Musibah

Telah tersebar di media sosial, orang ramai mula beratur seawal jam 2.00 pagi kerana mahu mendapatkan produk Apple di MyTown Mall.

Saya cuba bersangka baik.

1. Bagaimana mereka hendak bersolat subuh dalam keadaan begitu. Itu bukannya darurat yang membolehkan mereka menqada’ kannya.

2. Ramai anak muda yang sanggup berkorban untuk hal dunia. Tapi berapa ramai yang sanggup untuk memenuhi masjid-masjid dan mengisi program-program ilmu.

3. Betapa ramai lagi manusia yang memandang kepada nilai material dan bukannya nilai jiwa. Kerana itu kita mencari ‘bargain’ dalam bab dunia tapi tidak berminat langsung dengan tawaran-tawaran akhirat yang sentiasa sahaja bargain! Mana pernah Allah membayar 1 dengan 1. At least 1 to 10.

4. Ramai yang meninggalkan berjemaah fardu subuh atas alasan tak mampu bangun pagi, atau lewat bangun pagi. Tapi hakikatnya, semua itu mampu dilakukan jika ada niat, kemahuan, dan kesungguhan.

5. Kita tidak prejudis dengan orang yang bersusah payah demi dunia. Tetapi kita sangat prejudis dengan orang yang bersusah payah melaksanakan perintah Allah.

Jangan marah, jangan sinis, sindir, atau menghina mereka. Lain manusia, lain ujiannya.

Sebaliknya jika kita orang yang jaga solat, maka bersyukurlah. Itupun kerana izin Allah.

Kalau kita suka berjemaah ke masjid dan duduk dalam majlis ilmu, maka bersyukurlah kerana Allah mudahkan jalan dan gerakkan hati kita supaya dekat denganNya.

Tetapi bersimpati dan bersedihlah dengan rakan-rakan dan saudara-saudara kita ini. Doalah semoga Allah beri mereka kefahaman dan Allah tidak condongkan hati kita kepada dunia.

Kita baik pun kerana Allah.

Jadi tak mustahil kita boleh jadi lebih buruk daripada mereka pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: