Istiqomah

Nak dapatkan sesuatu itu sukar, tetapi nak mengekalkannya adalah perjuangan yang lebih sukar.

Sepertimana yang dilakukan oleh pasukan bolasepak Leicester City FC yang mengejutkan dunia kerana berjaya meraih kejuaraan liga. Tetapi malang sekali kerana musim berikutnya, mereka terpaksa bergelut bagi mengelakkan penyingkiran.

Manusia pun begitu.

Untuk berubah itu susah. Tetapi untuk istiqomah di dalam perubahan, lebih-lebih lagi.

Jika dahulu kita memiliki ramai ikon anak muda yang berhijrah, namun selepas suatu tempoh, kita melihat mereka kembali ke jalan yang lama.

Sepertimana yang berlaku kepada saudara kita yang kembali ke dalam dunia mak nyah (pondan).

Hidayah itu perlu dijaga. Tugas menjaganya ialah tugas kita. Kesedaran itu perlu sentiasa dibaja dan disiram supaya pokok yang baru belajar untuk bertunas, tidak cepat mati menyembah bumi.

Manusia berubah-ubah ni cerita lama.

Peristiwa Israq dan Mikraj mengajar kita bahawa bukan sahaja Abu Bakar R.A mendapat gelaran “as-Siddiq” kerana keimanannya, tetapi rupa-rupanya ada segelintir kecil orang beriman yang telah murtad kerana tidak percaya dengan cerita Nabi Muhammad S.A.W.

Kata mereka, itu karut. Iman mereka bergoyang dan akhirnya rebah kepada ego sendiri.

Hidayah itu kurniaan Allah. Kepada sesiapa pun boleh diberikan-Nya. Dan daripada sesiapa, boleh ditarik-Nya semula.

Nak menjaga hidayah tidak cukup dengan berfalsafah tetapi lebih utama, perlu mengubah suasana dan persekitaran kita.

Hati manusia ni ibarat kain. Jika dicelup dalam warna merah, akan menjadi merah. Jika dicelup dalam celupan kuning, maka akan kuninglah.

dye

Kerana itu kita perlukan persekitaran yang jernih, yang boleh membantu kita istiqomah di dalam perubahan.

Itu termasuklah juga dengan sahabat-sahabat kita.

Si pembunuh 100 nyawa, apabila dia bertemu orang alim dan menyatakan hasratnya untuk bertaubat, orang alim itu menyuruhnya untuk berhijrah.

Keluar dari kampung ini. Pergi ke perkampungan seberang.

Kerana masyarakat di sana baik-baik dan akan menjadikan dia baik.

Kisah yang popular ini sering dibaca dengan sambil lewa. Tidak diamati betul-betul akan kesan persekitaran kepada sifat manusia.

Sesudah kita mengubah persekitaran, kita juga perlu memperkasakan diri dengan ilmu. Iaitu ilmu agama dan juga ilmu hati.

Supaya kita tahu yang halal dan haram, dan supaya hati kita kuat untuk melaksanakannya dengan sepenuh hati.

Akhir sekali, berdoalah kepada Allah supaya Dia mengekalkan kita di atas jalan kebenaran ini.

Sudah sampai masanya kita menggigit sungguh-sungguh agama ini, sekuat gigitan geraham!

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: