Harga Iman

“Benda apa yang kalau naik, dia tak turun-turun lagi dah?”

“Tak tahu”

“Jawabnya, harga barang kat Malaysia!”

Ha ha ha.

gst

Betul juga. Apa-apa yang naik, mesti akan turun. Kapal terbang bila dia takeoff, dia mesti akan landing juga. Begitulah juga iman manusia. Ada waktu, iman kita kuat. Ada waktu, iman kita turun mendadak.

Ada waktunya kita takut betul dengan Allah. Takut nak tinggal kewajiban. Takut nak buat yang haram. Tapi kebanyakan masanya, kita tak takut pun dengan Allah. Kita tahu, faham, tapi feeling itu tidak ada.

Feeling atau perasaan itu bukannya boleh dibuat-buat. Kemanisan iman (halawatul iman) is real thing. Siapa yang rasa manis beriman, tak akan tergugat dengan kepahitan ujian.

Iman bukan setakat percaya (belief). Tapi iman ialah faith.

Seperti seorang pesakit yang mempercayai doktor yang merawatnya. Dia yakin dengan doktor. Lalu dia membenarkan doktor membedahnya. Tidak berada dalam fikirannya, apa jadi sekiranya doktor itu mahu mensabotajnya?

Dia sakit jantung, tapi yang dibedah ialah buah pinggang. Bila tersedar saja, jantung masih berpenyakit, tapi sebelah buah pinggang sudah dibedah keluar!

Tapi kita tak meragui pun mereka. Kerana waktu itu kita terdesak. Kita tahu kita helpless, tak berkuasa, tak mampu buat apa-apa. Hanya doktor boleh membantu saat itu.

Begitu juga para penumpang kapal terbang bila kapal terbang mereka mengalami masalah teknikal. Pasti di dalam saat yang cemas itu, yang berada dalam hati mereka hanyalah harapan kepada Tuhan agar mereka dibenarkan untuk terus hidup.

Kesemua agama dalam dunia ini dibezakan dengan keyakinannya (faith). Apa yang seorang Muslim percaya, tidak serupa dengan penganut Kristian percaya. Di situlah letaknya kedudukan Iman.

Iman walaupun kecil, adalah pembeza di antara manusia yang menyembah Allah, dengan manusia yang menyembah Tuhan selain-Nya. Sama ada Tuhan material ataupun Tuhan spiritual.

Seorang muslim yang sepanjang hidupnya tidak pernah melakukan kebaikan, jika dia mati nanti, dia tidak akan kekal di dalam neraka.

Tetapi seorang non-muslim yang baik, jika mati dalam syirik, akan kekal di dalamnya.

Kerana di dalam hatinya, tiada Allah.

Sebaliknya si pelaku dosa siang dan malam itu, sekalipun jahat, hatinya masih ada Iman sekalipun ia cuma sebesar zarah atau atom.

Untuk membeli syurga, tiada matawang yang laku. Bahkan amal soleh kita ini pun tidak boleh membayar harga penginapan satu malam di dalam syurga. Kita semua ini masuk syurga hanyalah kerana rahmat daripada Allah.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri bergantung kepada rahmat Allah untuk masuk ke syurga.

Namun begitu, Allah juga bersifat dengan sifat MAHA MEMEGANG JANJI. Kerana itu neraka masih berpenghuni, bukan kerana neraka itu diciptakan kepada orang beriman, tetapi kerana KEADILAN nyalah, manusia ke neraka.

Di dunia ini lalai. Mencari dunia seperti akan hidup selamanya. Zalim kepada manusia. Jahat kepada makhluk Tuhan.

Iblis dan syaitan sangat tahu akan harga Iman. Kerana itulah mereka meminta kepada Allah agar dipanjangkan usia agar dapat mereka menrekrut seramai mungkin ahli neraka. Maka kerana itulah kita perlu menjaga iman kita yang senipis kulit bawang ini.

Akhir nanti, yang akan dikira ialah dimana kita berakhir. Bukannya di mana kita bermula.

Siapa tahu pendosa macam kita akan mati di dalam sujud. Jaga diri sendiri dahulu cukuplah. Kan iman tak dapat diwarisi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: