahwinan hanya sekadar menghalalkan zina.
  4. Dia sedia bertemu dengan ibubapa anda secepat mungkin, bukannya asyik berkata tunggu dulu. Pertama, boleh nampak dia komited atau tidak. Kedua, anda boleh agak, tinggi atau rendah penghormatannya kepada ibubapa anda. Sepatutnya yang diajak keluar ialah ibubapa anda dan bukannya anda!
  5. Lihat hubungannya dengan ibubapanya dan adik beradik. Jika dia mesra, rapat, dan baik dengan keluarganya, itu petanda awal rumahtangga yang terkawal, tersusun, dan rukun.
  6. Dia ada pendapatan. Tak kisahlah dia kerja apa. Konsepnya mudah, dia tidak perlu berpendapatan tetap, tetapi dia perlu tetap berpendapatan. Bermakna, dia wajib memiliki semangat yang tinggi untuk mencari nafkah yang halal, tak kisahlah kerja apa sekalipun.
  7. Perlu tahu taraf kesihatannya juga. Antara tujuan perkahwinan juga adalah untuk melahirkan zuriat keturunan yang soleh solehah, supaya nanti bila kita mati, ada juga orang yang ingat dan mendoakan kita. Jadi nak tak nak, perlu tahu jika dia ada penyakit kronik dan penyakit keturunan, supaya bakal pasangan kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga atau rawatan awal. Bab penyakit ini pun salah satu punca penceraian juga, jadi jangan kita mengambil mudah soal kesihatan.
  8. Dengar baik-baik apa yang dia sering bualkan. Pastikan ‘zikirnya’ bukan mencarut, sumpah seranah, atau bercakap lucah. Jika dari mulutnya, semua cerita yang buruk-buruk keluar, bimbang nanti aib keluarga juga akan dijaja kepada orang lain.
  9. Dia tak perlu pandai mengaji atau bersuara sedap seperti Shamel bila mengaji. Sebaliknya cukup jika dia faham tuntutan untuk belajar dan mengamalkan isi al-Quran. Burung kakak tua pun pandai baca surah al-Fatihah, tapi adakah burung itu tahu apa dia baca, dan amalkan apa yang terkandung di dalamnya?
  10. Dia bukan jenis yang panas baran atau silap sikit, terus angkat suara. Lebih menakutkan, jika naik tangan. Jika sebelum kahwin sudah ada petanda dia bertindak ganas, maka lepas berkahwin dia pasti benar-benar akan menyarung sarung tangan tinju lalu anda akan menjadi lawannya yang akan ditewaskan berkali-kali.

Lelaki yang baik cuma persepsi kita. Bila hati dah suka, jahat pun kata baik. Tapi dah benci, yang baik pun kita kata jahat.

Macam cermin jugalah. Kalau gincu kita merah, dalam cermin pun merah juga. Kalau eye shadow kita pakai senget, nanti imej di dalam cermin pun nampak senget.

Bukankah peraturannya memang begitu.

Lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.

Yang jahat pun sama. Untuk yang jahat juga.

Jadilah perempuan yang baik. Jaga solat, jaga maruah, jaga kehormatan, dan jaga diri sendiri.

InsyaAllah, suatu masa nanti Allah akan datangkan lelaki baik untuk kita. Cuma mohon, jangan friendzone-kan mereka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: