Hukum kucing

Sudah hampir sebulan kami membela dua ekor kucing domestic long hair. Lama kami berkira-kira kerana bimbang tak mampu nak beri komitmen tapi kerana anak kami sangat cintakan kucing, kami akhirnya membuat keputusan ini.

Ada beberapa hukum berkaitan kucing.

Pertama, hukum membelanya iaitu harus dengan syarat, ia diberi makanan atau diberikan kebebasan mencari makannya sendiri.

Namun begitu, jika ia dikurung tanpa diberikan makanan, maka ia adalah berdosa.

Kedua, hukum jual beli kucing.

Ulama berbeza pendapat. Ada antara mereka tidak membenarkan tetapi jumhur ulama membenarkannya. Syaratnya, kucing yang dijual itu adalah untuk dibela, bukannya dijual untuk tujuan dijadikan makanan (oleh segelintir non-muslim). Kucing yang dijual beli itu juga bukan termasuk daripada jenis yang liar.

Ketiga, status najis bulu kucing.

Dalam bab ini ulama berbeza pendapat, dengan pendapat paling kuat adalah jika bulu itu sedikit, ia dimaafkan tetapi jika bulu yang gugur itu banyak, ia dikira najis dan perlu dibuang dahulu daripada pakaian dan tempat solat.

Keempat, hukum memandulkan kucing.

Ini juga khilaf. Ada ulama yang membenarkan dan ada juga yang tidak membenarkan. Kalau ada keperluan, elok jika dimandulkan. Boleh kita kawal dan jaga mereka dengan rapi.

Fun facts:

1. Rasulullah S.A.W menyukai kucing. Ada orang kata nama kucing Nabi ialah Muizza. Tapi sebenarnya tak ada riwayat yang sahih pun pasal nama kucing tu. Jadi terima apa yang pasti dahulu, iaitu Baginda sayangkan haiwan. Pasal nama apa, itu tak perlu kita panjang lebarkan.

2. Nama sebenar Abu Hurairah R.A ialah Abdul Rahman Bin Sakhr. Gelaran Abu Hurairah ini diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepadamya kerana dia suka bermain-main dengan kucing dan pernah menyimpannya di dalam lengan baju.

3. Orang Turkey punya pandangan kucing seharusnya hidup bebas. Sebab tu kita tengok banyak kucing di park, taman tema, dan kompleks perniagaan mereka. Kucing-kucing itu juga sangat bersih dan ceria seakan-akan kucing yang ada pemilik kerana mereka berkongsi tanggungjawab menjaganya (termasuk juga anjing).

Nasihat kepada para pencinta kucing;

  • Berbelanja untuk haiwan adalah terpuji, tetapi jika berbelanja (sedekah) kepada sesama manusia, adalah lebih mulia. Sebab tu agak ironis jika kita boleh berbelanja ribuan ringgit untuk beli kucing dan aksesorinya, tetapi cukup kedekut untuk bersedekah dan lebih malang, berzakat.
  • Wajib menjaga kucing kita daripada menyusahkan jiran. Kalau kucing kita berak atau kencing di kawasan rumah jiran, tak cukup dengan kita meminta maaf, tapi kitalah yang perlu membersihkannya hingga tiada sedikit pun sisa dan bau yang melekat. Di samping itu, kita wajib berusaha supaya kejadian itu tidak berulang lagi.
  • Boleh beli kucing, tapi lebih baik adopt kucing. Terutamanya di pusat perlindungan haiwan. Kucing ni haiwan yang sangat bergantung (dependent) kepada kita. Ada sesetengah yang manja, jika dibuang tuannya, dia jarang-jarang boleh terselamat (survive) di luar. Boleh buka website ini untuk tengok kucing yang available untuk adoption. (Link)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: