Neelofa vs. Izreen Azminda

Jika ada award bagi orang yang paling dibenci, maka sudah pasti Neelofa dan Izreen Azminda adalah pemenangnya bagi bulan Februari.

Saya terbaca, ada netizen mahu melancarkan gerakan boikot kepada mereka berdua. Boikot drama lakonan mereka, produk keluaran mereka dan boikot produk keluaran syarikat yang melantik mereka sebagai duta.

Mungkin pada mereka perbuatan memboikot itu adalah sebaik-baik solution yang boleh mereka fikirkan. Tapi pada saya, apapun reaksi kita, ia tidak akan mengubah apa yang telah terjadi.

Terlajak perahu memanglah boleh diundur. Tapi perahu itu sudah pun basah digigit air.

Dalam kes Neelofa, bukan setakat ustaz yang memberi respon, bahkan para daei, imam muda, imam tua, bahkan mufti sendiri pun sudah menulis surat terbuka kepadanya.

Saya bukanlah mahu memenangkan dia (back-up) tapi saya cuma mahu memberi sedikit keadilan yang berhak buatnya.

Dia pun sudah menyesal dan meminta maaf. Jadi eloklah jika kita berhenti menyalahkannya.

Dalam kes Izreen pula, tohmahan yang diterimanya adalah lebih dahsyat sehingga martabatnya sebagai wanita hampir dinafikan.

Hidup ini umpama roda yang berpusing. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Sekejap kita bahagia, sekejap kita menanggung bebanan jiwa.

Hari ini mungkin kita seronok mentertawakan kebodohan orang, esok lusa giliran kita pula diperbodoh dan ditertawa orang. Hari ini kita bahagia di atas air mata orang lain. Esok lusa, orang lain pula yang menari-nari di atas luka kita.

Jikalau ada pengajaran daripada mereka berdua, mungkin inilah dia;

  1. Berfikir panjang sebelum bertindak. Tanya pendapat orang lain lebih-lebih lagi pada ahlinya (orang yang lebih tahu/pakar).
  2. Girls can do anything bukan bermaksud kita boleh buat apa-apa sahaja. Setiap perkara ada batasannya.
  3. Bebas arak dan bebas dadah bukanlah penanda aras sesebuah majlis itu baik, diberkati, dan tidak dilaknat Allah.
  4. Jangan suka melanggar adat kemelayuan dan ketimuran kerana nanti kita mudah untuk melanggar syariat Islam.
  5. Kadang-kadang kita perlu fikir apa yang orang kata. Ada kalanya mereka betul. Mungkin kita sahaja yang ego tak mahu menerima.
  6. Kita perlu fikirkan perasaan orang lain juga. Bukan hanya fikir perasaan sendiri.
  7. Kena latih untuk malu. Malu dengan diri sendiri, orang lain, dan malu kepada Allah. Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W menyindir kita, ‘Jika kamu tidak malu, maka berbuatlah sesukamu’.
  8. Jangan biarkan ego kita menyebabkan kita pekak, tuli, dan menolak kebenaran. Kebenaran akan tetap benar sekalipun ia disampaikan oleh orang yang paling jahat dan keji.

Realitinya, bercakap hal orang lain memang seronok. Lebih-lebih lagi bila orang itu salah. Segala ayat sumpahan boleh keluar daripada direktori lidah kita.

Tapi kita lupa, Tuhan tak pernah memusuhi hambaNya. Hanya kita sesama kita sahaja yang suka bermusuhan dan benci.

Dosa manusia dengan Allah, itu urusan Allah. Dia Maha Pengampun. Semua dosa dia boleh ampunkan kecuali syirik. Tapi dosa manusia sesama manusia, Allah akan biarkan kita uruskan sesama kita. Bayangkan bagaimana cemas dan serabutnya kita saat mahu mencari mangsa serangan verbal dan buli siber kita nanti.

Semua orang buat salah. Bezanya cuma kita ni tidak terkenal. Cuma orang biasa-biasa. Silap-silap, syaitan pun tidak tahu nama kita.

Jangan bersorak bila orang terjatuh. Mudah-mudahan orang pun tidak akan berpesta jika kita jatuh ke dalam lubang yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: