Bersyukurlah walaupun tidak memiliki

Easier said than done. Tapi bukankah semua urusan agama ni senang dicakap tapi susah dibuat. Mulut saja ucap alhamdulillah, tetapi hati dan jiwa belum lagi.

Bersyukur bukan hanya kerana memiliki. Lebih besar, bersyukur kerana ‘tidak memiliki’.

Dalam filem Sang Pencerah (Indonesia), ada satu momen di dalam bilik darjah. Semasa Pak Ustaz baru mahu memperkenalkan dirinya, salah seorang anak kecil di dalam kelas itu terkentut.

Prooot…

Lalu seluruh kelas menghambur ketawa.

Ustaz tidak terasa hati. Dengan tenang, dia menuturkan kalam,

“Alhamdulillah, Allah beri kita kentut. Cuba bayangkan jika kita tidak bisa kentut. Pasti berpenyakit. Pasti sakit perut kita”.

Seluruh dewan terdiam. Dibawa berfikir.

Pernah suatu ketika, Rasulullah memanggil Saidina Muaz Bin Jabbal R.A lalu mengajarkannya sebuah doa untuk diamalkan di setiap selesainya solat fardu.

“Ya Allah, bantulah aku untuk ingat kepada-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik”

اَللّهمَّ اَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Jika kita sering diajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, saya mahu mengajak diri kita untuk bersyukur atas apa yang kita tidak miliki.

Ada sahabat kita yang sakit, terlantar di katil hospital. Derita bertemankan ubat-ubatan.

Bersyukurlah kerana kita sihat.

Ada sahabat kita yang memiliki kad OKU. Ada yang kekurangan penglihatan, kurang anggota badan, atau saja kekurangan aktiviti otak. Bersyukurlah kerana kita tidak diberikan ujian sebegitu.

Yang menjadikan kita sedih dan tidak gembira, salah satu puncanya adalah kerana kita tidak bersyukur. Lalu bila kita melihat orang lain, kita rasa kita kurang daripada dia. Padahal setiap manusia itu nasibnya berbeza-beza. Ada perkara yang dia miliki, tapi kita tidak. Tapi ada juga benda yang kita miliki, tetapi dia cuma mampu mengangankannya.

Sejak kecil kita diajarkan cara pandang,

Lihat kepada orang yang kurang daripada kita, bukannya yang lebih daripada kita.

Mungkin kerana faktor usia dan pengalaman, kita terlupa untuk menjenguk kebawah. Leher kita sudah keras kerana hanya mendongak ke atas. Cuba mencapai bulan, bintang dan matahari, hingga terlupa dimana tempat kaki kita sedang memijak.

Akhirnya nanti, termasuk ke dalam bara kedengkian yang apinya membakar kita, tanpa meninggalkan sisa. Habis lebur segala amal kebaikan kita akibat kedengkian kita.

Didiklah diri untuk bersyukur. Tidak susah. Cukuplah dengan berlapang dada dan tersenyum girang. Percayalah, ada bahagian kita yang mungkin lebih baik yang telah Allah sediakan untuk kita.

Mungkin apa yang kita mahu itu tidak banyak tertunai.

Tapi percayalah, apa yang kita tidak mahu itu, lebih banyak. Dan Allah sudahpun menyelamatkan kita (protect) daripadanya. Pernah tak dalam doa kita, secara spesifik, kita meminta Allah menyelamatkan kita daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya? Jadi dari mana datangnya keselamatan itu, jika bukan kerana Allah menjaga kita.

Walaupun yang kita doakan setiap hari ialah wang yang banyak. Tapi yang diberi ialah wang yang halal.

Atau sahaja yang didoakan ialah jawatan yang tinggi, tetapi yang diberikan nanti ialah rakan sekerja yang memahami.

Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah sediakan. Nanti pasti akan ditambah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: