Pilot Sogo

Viral di media sosial, video temuramah seorang lelaki berpakaian juruterbang yang mengaku sebagai pilot AirAsia. Tetapi dalam video berdurasi 2 minit itu, jelas sekali dia cuma berbohong. Apa yang dia cakap kedengaran sangat mengarut.

airasia

Rata-rata pelayar media sosial mengecam lelaki itu tetapi ada segelintir yang memberinya kredit kerana keyakinannya.

Biar salah asalkan konfiden

Gejala yang disebut juga sebagai “over confident”.

Yakin itu bagus. Tetapi terlebih yakin ialah suatu penyakit. Sebagaimana orang yang dengki, was-was, sentiasa takut, paranoid, dan lain-lain. Semua itu penyakit jiwa.

Antara contoh over-confident yang sering manusia terlepas pandang adalah self-volunteering untuk menjadi Imam.

Lain halnya kalau disuruh. Tapi yang ni, orang tak pelawa dia pun. Dia sahaja yang tiba-tiba menawarkan diri.

Ramai menyangka menjadi Imam di dalam solat ialah perkara remeh temeh. Tak ramai yang tahu, menjadi Imam di dalam solat perlu ada kelayakan.

Antara turutan prioriti di dalam melantik seorang Imam adalah:

  1. Paling alim.
  2. Paling elok bacaannya.
  3. Paling zuhud dan warak
  4. Lebih awal keislamannya.
  5. Paling baik keturunannya.
  6. Paling bersih atau elok pakaian dan tubuh badannya.
  7. Diutamakan kepada pemimpin atau ketua di dalam organisasinya.

Senarai di atas adalah daripada mazhab syafie. Walaupun lain mazhab lain urutan keutamaan (priority), tetapi semua ulama sepakat yang lebih layak menjadi imam adalah seorang pemimpin (bagi negerinya), seorang yang dilantik iaitu Imam Rawatib (bagi masjidnya), dan tuan rumah (bagi rumahnya).
Kemudian barulah seorang qori’, pandai mengaji, alim, dan warak.

Tapi masalahnya, orang yang over-confident ini bila dia volunteer jadi Imam, dia baca al-Fatihah tak betul pula.

Segala hukum tajwid dilanggar. Paling teruk, bila tertukar huruf dan tertukar baris. Habis lari maksud, hilang makna bacaan.

Sedap atau tidak itu nombor dua. Yang penting, bacaan al-Fatihah kita perlu tepat. Setakat kesalahan tajwid masih OK, tetapi jika salah huruf dan baris, boleh membawa kepada terbatalnya solat.

Dan jika kita ialah Imam tersebut, adakah kita mahu bertanggungjawab atas solat makmum kita?

Seorang Imam juga patut tahu permasalahan fiqah di dalam solat. Dia perlu tenang mengawal jemaah.

Pernah di sebuah masjid, Imam lupa untuk duduk tasyahud awal. Dia terus naik ke rakaat ketiga.

Ada makmum yang tegur (makmum ini pun tidak faham), lalu Imam kembali ke tahiyyat awal daripada qiam nya.

Habis punah solat seluruh orang di masjid itu.

Benar, Islam itu mudah. Tetapi janganlah kita mengambil mudah. Setiap perkara perlukan ilmu.

Jika tidak, jadilah kita semua ‘pilot SOGO’.

‘Engine ada sikit kat depan’.

Entah apalah yang mahu dibuktikan kepada orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: