Bolehkah CCTV camera dipasang di dalam kokpit?

Saya membaca banyak komen netizen berkenaan nahas udara pesawat Lion Air JT 610. Ramai yang menyatakan simpati dan mengirimkan titipan doa tetapi ramai juga yang berkata yang bukan-bukan. Tidak kurang, ada juga yang membawa teori dan prasangka yang tak berasas. Namun begitu, saya tertarik kepada salah sebuah komen iaitu berkenaan dengan pemasangan kamera litar tertutup... Continue Reading →

Kisah manusia-manusia yang menjual ‘harapan’

Bila bercakap tentang orang yang berubah hati, tak lengkap rasanya jika kita tak bercakap tentang 'musang berjanggut' dari Istanbul, iaitu Harun Yahya atau nama sebenarnya, Adnan Oktar. Harun adalah seorang televengelist iaitu 'pendakwah' yang mempunyai rancangan beliau sendiri di kaca TV Turki. Cerita tentang beliau boleh dibaca melalui banyak sumber. Seperti agamawan-agamawan lain, 'pendakwah palsu'... Continue Reading →

Kisah orang-orang yang berubah hati.

Saya percaya yang hati manusia ini boleh berubah. Cinta dan benci, boleh bertukar tempat sepantas kilat. Orang yang kita cinta sepanjang tahun, boleh dibenci dalam satu malam. Akhirnya disangka menjaga jodoh sendiri, rupa-rupanya menjaga jodoh orang.Begitulah sifat hati. Di dalam kantung sejarah, kita mendengar banyak kisah-kisah manusia yang berpusing hati, berpaling wajah. Ada orang yang... Continue Reading →

Kisah gadis 7E yang memilih barakah

Saya membaca kisah gadis juruwang 7E yang dihina dan dimalukan tempoh hari dengan dukacita. Jika betul orang yang merakam itu lebih bertamadun, lebih berhemah dan lebih berfikiran terbuka, sudah tentu dia tidak akan memalukan gadis itu. Sebaliknya dia akan menggunakan saluran yang betul seperti menulis surat atau mengirimkan emel kepada syarikat 7E untuk semakan semula... Continue Reading →

Operasi ‘cekup’ khalwat. Perlu atau tidak?

Seperti kebanyakan orang, saya juga terkejut dengan kenyataan YB Mujahid tentang isu khalwat. Pada saya, kenyataan ini keluar pada masa yang tidak sesuai dan terlalu terburu-buru. Tidak salah jika saya katakan bahawa saya juga tidak bersetuju dengan ucapan beliau. Walau bagaimanapun keputusan dan pendirian beliau sentiasa boleh dicabar dengan hujah dan fakta. Namun begitu, saya... Continue Reading →

Kritikan sosial kepada PU Bobo (Bobo di mana).

Kadang-kadang bila saya bosan, saya akan membuka aplikasi YouTube di telefon pintar saya dan menekan ikon 'trending'. Dalam banyak-banyak video yang sedang tular dan mendapat 'views' yang tinggi, saya tertarik dengan klip video Datuk Alif Syukri yang sedang marah-marah kepada PU Amin. Dalam masa yang sama, dia juga ada menyebut tentang video 'remake' kepada lagu... Continue Reading →

Pengenalan kepada TCAS

Saya ada menonton sebuah klip pendek video yang berlegar di Facebook. Kononnya pesawat Neos 767 dari Verona ke Zanzibar hampir berlanggar di udara dengan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang menuju ke Addis dari Johannesburg.Walau bagaimanapun, kesahihan video ini boleh dipertikaikan dan sedang diperdebatkan oleh warga media sosial. Carian pada portal The Aviation Herald... Continue Reading →

One size doesn’t fit all

Tiada satu ubat pun yang boleh menyembuh semua penyakit. Dalam hadis "habbatus sauda penyembuh segala penyakit kecuali mati" sekalipun, para ulama kontemporari membuat kajian dan menyimpulkan adanya penyakit 'panas' dan penyakit yang 'dingin'. Nabi S.A.W ketika ditanya, "Apakah amalan yang paling baik", Baginda tidak memberikan hanya satu jawapan. Ada yang Baginda jawab, "berjihad di jalan... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑