Isteri kedua cantik, isteri pertama cerai.

Sekarang ini sedang hangat cerita suami kepada seorang pelakon, menceraikan isteri pertamanya.

Saya tak tahu nama dan tak kenal pun siapa mereka ni. Kebetulan sahaja kisah mereka dikongsi oleh rakan-rakan Facebook saya.

Saya juga seorang suami dan bapa. Jadi mungkin jika saya tidak faham secara total, saya mungkin ada idea atau gambaran tentang ‘musibah’ ini.

Apa yang lelaki harapkan pada wanita, biasanya tidak sama dengan apa yang wanita itu harapkan daripada pasangannya.

Lelaki biasanya mahukan yang indah-indah. Suka jika isterinya cantik, manja, memiliki bentuk badan yang menggiurkan, menggoda, dan memahaminya.

Perempuan pula biasanya mahukan rasa selamat (secure). Termasuklah rasa selamat daripada musibah, bencana, kecurian, orang jahat, dan juga rasa ‘selamat di dalam hubungan’.

Kerana itulah tiada perempuan yang tidak ‘makan hati’ jika diduakan. Sekalipun bibir tersenyum tapi hati tetap akan terluka.

Yang menyebabkan hubungan suami-isteri semakin renggang, rapuh, dan akhirnya musnah, adalah kerana perbezaan expectation kita tadi.

Seorang harapkan yang cantik-cantik. Seorang lagi harapkan sekuriti. Bila salah satu atau kedua-dua pihak tidak lagi mampu memberi atau menunaikan harapan pasangannya, maka sedikit demi sedikit hubungan perkahwinan akan mulai retak.

Ini belum lagi termasuk faktor luaran seperti keluarga, kewangan, kerjaya dan kawan-kawan.

Saya bersimpati dengan wanita yang diceraikan itu. Bahkan, saya bersimpati terhadap semua pasangan yang telah bercerai atau dalam proses penceraian.

Penceraian, sekalipun Allah izinkan, tetapi ia juga perkara yang Dia paling benci.

Jika saya boleh beri nasihat, maka berikut adalah nasihat saya.

1. Perbetulkan matlamat perkahwinan ataupun relationship goals kita. Berazamlah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukannya menerima sebanyak-banyak.

2. Suami perlu berperanan sebagai pelindung isteri dan bukannya raja. (Guardian bukannya Governor)

3. Suami perlu ihsan, empati, dan simpati dengan isteri dan anak-anak, bukan hanya pentingkan dirinya sendiri sahaja.

4. Suami dan isteri perlu memiliki sifat malu. Pasangan yang curang bermula dengan hilangnya rasa malu.

5. Perlu bersyukur dan berterima kasih kepada pasangan atas pengorbanan mereka, bukannya hanya memandang kepada pengorbanan diri sendiri sahaja.

6. Ingat pesan Nabi S.A.W, sebaik-baik manusia adalah yang paling baik kepada ahli keluarganya.

7. Kadang kala, berdiam diri tidak bererti kalah. Pernah di zaman Saidina Umar R.A menjadi khalifah, ada seorang lelaki mahu datang mengadu dengannya. Semasa lelaki itu berada di depan pintu, belum sempat dia beri salam, dia terdengar isteri Saidina Umar meleteri suaminya. Dia mahu pulang, tetapi sempat disedari oleh Saidina Umar yang memanggilnya lalu bertanyakan tujuan dia datang.

Lelaki itu berkata dengan berat hati, “Aku sebenarnya mahu mengadu kepadamu perihal isteriku yang suka meleteriku tetapi aku lihat keadaan engkau juga serupa denganku”.

Dengan tenang Saidina Umar R.A menjawab, “Apalah sangat setakat dileter, sedangkan isteriku inilah yang melahirkan zuriatku, menyediakan makananku, dan menguruskan rumah tanggaku”.

8. Suami telah berjanji untuk mengambil alih tugas wali isteri untuk menjaganya. Maka tunaikanlah janji dan jagalah amanah itu.

9. Kalau pasangan kita tidak membahagiakan, cermin dan refleks diri sendiri dahulu kerana pasti ada perkara yang tidak kena di dalam rumah tangga sehingga hilangnya sakinah, mawaddah dan rahmat.

10. Periksa hubungan kita dengan Allah. Allah S.W.T lah yang mendatangkan cinta dan Dia sahajalah yang mampu menyuburkannya.

11. Sentiasa memohon ampun atas dosa kita sebelum kahwin. Mungkin perbuatan kita ber-couple sebelum nikah itulah yang menjadi punca hilangnya kemanisan rumah tangga. Seperti madu bunga yang dihisap oleh rama-rama. Jika sudah dipetik, yang tinggal cuma cantiknya bunga tapi sudah tiada madunya.

12. Perlu menjaga hubungan yang baik sesama mertua dan ipar duai.

13. Suami wajib memastikan nafkah yang diberikan adalah bebas daripada syubhah, riba, dan gharar.

14. Perlu selalu gembirakan isteri dengan memberi hadiah atau membawanya melancong. Dalam hadis disebut, “Berilah hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang”.

15. Jangan kedekut dengan isteri kerana sedekah yang paling baik sekali adalah sedekah kepada ahli keluarga yang terdekat.

17. Yang paling penting, kena bersabar. Ingat, kita ada kelemahan, pasangan kita pun serupa. Jangan terbawa-bawa dengan emosi dan hasutan syaitan. Selalu minta dengan Allah supaya diberikan sabar.

Berhati-hati supaya tidak membuka ruang kepada fitnah dan ujian. Fitnah dan ujian ini ibarat buaya yang sedang berehat. Nampak macam mati, tapi sekali kita datang mendekatinya, kita akan ‘dibaham’.

Semoga Allah S.W.T memberikan kita semua kebahagiaan.

One thought on “Isteri kedua cantik, isteri pertama cerai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s