Pious Muslim

Rasanya dah sampai masanya kita memandang manusia bukan lagi sekadar pada baik dan buruknya, tapi juga kewarakannya (pious).

Suatu ketika dahulu, kawan-kawan saya semuanya orang yang baik-baik. Jemaah tabligh, kaki usrah, dan geng surau. Semuanya jaga solat, jaga pergaulan antara jantina. Setakat gurau kasar, mencarut sikit-sikit tu adalah.

Jadi bila saya tahu ada manusia yang tidak solat, saya rasa hairan. Sebab benda tu tak normal dalam komuniti kecil ini.

Tapi sekarang, saya dah keluar daripada kepompong itu. Saya masuk ke dunia sebenar. Bergaul dengan manusia yang pelbagai. Pendosa, pemaksiat, dan sebagainya. Seringkali telinga ini mendengar orang berbual yang lucah. Sering juga mata ini terpandang orang memakai yang seksi. Dunia diangkat setinggi-tingginya, seakan-akan manusia tidak akan mati. Dan urusan akhirat akan diterima secara sinis, seakan-akan kiamat itu cuma mitos.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Manusia yang bergaul dengan manusia lain dan bersabar dengannya, adalah lebih baik daripada manusia yang tidak bergaul dengan manusia lain dan tidak bersabar dengannya”.

Pernah dengan tentang vibes? Positive vibes, dan negative vibes.

Benda tu ada. Bila kita bergaul dengan manusia yang baik-baik, kita akan mudah untuk menjadi baik dan mengekalkan kebaikan. Nak buat benda wajib rasa sangat mudah. Tapi nak buat maksiat, rasa malu sangat. Kalau dah hilang malu kepada Tuhan pun, masih rasa malu dengan rakan-rakan.

Berbeza jika kita bergaul dengan orang yang tidak baik.

Nak buat benda yang wajib sekalipun rasa susah. Apatah lagi yang sunat. Mungkin mereka tidak menghalang, tapi diracun dengan nafsu malas pula. Kalau bab nak buat dosa, alahai senangnya, sebab semua dah sama frekuensi.

Saya pernah ke Perancis atas tujuan bisnes. Orang Perancis sering membawa kami keluar bagi tujuan belanja makan. Setiap kali makan itu jugalah mereka akan offer arak kepada kami. Walaupun sejak pertama kali lagi sudah kami menegaskan,

“Sorry. We are muslim. We are not allowed to drink this”

Mereka akan senyum nipis, kemudia menyisip di depan kami.

“Cheers!”,

Gelas kami berlaga. Kami meneguk jus oren. Mereka meneguk khamar.

Begitu juga dengan daging babi. Dan juga siput escargo. Selamba saja mereka makan di depan kami. Tanpa selindung dan perlu rasa bersalah. Kerana itu bukanlah suatu kesalahan.

Jika dunia ini cuma dinilai kepada sisi baik (good) dan jahat (evil) sahaja, maka secara langsung jus oren itu ialah good, dan arak ialah evil. Penilaian yang sepantas itu adalah salah dan bermasalah.

Orang yang menilai manusia dengan good/evil juga begitu. Bermasalah.

Jika kita mengatakan orang yang pergi ke Kelab Malam (night club) itu sebagai orang jahat (evil), maka kita sudah meletakkan diri kita sebagai orang baik. Kita memadam namanya daripada register ahli syurga, seolah-olah kita pasti nama kita ada di dalamnya.

Seperti kisahnya Iblis yang ditendang keluar dari syurga kerana kata-katanya, “Aku lebih baik daripada dia”.

Walhal setiap pelaku dosa itu perlu dikasihani dan ditangisi. Sepertimana para sahabat menangisi kesalahan rakan-rakan mereka.

Perlu sedih dan simpati kepada mereka. Mereka keliru kerana menjadi seorang Muslim, tidak boleh buat begitu sebaliknya menjadi muslim perlu mengikut Allah dan Nabi. Walaupun kita tidak suka, dan walaupun kita tidak cinta.

Orang Islam itu, walau sejahat mana pun mereka, tetap perlu dipandang sebagai saudara kita. Bukan dibenci, dipinggir, dan ditinggalkan. Anak-anak muda yang terjebak dengan najis dadah, seks, dan kelab malam, jika di dunia ini lagi kita sudah memberi mereka ‘neraka’, maka siapa lagi yang boleh menyelamatkan mereka daripada neraka akhirat?

Ustaz-ustaz?

Ada ke ustaz yang kasihan pada para pendosa? Tidak prejudis, menghukum, dan mengecam mereka.

Mereka masih muslim.

Walaupun tidak warak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: