Mengenal iblis dan syaitan

Salah satu teguran tokoh sufi, Ibrahim Bin Adham adalah,

Kamu tahu syaitan itu musuh tetapi kamu masih memenuhi ajakannya.

Di dalam sebuah majlis, ada seseorang telah melakukan dosa. Lalu bangkit seorang anak muda mahu bertanya kepada gurunya. “Wahai guruku, mengapa kamu tidak mengecam perbuatannya. Tidakkah perbuatannya berdosa dan akan memasukkannya ke dalam neraka?”

Dijawab oleh guru itu, “Aku tidak ikut serta mengecamnya kerana aku tidak mahu membantu syaitan di dalam tugasnya”

Tugas membawa manusia ke neraka ialah tugas syaitan. Tugas kenabian adalah membawa manusia dan seluruh tamadun masuk ke dalam syurga. Mewujudkan dunia yang aman, adil, dan sejahtera. Bukannya hanya utopia.

Syaitan hidup seperti manusia. Mereka tidak boleh dilihat dengan mata kita tetapi kita wajib beriman akan kewujudan mereka. Mereka bangsa jin yang tak mengenal lelah dan penat dalam menggoda kita melakukan dosa dan kemungkaran.

Saban hari mereka membisikkan dorongan-dorongan jahat. Dan mereka jugalah yang menghias perkara buruk, menjadikan ia nampak seperti baik. Yang bodoh, akan terpedaya. Yang tidak berhati-hati, akan terjebak juga.

Antara fakta menarik tentang syaitan adalah,

  • Syaitan telah diisytiharkan oleh Allah sebagai musuh kita.
  • Mereka percaya kepada Allah tetapi kerana ego, takabbur, angkuh dan self-rightous, mereka ingkar kepada perintah sujud.
  • Syaitan tak letih dan putus asa. Hinggakan semasa di dalam nazak (sakaratul maut) pun mereka masih cuba nak menyesatkan kita.
  • Mereka taat dengan arahan Allah seperti arahan-arahan pergi berjumpa dengan Nabi S.A.W (disebut dalam hadis).
  • Pernah suatu ketika, Syaitan mengajarkan sebuah amalan kepada kita (melalui sahabat bernama Abu Hurairah R.A di dalam Sahih Bukhari no. 2187)
  • Syaitan tidak pernah menggangkat dirinya sebagai Tuhan tetapi manusia pernah.
  • Mereka mempunyai ramai pengikut tetapi di Padang Mahsyar nanti, mereka akan berkata kepada pengikut mereka; Siapa suruh kamu mengikuti aku. Padan muka.
  • Mereka akan berlepas diri dan tidak akan bertanggungjawab atas dosa dan kemaksiatan kita.
  • Tipu daya mereka sebenarnya adalah sangat lemah.
  • Golongan yang akan terselamat daripada tipu daya syaitan hanyalah orang yang ikhlas (mukhlisin)
  • Mereka paling aktif menggoda kita semasa kita di dalam solat dan ibadah.
  • Matlamat utama syaitan adalah supaya kita syirik kepada Allah.
  • Syaitan takut dengan Saidina Umar R.A hinggakan jalan-jalan yang Saidina Umar lalui, mereka tidak akan lalu.
  • Mereka punya modus operandi dan bekerja di dalam kumpulan.
  • Orang yang memakan riba akan bangkit di hari kiamat dalam keadaan seperti sedang dirasuk syaitan.

Dan banyak lagi yang saya tidak ingat. Walau bagaimanapun, cukuplah untuk kita pahatkan ke dalam hati, yang mereka adalah musuh abadi kita. Dulu, kini dan selamanya.

Memintalah kepada Allah supaya selamat daripada bangsa terlaknat ini. (Baca taawuz)

Untuk pembacaan yang lebih lanjut, boleh klik di sini. (Pautan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: